Berubahlah walaupun payah.

By Ainum Lathifah - May 29, 2013

perubahan. changes.

senang diungkap, payah dibuat.

"bro, aku nak berubah. aku dah taknak macam dulu"

"aku nak berubah jadi lebih baik."

"aku rasa dah sampai masanya untuk aku berubah."

bagaimana boleh terdetik di hati kita untuk berubah ? 

apa yang aku tahu, kebanyakan orang yang ingin berubah adalah kerana mereka telah melalui sejuta jenis kebodohan lewat hidup mereka. banyak kali hati terluka sakit, berdarah tiada siapa yang kisah dan ambil cakna. mereka sedar mereka hidup dalam keadaan yang tidak sepatutnya. lebih-lebih lagi bila bertemu sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. lagilah terasa diri ini jahil dan buta dalam mengenali hidup. lalu, hati berdetik, "aku mahu berubah." tapi yang anehnya, mahu berubah itu tidak sesenang yang kita sangka. rupanya, berubah itu menuntut seribu sakit dan pengorbanan. 

lalu dia pun putus asa. mahu berubah. tapi susah. orang-orang sekeliling pula asyik bicara yang bukan-bukan di belakang, "ah, sok suci kamu." "berlagak nak jadi baik." "dah nak mati ke wei?" dan macam-macam jenis herdikan yang diberi. lagilah tambah putus asa untuk berubah. hm, kalau berubah, nanti takut tak mampu untuk istiqamah. takut cuma keinginan yang sementara. aneh ya, belum dibuat tapi sudah difikir natijahnya. kenapa tidak cuba dulu ?

embrace life's storm. they're part of journey too.


kawan, jangan takut nak berubah. kau hidup tak sendirian di dunia ini. akan ada tangan-tangan yang akan bantu kau dalam menempuh jalan lurus yang berduri ini. dan kau jangan lupa, kau hidup kerana apa ? kita hidup bukan untuk cari redha manusia. tapi redha Tuhan yang telah menciptakan seluruh alam ini. persetankan kata-kata yang meloyakan dari manusia-manusia yang iri. sungguh aku kata, mereka iri sebenarnya. mereka juga mahu jadi seperti kau, iaitu berubah kearah yang lebih baik tetapi mereka tidak mampu. kerana itu mereka berkelakuan seperti itu.

aku dulu, bertudung singkat tapi cuba pakai handsock. orang sudah kata aku berlagak malaikat. itu belum aku pakai jilbab labuh lagi. aku dengar nasyid. satu-satunya nasyid dalam handphone, "sejak bila kau dengar lagu cenggini ni? bajet alim ke?" bukan calang-calang yang mengata. kawan-kawan baik sendiri. mana tak sakit ? aku rasa aku sendiri. tak tahu nak kongsi sakit dengan siapa. tapi waktu itu, sedikit pun aku tidak berundur kebelakang. aku teruskan perubahan aku. sebab aku tahu langkah aku  Tuhan iringkan. lagipun, aku ada sahabat yang menyokong. cuma sayang, dia lelaki. dialah yang selalu jadi mangsa tepuk tampar aku dulu. dan dia juga yang selalu ada untuk aku. setiap hari menangis depan Tuhan dan berdoa supaya aku terus kuat dan istiqamah. oh, waktu itu aku baru belajar solat. doa yang tidak putus-putus semoga sahabat-sahabat aku diberikan hidayah. tanpa jemu aku doa dan syukur, doa itu dijawab Tuhan. setelah beberapa tahun. di waktu yang terbaik aku kira. 

Allah ada. kenapa takut tak istiqamah ? kan kita boleh doa ? kalau doa boleh mengubah takdir, boleh menghapus bencana besar, apalagi doa untuk istiqamah. mesti boleh. cuma, kita. yang mahu atau tidak. mahu yang sebenar-benarnya.

kita nak minta jadi kuat, kena mohon dengan Dia yang Maha Kuat. itu satu-satunya cara.

dan bila dah mula untuk berubah, kau perlu prepare fizikal dan mental. kenapa ? sebab setiap langkah kita kearah kebaikan pasti akan ada ujian. dan aku yakin, ujian itu bukan calang-calang. semestinya Dia akan bagi satu ujian yang hebat kerana Dia mahu uji apa hati kita betul-betul mahu 'kenal' dengan Dia. dan selagi kau belum lulus ujian itu, Allah akan uji dan uji lagi, sampai kau lulus ujian yang diberi. 

aku dah berubah dua kali. dan ujian yang sama Allah bagi. dua kali. sebab aku belum lulus ujian yang pertama kali. sakit memang sakit. tapi padan dengan apa yang sedang kita pancing ; redha Ilahi dan syurga abadi.

seringlah hadiri majlis ilmu. bersahabat dengan orang-orang yang soleh. jangan ulang kebodohan yang telah dilakukan. jauhi anasir-anasir yang boleh menjauhkan kita daripada mengingati Tuhan. kita mampu merubahnya.

hargailah kesempatan yang Allah berikan. bukan semua terpilih nak rasa cinta Dia. kita yang hina dina ini, Dia pandang. maka, apa lagi yang kau perlukan? 

tak payah nak hirau sangat dengan sekelililng. bukan mereka yang akan bantu kita kalau kita diseksa. azab Allah itu terlampau pedih. tak tahan. baik sakit di dunia daripada sakit di alam sana. tak sanggup.

hadirkan Allah dalam hati, dan insyaAllah tiada apa yang akan mampu menghalang jalan kita dalam menuju Dia. Allah takkan biarkan mereka 'merampas' kita daripada Dia. tak akan :')

yakin. itu kuncinya. 

dan janganlah terlalu pandang negatif pada diri. "aku ni jahat.tak layak nak jadi baik." Nabi Muhammad saw tidak suka tahu kalau kita kutuk diri sendiri. setiap jiwa layak untuk berubah. pedulikan setan yang ada dalam salur darah kau. kerjanya hanya untuk was-waskan kita. kau rujuk balik Surah Al-Nas. kau layak, untuk dapatkan yang terbaik. kau, yang membaca, mampu untuk memberi manfaat buat ummah. diri kita bukan semata kumpulan perilaku dosa, tapi juga kumpulan perilaku pahala. 




berubah memang payah tapi tidaklah sesusah membajak sawah. itu kata Inche Gabbana. 

bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan. itu kata Hlovate.

jadi konklusinya, berubah memang susah tapi kita boleh buat. kalau aku yang dulu macam setan ni mampu cari jalan keluar dari kepompong jahiliyyah, takkan kau tak boleh ?

peluang yang ada jangan dipersiakan. apalagi peluang itu daripada Tuhan.


"ada orang-orang yang aku kagumkan dan idolakan. 

antaranya, manusia-manusia yang pernah jahil, yang mungkin 'longkang' hidupnya, akhirnya Allah suapkan hidayah dengan tanganNya sendiri, bimbingnya merangkak, berjalan hingga jalannya lebih tercerah dari jalan kita. 

aku cuma tertanya-tanya; agaknya macam mana bentuk rupa ikhlas hatinya, hingga Allah pandang, ambil, dan peluk dengan kasih cinta? 

entah. tapi, mungkin hatinya lebih bersih dari hati-hati kita.

dan mereka-mereka ini telah mengajarkan; pandang manusia, tak boleh sebelah mata. sebab barangkali dua mata pun, aku mungkin tak nampak. 

kerja pandang-memandang, cukuplah Allah saja yang menilaikan. 
hmm." - Kak Umai


kekuatan aku ; Allah Azza wa Jalla. yakin Dia ada bersama. semoga hidayah yang diberi milik kita selamanya. ameen.

ini saja yang mampu aku beri. moga ada manfaatnya.



  • Share:

You Might Also Like

4 comment(s)

  1. Change is the word we always promise ourselves, eh? Like you said, 'berubah mmg payah' tp x mustahil kan? Cuma manusia ni bila kata nk berubah kdg2 drastik sgt, kdg2 pessimist sgt. Well, to me berubah tu umpama menarik duri yg dah tertusuk deep dlm daging. Kalau direntap luka dan peritnya.... Allah je yg tahu. Tp kalau dibiar dia akan membusuk dengan kuman2. Kan? Ok. Dah membebel apa pula ni..? Anyway, nice one 'berubahlah walaupun payah' lgpun... Allah kn ada. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukhti nur, thanks for dropping by with a nice words. yes, they're true enough. kalau tak sakit macam mana nak rasa apa itu nikmat kan? :)

      ya, Allah kan ada. so, no worries.

      p/s : saya suka blog awak! lama juga bertenggek di situ. hehe.

      jazakillahu khairan kathira :)

      Delete
    2. huhuu. no sweat. sebenarnya selama ni jadi silent reader kat blog awak. tapi, entah kenapa tiba tiba macam nak share some thoughts pula pasal post ni :P

      jazakillah ukhti ainumsolehah ^.^

      p/s : ^,^ (senyum je yg mampu. syukurillah je org suka baca post yg saya tulis. hehee )

      Delete
    3. alhamdulillah Allah campakkan rasa nak komen tu. huhu. as I love your thought. :)

      p/s : sengih pun takpe as you deserved it ;)

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”