Sayang, apa khabar denganmu ?

By Ainum Lathifah - June 15, 2013

*maaf tajuk entry tak berkait.erk*


recall kembali waktu pertama kali mengikuti daurah. tahun 2009. aku ikut kakak aku, Sarah. masa tu, aku cuba pakai tudung bidang 45, yang mana aku rasa big enough untuk aku pada waktu tu. cuba pakai stoking. pertama kali, berpakaian lengkap seperti muslimah kerana aku tahu aku bakal ke tempat di mana semuanya muslimah solehah. aku jadi malu kalau nantinya aku saja yang tidak pas pakaiannya.

sampai di sana kami disambut bahagia oleh perempuan-perempuan yang bersih wajahnya. waktu itu aku belum tahu istilah akhawat. aku masih ingat wajah sebahagian besar daripada mereka. cuma yang paling aku hairankan, rupanya bukan aku saja yang masih belum pas pakaiannya. ada yang datang bersama jeans dan tudung tak berapa nak gedhe. maknanya tak cukup syarat tutup aurat. aku pelik.

waktu solat, kami berjemaah. pada waktu tu aku rasa kesukaran memakai stoking. kena tanggalkan waktu nak berwudhu. macam leceh. dan pertama kali aku solat malam. apa namanya, qiamullai ? ya, itu. pertama kali tahajjud dan solat taubat. mahu cramp kaki aku sujud lama-lama. pertama kali. tak tahu apa. tak tahu pula solat tu perlu sujud lama-lama. dan pertama kali juga aku solat dhuha. solat dhuha ? sejak bila solat tu wujud ? itu yang aku fikir waktu kami diminta untuk solat dhuha. huhu. lucu ya.

pada malamnya, ada aktiviti yang menarik. kami perlu pilih satu nama tokoh. dan reka satu lagu dengan nama itu. aku pilih Ainul Mardhiah. sebab aku tahu lagu tu, jadinya aku cuma ambil lirik itu. dan kertas yang kami tulis dipass-passkan kepada orang lain. dan kami harus mengecam setiap orang dengan nama tokoh tersebut. contoh macam aku, Ainul Mardhiah, jadi mereka harus memanggil aku dengan nama itu. nah, seronok kan ? 

saat di bilik, aku lihat kakak tu sedang baca al-Quran. kenapa mengaji malam-malam? dah nak tidur kot. macam-macam benda pelik yang berlaku disekeliling aku. aku rasa macam aku ni Harry Potter yang baru ditunjukkan dunia magik. sepetinya,


"Ainum, enti bakal termasuk dalam kalangan akhawat."

"I can't be like akhawat.. I mean, I'm just Ainum. Just Ainum."

"Well, just Ainum.. now, Allah has given you His hidayah. would you like to accept it ?"




kena ke buat ayat Harry Potter ? heh.

kalau lewat datang waktu ada aktiviti, kami harus tulis "astaghfirullah, ana minta maaf." atas kertas dan bagi pada semua orang. malu kan ? dan sekarang, apa yang aku tahu akhawat yang aku lihat belum sempurna pakaiannya sudah pun berpakaian sempurna. masyaAllah.

dunia dakwah dan tarbiyyah serius pelik. pelik. tapi entah kenapa aku rasa bahagia. bahagia dengan kepelikan yang ada. aku rasa aku lagi hebat dari Voldemort. He has the purpose of life cuma apa yang dia perjuangkan tu not worth fighting for.*apabenda aku mengarut*  

I got out from depression when I found the purpose of life. that's why Nick Vujicic became like what he's now kan? semoga Allah bagi dia hidayah. besar sumbangan dia untuk ummah sekiranya dia Islam.

rindu. tinggal di hostel. cuba beranikan diri untuk kenalkan usrah kepada kenalan-kenalan yang mahu. alhamdulillah, ada. agak ramai aku kira untuk sebuah permulaan. cuba buat di hostel, tapi sembunyi-sembunyi kerana pernah sekali aku dipanggil kapten aspuri gara-gara berusrah tanpa pengetahuan dia. buat usrah dalam kelas, selalu berkejar dengan cikgu dan pak guard yang nak tutup pintu tangga kelas. macam pelarian. hihi. tapi bahagia.

kalau di hostel, setiap kali lepas maghrib, adik-adik akan panggil, suruh bercerita tentang keindahan Islam. yang paling lucu, ada adik yang ukur aku punya lipatan tudung gara-gara mahu jadi persis seperti aku. bersih sungguh hati mereka. dan ada juga, yang selalu curi-curi lihat aku solat dan berdoa. 

"suka tengok kak ainum solat."

betapa innocentnya dia. dik, kau bikin aku jadi rindu pada aku yang dulu. 

entah kenapa, aku lagi kuat berada di tempat yang Islam "in and out-nya" minoriti. walaupun hati sakit, terluka, tapi aku rasa aku kuat. tak seperti sekarang. butuh kesedaran total. hm.

teringat usrah pertama dengan kak long dengan kak mira. how funny and how awkward. macam mana aku boleh duduk with them and hear they talked about Islam. Allah pegang hati manusia. Dia nak buat cerita macam mana pun Dia boleh buat. hebat.


aku harap.. *doanya jangan kencang-kencang,nanti ada yang dengar*

:)


  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”