Entri Sempena Hari Guru

By Ainum Lathifah - May 17, 2013

di hari yang mulia ini, saya ingin memohon ampun di atas segala salah silap saya kepada cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah saya.

cikgu,
saya minta maaf sebab saya main royal kat belakang dengan kawan-kawan sedangkan cikgu duk mengajar kat depan. mata tengok cikgu, tapi mulut terkumat-kamit "A spade, 3 diamond" segala benda tu. hm, tak bagus jugak letak meja dalam group macam tu.




cikgu,
saya minta maaf sebab kerap tidur dalam kelas. tapi serius, masa tu tak tahan sangat dah mata ni. huhu




cikgu,
saya minta maaf sebab saya selalu curi makan nasi dalam kelas. mentang-mentang duk belakang sekali, sedap je telan nasi. tapi pernah juga saya caught in action (CIA) dengan cikgu. tapi cikgu tak marah pun. cikgu cuma senyum dan cakap, "awak lapar sangat ke, Ainum ?" baiknya cikgu. tapi memang saya lapar, kalau tak, takkan saya makan.

cikgu,
saya minta maaf sebab kalau saya mengantuk, saya dan Siti selalu hilangkan ngantuk dengan snap gambar. cikgu tak nampak sebab kitorang angkat buku gaya tekun study. 




cikgu, 
saya minta maaf sebab kadang-kadang saya tak siap homework. (mathmode terutamanya) sebab cikgu baik sangat-sangat dan saya ambil kesempatan atas kebaikan cikgu. tapi pernah je cikgu cubit manja saya bila tengok buku latihan saya. 

cikgu,
saya minta maaf sebab selalu tanya kawan kuat-kuat "pukul berapa dah weh?" bukan saya nak suruh cikgu keluar, tapi saya takut cikgu tak sedar je. mana tau cikgu ada hal penting nak buat ke. erk.




sir, 
saya minta maaf sebab saya agak tak dengar cakap sir. you told us to just speak English in class, so the students did as they afraid of you. well, sir kan garang yang sangat masa form 4. tapi saya selalu cakap melayu kalau saya nak tanya apa-apa. and everytime I asked, mesti kawan-kawan tengok saya gaya "mati la kau pasni." and you too. saya tengok muka sir macam terkejut tak sangka, saya berani cakap melayu. dan saya, walaupun saya faham muka tu, tapi saya buat muka selamba macam takde apa. tapi sir jawab je. haha. kitorang selalu mengata sir sebab sir sangat-sangat garang macam dementor. dah la cakap kitorang ni stupid donkey. saya ingat lagi time saya lupa nak bawak benda yang sir suruh bawak, and you said "very stupid of you." and I was like... okay, I'm stupid. oh, and I also remembered when you asked Kimi to answer your question and after that he had to mention one name. and Kimi teragak-agak nak sebut nama saya. dah agak dah si Kimi nih nak kenakan saya. dan sir pun cakap, "why you afraid of her? I also afraid of her". haha. serius saya terkejut. saya tak pernah pun marah orang. ish. tapi, kita end-up jadi baik kan lepas form 5. hoho. kamceng gila kot. budak-budak ni macam tak percaya je saya baik dengan sir. and I'll always remember your words. those words which you gave to only me. thanks :')




ustaz,
saya minta maaf sebab saya selalu buat hostel macam hotel tok wan saya punya. saya nak balik bila-bila pun suka hati saya. budak-budak ni nakal tahap dewa sekalipun, still takut nak keluar macam tu. saya ingat lagi bila kitorang curi-curi keluar hostel waktu prep sebab nak beli burger. takde la keluar, depan gate utama je. malam-malam ni lapar sikit. abang burger tu pulak, kitorang meseg dulu, pastu baru pergi ambil. pernah satu malam, CIA dengan ustaz. kitorang nyorok bukan main celah-celah daun. ustaz pulak tetiba stop kereta depan kitorang. nak tercabut jantung. tapi rupanya ustaz stop kereta sebab cakap ngan pak guard. dan yang peliknya, lepas kitorang balik, jumpa ustaz kat masjid. saya sengih-sengih. ustaz tanya, "pergi mana, num?" aih, macam tahu je. saya pulak silap jawab "beli burger, ustaz." pastu saya lari. haha. 





moral of the story, hormatilah guru anda. jaga adab menuntut ilmu. 

saya minta maaf atas kenakalan saya yang tak patut tu. zahir dan batin. semoga cikgu-cikgu semua dirahmati Allah. 

Tadika KEMAS - SK Pengkalan Nyireh - Tengku Mahmud Cluster School - KIPSAS

Happy Teacher's Day !

  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

  1. zaman sekolah has never failed from making me smile.
    kenangan terindah.
    walau dalam jahil sekalipun, itu yang mengajar kita. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. can't agreed more. rindu gila kot. hooo.. kat kolej dah takde masa nak buat nakal. hihi

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”