الكتابة للمعلمتين.

By Ainum Lathifah - October 29, 2013

Tulisan ini khas untuk dua murobbiah yang tercinta ;

Ustazah Nurizan dan Ustazah Norahida.

(aku sayang semua pensyarah aku, cuma kali ini mahu tulis tentang mereka terlebih dahulu.)


Teruntuk Ustazah Norahida,

terima kasih ustazah atas segala ilmu yang ustazah curahkan. sungguh, ustazah adalah sosok murobbiah yang sangat aku kagumkan. setiap bicara ustazah adalah ilmu untuk aku. selalu waktu kuliah aku rasa seperti menghadiri usrah. ustazah sebut perihal dakwah, sangat berbeza dengan orang lain. ya, aku kagum kerana ustazah fikrahnya, insyaAllah sama seperti aku. cuma ustazah hebatnya lebih jauh. ustazah "stok-orang-usrah", kerana itu kalam ustazah lebih berbeza, lebih menyentuh, lebih membasahkan ruhi, dan lebih menyengat. lagi kagum bila aku tahu ustazah adalah pencetus kepada lahirnya "undang-undang KIPSAS; wajib berjilbab untuk muslimah", walaupun pada awalnya ustazah kata, "masa mula-mula saya masuk KIPSAS, saya dah berazam, saya dah taknak pakai jilbab labuh lagi." tapi Allah lagi tahu, kan ? ustazah pelajar KIPSAS batch yang pertama. segala kerja dakwah ustazah sangat aku idamkan. betapa pernah aku berdoa agar aku dapat kembali ke dunia ustazah dahulu untuk turut rasa hebatnya tarbiyyah bumi KIPSAS.


dan teruntuk Ustazah Nurizan,

wahai jiwa kesayangan hamba, terima kasih yang teramat atas segala kasih yang ustazah limpahkan. kasih sayang aku terhadap ustazah sungguh keterlaluan luar biasanya. ustazah didik kami sebagai murobbiah, sebagai ibu, dan sebagai sahabat. ustazah juga produk KIPSAS yang pertama. berteman dengan ustazah Norahida sejak dulu. sama-sama jadi orang hebat sekarang. AllahuRabbi. kata ustazah Norahida, "Ustazah Nurizan tu tauke Nahu dulu." hehe. ustazah, yang pertamanya aku ingin katakan, aku terlalu bersyukur kerana tugas-tugas yang ustazah beri, telah membawa aku kepada apa yang aku rasa sekarang ; saat aku tuliskan ini. ustazah telah buat aku baca buku hatta nihayatahu. Buku "Uthman bin Affan" karya Dr. Haekal. buku yang aku rasa pemula segalanya. terima kasih ustazah. 


Terima kasih kerana buka mata aku.
Terima kasih kerana buat aku rasa apa yang sebelum ini tidak aku rasa.

Aku rasa tulusnya Abu Bakr.
Aku rasa tegasnya Umar.
Aku rasa santun dan derita Uthman.
Aku rasa kecekapan dan juga dilema Ali.
Aku rasa kebijaksanaan Muawiyah.
Aku rasa ajaibnya pemerintahan Umar Abdul Aziz.
Aku rasa gahnya Harun al-Rashid.

dan aku sedang tidak sabar untuk tahu kisah seterusnya..

Kisah ni'mal amir ; Muhammad al-Fatih 

sungguh ustazah, aku sedang rasa nikmatnya kelazatan mempelajari Tamadun Islam.


jazakumullahukhairankathira untuk ustazah berdua, yang menjadi kunci kepada pintu tamadun terindah.

  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

  1. Sukarnya mencari guru mursyid pada hari ini adalah seperti sukarnya mencari gagak berwarna putih.

    Selamat menjadi tholib al-ilm yang kenal - adab dan tahu - tawadhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas kata-katanya. rasa makin semangat untuk hormati murrobi :)

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”