tulisan untuk aku yang mahu hilangkan rasa penat hadapi dunia.
By Ainum Lathifah - December 20, 2013
segala perit yang kau rasa
segala pedih bekas kau luka
segala sabar yang kau cuba usaha
segala penat yang kau buat buta
-- akan 'terbayar' jika dikembalikan kepada Tuhan.
hidup ini terlalu sempit untuk kau nampak duka semata
sedangkan mawar yang berduri masih digilai ramai.
durinya bikin jari luka jika diambil dengan tidak berhati-hati dan penuh keghairahan.
namun bila kelopaknya dicium embun pagi --indahnya memukau dan memikat !
maka aku kira begitulah hidup.
dunia, jika diambil terlalu banyak dengan rasa tamak
-- dunialah yang kau dapat beserta syarat binasa diakhirnya.
namun masih ada yang mahu.
menghairankan.
hidup ini sangat indah bila dipandang dengan kaca mata tarbiyyah.
kita jadi lebih kreatif. lebih mampu untuk sabar. dan lebih mematangkan.
cari falsafah hidup.
kau akan rasa hidup kau lebih bermakna dan terisi.
tahlil (baca : analisis) tindakan Tuhan yang membuat kita lebih reti syukur dan lebih reti sabar.
dan yang pasti kau reti ajar diri bahawa memang Tuhan itu lebih dari segalanya.
kerana Dia adalah sumber.
jika boleh diberi sedikit gambaran, Rabb itu berada di tengah-tengah. dan segalanya berpusing-pusing mengelilinginya. everything's related to Him. not even one single thing's missing.
selamat memaknakan hidup.
selamat memaknakan syahadah.
kerana kita masih dalam perjalanan menuju Tuhan.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”