Alkisah Aloyah, Marjina, dan Sigaraga.

By Ainum Lathifah - November 25, 2013

aku ada satu cerita. tentang Aloyah, Marjina, dan Sigaraga.


Marjina ialah sahabat aku. sahabat baik dan rapat. kami kenal di bangku sekolah rendah lagi. Sigaraga, juga teman kami semenjak sekolah rendah. tapi tak adalah rapat sangat sebab dia lelaki dan dia agak pasif. pada waktu itulah. tak adalah pasif sangat. 

nak dijadikan cerita, si Sigaraga ni suka Marjina. ramai juga peminat Marjina kau tahu. aku pun. ahah. well.. jahiliyyah girl memang ramai peminat T__T 
dan si Marjina ni biasa-biasa sahaja. tak adalah layan sangat si Sigaraga tu. nampak macam psiko saja kadang-kadang. jahat mulut aku. mengata kawan sendiri.

dan bila kami di sekolah menengah, suka itu makin bercambah mungkin. aku pula sekelas dengan Sigaraga, jadinya kami rapat. memandangkan aku ini kawan baik dengan Marjina, Sigaraga minta aku tolong 'kenen-kenen' si Marjina. apa yang aku fikir waktu itu, "nak lagi ke ? setia sangat kau." 

rapat memang rapat sungguh aku dengan Sigaraga. hingga kadang-kadang Marjina geram kerana aku seperti lebihkan Sigaraga. oh, waktu itu Marjina sudah mula suka Sigaraga. mungkin kerana aku yang asyik promote. tapi Marjina ni spesies kepala batu. ego melangit. si Sigaraga pula malu tahap kucing nak mengorat kucing jiran. dengan aku sekali pening. mereka tahu mereka sama-sama suka walau tak pernah ucap sebarang kata.

dan begitu waktu berlalu, aku dapat hidu sesuatu.
-- kehadiran Aloyah.

yang juga sahabat aku, kenalan kepada sahabat aku. jadi aku pun bersahabat juga dengannya. ah.

cuma yang aneh --
apa kaitannya si Aloyah ini dengan Sigaraga ? aku lihat mereka jalan sama-sama. eh, bila kenal ?

aku tanya sahabat aku si Ghasidah, kawan Aloyah, bagaimana mereka kenal namun yang dijawab cuma ;
-- mesej. 


eh. kenapa suka-suka begitu ? kan Ghasidah tahu Sigaraga dengan Marjina walaupun tak official. satu sekolah tahu itu. tapi kenapa ? aku kebengongan.

serius, waktu ini aku geram. kenapa Aloyah mesti begitu ? kenapa Sigaraga mesti begini ?


dipendekkan cerita, akhirnya si Marjina tahu fasal mereka walaupun aku cuba sembunyikan. eh, aku cuma tak mahu kau terluka dan aku.. aku masih mahu percaya bahawa Sigaraga itu bukan lelaki buaya !

perang besar yang pertama berlaku.

tambah tragis kisah ini bila si Aloyah pindah ke sekolah kami. mungkin kerana mahu dekat dengan Sigaraga. tapi dia tak menduga pengakhirannya begini.

Marjina - orang yang berpengaruh di sekolah. ramai geng. maka mulalah ;

perang besar yang kedua.

Aloyah disakiti. Aloyah dicaci maki. Aloyah dimenyampahi. di mata orang Aloyah itu tak lebih dari seorang perampas. dasar perempuan mengada-ngada. begitulah mata mereka. 

yang untung, aku sudah mula berhijrah saat itu. jadi, segala geram aku pada Aloyah hilang tersisa. aku jadi lebih lapang. siapa tak sakit hati ditipu begitu kan ? aku rasa macam orang bodoh angkara Sigaraga.

Marjina apatah lagi. dia rasa dimainkan.

cumanya, tak sepatutnya dia perlakukan Aloyah seteruk itu. aku cuba juga dekati Aloyah, minta dia cerita sakit yang dia rasa. dan memang bagi aku apa yang dia rasa itu menyakitkan. semua memandang dia serong. hingga Ghasidah, sahabat baik aku sendiri orang mula tak gemar kerana dia itu saudaranya Aloyah.

kalau dulu aku sakit hati. nak kata ini salah Marjina ? dia mangsa juga. nak kata salah Aloyah ? dia juga mungkin mangsa. yang aku geram itu Sigaraga ! kenapa dia tipu kami berdua ? kenapa ada perempuan lain di belakang sedangkan di depan mengucap cinta dan suka. ah, cinta monyet. tapi akhirnya aku pilih untuk salahkan aku sendiri. biarlah. mungkin ini cuma ujian buat kami.

kerana itu aku terperangkap. 

Marjina kawan baik aku.
Aloyah juga kawan aku walaupun baru kenal.
Dua-dua harus aku tolong.
Sigaraga ? ah lantak kaulah !

akhirnya, Aloyah tinggalkan sekolah kami. tak tahan dengan segala sakit yang dia hadapi. aku cuma mampu pandang. tak tahu mahu buat apa. 


dua tahun berlalu..


Marjina telah disentuh tarbiyah. dan dia tahu apa yang dia lakukan pada Aloyah itu salah. dia mahu minta maaf pada Aloyah. dan pada Sigaraga juga. dan dia minta maaf..

namun Aloyah tak mampu untuk terima. ngeri aku baca kata-kata sakit hati yang lahir dari jiwa Aloyah. ngeri. bahana mulut. bikin orang sakit hati. begitu juga untuk Aloyah. sakit hingga tak mampu untuk memaafkan Marjina. sebab tu watch your words !

Marjina makin dikambus penyesalan dan rasa bersalah. dia kehilangan kata dalam menghadapi kekerasan hati Aloyah yang berpunca gara-gara dia. egonya mencair tapi masih tak mampu membasahkan hati Aloyah. 

aku bukan mahu menyokong Aloyah dan Sigaraga. maksud aku, dalam perhubungan mereka. cuma, setakat ini cukup aku tahu bahawa mereka bukan suka-suka semata. sudah bertahun-tahun hubungan itu. semoga sampai ke alam pernikahan.

dan hari ini aku terima mesej dari Aloyah. dia cerita tentang sakit yang dia rasa sekarang. dia sudah mula berubah katanya. aku rasa mahu menangis baca. hm. dan si Sigaraga juga kata mahu makin dekat dengan Pencipta. mereka saling mengajak diri masing-masing ke arah Tuhan.

.......

ni yang aku nak cerita sebenarnya.

kau tak boleh expect untuk aku kata, "korang kena break-up. couple tu haram." kan ?

orang baru nak jumpa Tuhan. 
dan aku dah bagi apa yang diorang tak suka untuk dengar.

changes need process.

aku masih boleh sabar kalau untuk orang yang belum faham, yang masih mencari faham tentang hal ini. yang aku tak boleh sabar apabila orang yang dah faham tapi buat-buat tak faham, yang dabik dada kata dia itu da'ie, yang sibuk mengutuk remaja rosak, sibuk duk berana-enti dengan ajnabi yang diberi nama tunang.  

itu yang aku tak sabar.
sebab itu boleh jadi aku sendiri.

aku cuma pesan kepada Aloyah begini,

"kalau kau cari Tuhan, cinta Dia kau dapat. cinta dia pun kau dapat."

ah, tolonglah. ayat ini tidak senipis yang kau kira. biarlah dia tak faham lagi maksud yang aku cuba sampaikan. tapi semoga nanti dia mampu untuk hadam.

kan Hlovate ada sebut dalam Versus, baik ni macam domino effect. 

kalau dia cari Tuhan, automatik dia akan jumpa cabang-cabang cinta Tuhan. dia akan jumpa nanti pengertian ikhtilat. dia akan tahu nanti tidak ada hubungan antara lelaki dan perempuan melainkan nikah. dia akan tahu nanti.

dan nanti bila dia jumpa, dia mungkin akan jadi lebih baik dari aku yang kononnya "lebih lama berhijrah" dari dia. dia mungkin lebih baik dari kau yang sekarang sedang hitamkan hatimu dengan berburuk sangka ! 

kerana aku terlalu yakin, rencana Tuhan itu hebatnya luar biasa. kita manusia terlalu kerdil untuk menduga tindakan Tuhan.

dan sekarang dia sedang melalui fasa yang paling aku rindu. fasa pertama dalam tarbiyah. menangis teresak-esak di depan Tuhan, yang mungkin sekarang air mata kita telah kering untuk itu akibat banyaknya noda dosa. naudzubillahi min dzalik.



jangan sibuk mengata.
kau tak rasa.

hulur tangan dan tolong pimpin.
payah sangatkah ?




Ya Allah,
Engkau bikin aku malu hari ini.

Kuatkan dia.
Kuatkan dia yang dia cinta.

Permudahkan jalan mereka dalam menemui-Mu.

ameen.


  • Share:

You Might Also Like

4 comment(s)

  1. assalam enti..Suka dgn phrase 'jahilliah girl mmg byk pminat' :) spt berkadaran dgn dnia cnta remaja kini. Yg berpakaian separuh bogel yg digilai ramai.. Ttp knpa mrjina enti gelar jahilliah girl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak fokus pada marjina. fokus pada saya sendiri.

      jawapannya ada pada komen anda di atas :)

      Delete
  2. 'Hulur tangan dan tolong pimpin. Payah sangat kah?' <-this, deserves two thumbs up. Kdg2 org tak sedar bilamana dia sembunyi tgn dr memimpin, dia membuatkn org yg nk mengenal tarbiyyah tu mkin jauh hati... makin putus asa, mungkin. Allahu Allah~

    SAA, fasa pertama tarbiyyah adlh fasa plg indah kn? Fasa yg tak dpt diungkap dgn kata2 sbb waktu tu waktu ego kte terbantai dan kte akhirnya mengaku dan bersujud sbg hamba yg hina yg sbnrnya. Sungguh, i'm longing for that moment, too. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nur :)

      kan. sayang juga bila rasa diri sudah 'veteran' dalam diberi hidayah. hingga tak mampu nak terima salah laku orang lain. kita juga punya dosa sama mungkin. tapi dah lupa sebab konon let go of the past. sepatutnya guna the past untuk faham orang lain. bila kita faham mad'u, mereka akan dekat. bila dah dekat tu yang best kita nak inject dia dengan tarbiyah yang up lagi satu level. jangan isti'jal.

      ya nur, rindu sangat. sekarang rasanya lebih kepada menangis kerana tak mampu untuk menangis. semoga hati kita basah kembali. syukran nur :')

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”