Wednesday, 19 June 2013

Selamat Hari Ayah.

susah untuk minta maaf - terlalu.
untuk aku, si makhluk ego bernama perempuan.

sorry seems to be the hardest word. yes, indeed. true enough.

aku kurang pasti apa yang merantai jiwa aku daripada mudah untuk memohon maaf.
sekarang dah kurang nak marah orang tak semena. tapi bila dah marah.. I start becoming scared of my own self. the monster in me yang bukan selalu aku tunjuk. tapi selalu juga.

jiwa memberontak masih bersisa rupanya.
penat. hm.

macam semalam, tercakap kasar dengan ayah. masuk bilik, solat. menangis. nak minta maaf, malu. berjam-jam berkurung dalam bilik tak peduli dunia yang ada kat luar. lepas dah reda sikit, keluar. duduk tepi ayah. buat muka selamba tuang air. 

"sedap air ?" aku tanya.

"sedap."

"tengoklah sapa buat." aku angkat-angkat kening.

lepas tu borak macam takde benda berlaku. ada gelak sakan. cerita Mira jadi wakil rakyat KIPSAS. ayah gelak tak percaya. sampailah cerita subjek-subjek membunuh Bahasa Arab dan Tamadun Islam. dan masuk cerita kebajikan kucing-kucing kat rumah.

aku tak pandai nak minta maaf. tapi aku cuba turunkan ego aku yang tidak bertempat. aku cuba tukar keadaan. aku tak cukup kuat untuk ucap kata maaf. entah. hm.

apa yang aku belajar,
antara cara untuk bahagiakan mak ayah adalah dengan dengarkan apa yang mereka cerita. macam ibu, semua cerita selama aku takde kat rumah dia nak cerita. ayah pula, selalu ajak tengok tv sama-sama dan cerita kisah-kisah lucu dalam keluarga. 

dan dia suka cubit pipi sepertinya aku ini masih anak kecil.

senyum.

mereka butuh perhatian. kita makin mendewasa dan mereka makin menjadi anak-anak kembali. 


"habiskan belajar dulu, kerja, baru nikah. suruh dia tunggu."

If and only if he want to take the pain of waiting for your daughter.

"jumpa menantu kat masjid."

amboi sakan. taknak bagi orang nikah lagi tapi sibuk duk sebut menantu. *menci*

"kena usaha lagi ni. tak cukup 4.00."

yang ni aku rasa macam -.-' demand sangat bapak guwa. 

"tak payah balik-lah sem depan. kalau cuti lama, baru balik."

okay. bisa saja.


anak sulung ayah dah nikah. tinggal lagi dua. mesti hati ayah sunyi, kan ? kita taknak nikah la. ƪ(˘⌣˘)ʃ




Malfoy's Family.
Aku dan Harry Potter berpisah tiada.
*tak habis-habis dengan HP*
well, I don't give a damn to what you're thinking ƪ(˘⌣˘)ʃ


Selamat Hari Ayah.
untuk ayah. dan juga ayah-ayah seluruh dunia.


No comments:

Post a Comment

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”