Monday, 24 June 2013

nah, ini untuk kamu.

syukur aku atas segala nikmat yang Allah berikan, termasuk kurniaan sahabat-sahabat yang baik. 

Hari demi hari, bilangan best friend aku semakin bertambah. entah, aku tak tahu bagaimana hal itu berlaku. it just happened. kalau dulu, best friend tak sampai sepuluh orang. siap ada geng sendiri. tapi sekarang, aku pun tak pasti sudah berapa orang best friend yang aku ada.

ada antara best friend aku yang cemburu bila aku bersama best friend yang lain. mungkin difikirnya, aku lagi lebihkan yang lain. aku lebih sayangkan yang lain. begitu barangkali. 

apa yang hati aku ingin katakan adalah, tak kiralah siapa atau berapa bilangan best friend yang aku ada, setiap daripada kalian punya nilai istimewa yang tersendiri pada mata aku. mohon jangan ditanya siapa yang berada di ranking paling atas, atau siapa yang paling aku sayang, kerana hal itu tak mungkin dapat untuk aku jawab. 

punca kecintaan aku terhadap kalian itu semuanya sama, kerana Dia. namun begitu, bagaimana aku sayang kalian itu mungkin berbeza. sayang aku untuk setiap daripada kalian itu berbeza. yang ini aku sayang lain. yang itu aku sayang lain. tak sama. tapi tetap sayang. sayang yang tak mungkin aku boleh cerita dalam bentuk perkataan.

tak perlu cerita "aku sayang kau." sebab masing-masing seharusnya sudah lebih dulu tahu. seperti contoh, aku rasa aku tak pernah kata sayang pada Umi, pada Asma, ataupun pada Uya. aku rasa tak pernah. kalau adapun mungkin waktu itu aku tengah gila. haha. dan mereka bukan pengemis yang selalu minta untuk aku ucap kata-kata seperti itu. kerana kami sedia tahu memang kami sayang sesama sendiri. (ini contoh paling baik kerana satu dunia tahu mereka bertiga awek-awek aku)

tak semestinya tak ucap kata sayang, sayang itu tidak wujud. kan ? 

jangan gampang iri. kita semua kan bersaudara. harusnya, semua best friend aku bergabung dalam satu saff dengan bahagianya. senyum.



so, you should know that I love you.
Never ask. Just feel it. 



5 comments:

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”