aku mahu kongsi satu cerita. kau mahu, dengar ? ya, dengar. bukan cuma baca.
ini cerita tentang dia. dia, sang gadis.
dia anak nakal. ya, nakal sekali. perangainya jelek. tutur katanya sumbang. hatinya lopong tak berisi. hidupnya kosong tiada erti.
solatnya ranap. alQuran pernah jadi bahan lemparan.
kasihan anak itu. pernah sesekali dia ingin habisi nafasnya gara-gara kehilangan punca hidup. namun, ada yang menyekat. tidak tahu siapa.
namun begitu, dalam banyak hal, dia paling percaya satu hal dan dia berpegang teguh dengan hal tersebut iaitu, "jangan mendekati zina", "la taqrabu zina.". kerana mungkin dia percaya logik dari ayat Allah dalam Surah Isra ayat 32 itu. ya, dia percaya. kerana hal itu sangat logik. masa mahu mendekati zina dengan berpacaran? oleh sebab itu, dia mengambil langkah untuk tidak dekati jalan itu. banyak lelaki yang hadir tapi secuit pun hati dia tidak terdetik untuk maju kehadapan dengan berpacaran. tidak sama sekali. dia sangat percaya, setiap orang ada jodohnya masing-masing. dia percaya pacaran itu berdosa. dia sangat percaya. kerana dia rasa logik untuk dia percaya. sepertinya bodoh ya, bersuka-suka dengan jodoh orang lain. jahat sekali.
dan tiba pada suatu hari,
ada surat-surat yang tidak sepatutnya hadir. surat yang berisikan hal-hal yang tidak sepatutnya. tapi malang, gadis itu dituduh sebagai pemilik surat-surat itu. antara ramai-ramai perempuan, dia yang terpilih untuk dituduh. ya, terpilih. mungkin kerana zahirnya dia kelihatan yang paling pantas untuk dituduh berbanding dengan yang lain. mungkin. namun, hal itu cuma diketahui beberapa orang sahaja. tidak dihebahkan sama sekali.
oleh sebab itu, sang gadis itu juga turut diam. kerana yang menuduh itu bukan calang-calang orang. dan itu sangat menyakitkan dia rasa.
tahun demi tahun, sang gadis itu semakin melangkah dewasa. untung Allah mahu sentuh hati dia dan tukar dia jadi perempuan yang menuju kepada kesolehahan.
dan tiba pula pada suatu hari,
ada seorang perempuan menziarahi bilik mereka. bekas pelajar. perempuan itu mahu bertemu dengan kakak sebilik gadis itu. namun, si gadis sedikit aneh dengan pandangan yang diberikan oleh perempuan itu. dia cuba berlagak biasa. tak baik berprasangka. mereka berdua sedang bercerita, berbisik-bisik lalu bersembang di luar rumah. mungkin bimbang kedengaran oleh orang lain isi bicara.
pada malam itu, si kakak sebilik tadi mula buka cerita,
"tadi dia cakap ada pelajar kat sini pregnant. junior. niqabi."
"lalu ?" sang gadis itu bertanya barpun dia sudah boleh merangka apa yang bakal diutarakan.
"dia cakap, yang ni ke ? dia ingat awak."
sang gadis tersenyum sambil beristighfar. mudahnya manusia berkata-kata. hanya kerana pakaiannya sama. junior juga.
"lalu ?" sang gadis bertanya lagi memujuk tenang untuk berada di hati.
"akak marah dia. tak mungkin budak ni. budak ni hyperactive melampau. tak mungkin pregnant."
sang gadis ketawa. lucu. dua kali dituduh sebagai 'perempuan kotor'. dibelek kembali buku yang tadi dibaca. matanya tertumpu pada baris-baris perkataan yang sangat tepat pada masa,
"antara 70 dosa besar adalah menuduh perempuan yang suci melakukan zina."
astaghfirullah.. semoga perempuan itu diampunkan Allah atas kelancangan mulutnya, atas kelancangan hatinya berprasangka.
maruah orang jangan sekali kita mainkan walaupun cuma untuk bersuka-suka.
bagaimana mati-matian dia mempertahankan maruahnya, orang lain dengan mudah-mudah saja menuduh yang bukan-bukan. kalau kita yang dituduh, apa kita rasa ? marah ? pasti. kalau aku, mahu aku hiris saja mulut longkang itu. tapi Allah ajar supaya sabar dengan ujian, kan ?
gadis itu mula teringat kisah Saiyyidatina Aisyah yang difitnah bersama seorang lelaki. Ummul Mukminin juga dituduh sebegitu. sampai turunnya wahyu tentang kebenaran yang berlaku. bagaimana Aisyah merajuk gara-gara terasa hati dengan suaminya, baginda Rasulullah s.a.w.. Allah yang menyelamatkan maruahnya, bukan orang lain.
dan juga, kisah Sayyidatina Maryam. yang lebih memeritkan kisahnya dia kira. seorang gadis, yang dipilih untuk melahirkan seorang Nabi Allah tanpa adanya suami. padanlah, kalau namanya tercatat di dalam al-Quran sebagai sebaik-baik perempuan.
"dan (ingatlah) ketika para malaikat berkata, "wahai Maryam! sesungguhnya Allah telah memilihmu, menyucikanmu, dan melebihkanmu di atas segala perempuan di seluruh alam (pada masa itu)."
- Surah Ali 'Imran ayat 42.
bukan mudah menjadi Maryam. dan setiap kali dia dengar cerita Maryam, hatinya cemburu. bagaimana tingginya iman dia kepada Tuhan-nya. hinggakan segala tindakan Tuhan tidak dipersoal barang sedikit. Allah. Hebat-nya wanita ini sehingga menjadi pilihan Allah untuk melahirkan Isa, seorang nabi.
Sesuci Maryam - Nice
dan mungkin kerana kisah mereka, yang buatkan sang gadis itu mampu untuk sabar tanpa banyak cerita. wanita hebat diuji dengan ujian yang maha hebat, apalagi dia gadis hina tiada apa. aneh juga sebenarnya bila mampu untuk bersabar di saat diri berhak untuk rasa marah. itulah indahnya tarbiyah. didikan yang Allah berikan bukan yang biasa-biasa. mampu untuk mengajar dan mencetak manusia yang lebih hebat dan kukuh imannya.
kalau dengan ujian itu, Allah angkat darjat-nya, sungguh dia akan bahagia dengan ujian itu. belajar, untuk letak pengharapan sepenuhnya kepada Allah.
Allah uji tanda Dia sayang. itu ayat klise. tapi hakikatnya begitulah. seperti bagaimana kita kacau kawan kita, itu tanda kita sayang dia. mahu bergurau-gurau. bukan seperti orang lain yang kita tak mahu hirau. perhatian tandanya sayang. ujian itu tanda perhatian. jadi, cubalah bersabar. jangan rasa kita saja yang bermasalah di dunia ini. ujian yang menimpa kita mungkin yang paling remeh Allah bagi. berbanding dengan orang lain. cubalah, bersabar dan bersyukur dengan nikmat ujian yang Allah berikan. kita hidup bermatlamatkan Dia, jadi mahu ragu apa lagi ?
"sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati syurga tanpa ikhlas di hatinya."
4 comment(s)
assalam..tabahnya gadis itu taktala dituduh sebegitu..moga kita juga tabah+kuat hadapi cabaran kehidupan kerna ia adalah tarbiyah, ujian hidup utk tingkatkn iman kita..in sya Allah :)
ReplyDeletewasalam.
Deleteameen untuk segala doanya ya ukhti. Allah yubarik fik :)
ainum :)
ReplyDeleteakak :)
Delete“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”