Wednesday, 21 May 2014

Just be careful with your own feelings.

Salam'alayk people. senyum sikit. =)

I just feel like talking here. lantaklah ada orang baca ke tak. haha. it's mine, anyway. nak buat vlog, kita ni pemalu orangnya (oh my God). so, kadang-kadang macam best juga write like you speak. herher. 

nak cakap pasal tajuk kat atas tu ha. *jari tunjuk atas dua kali*

well, banyak kali kan, kita decide a decision based on our feelings and not with pertimbangan yang betul. maknanya tak ada kerjasama antara hati dan akal. buat keputusan dengan modal kehendak yang sementara. oh, tu selalulah. lepas tu, menyesal tak sudah.

okay, I give you an example.

contohnya bila Bedah tak boleh makan udang sebab alergik. tapi satu hari mak Bedah masak lauk udang cili padi api pedas kebabom. makanya mestilah wajib untuk Bedah terliur yang sangat. so, Bedah decide untuk makan. sekor pun jadilah kata Bedah. lalu Bedah pun makan. dan natijahnya, habislah lemah terasa badan Bedah. nak muntah. bibir macam Angelina Jolie. dan mulalah terdetik di hati Bedah, "kenapalah aku makan udang tu? rasa makanan tu kejap je kot. nanti jadi tinja (Bedah ni sopan dan sains orangnya) jugak. tapi sakit ni lama."

hah. nampak tak?

sebab tu jangan ikut sangat hati tu. berlemak sangat hati tu sebab tu manja. segala benda nak kena turut kehendak dia. eh, tak bolehlah macam tu. kena tengok juga apa benda yang hati nak tu. kadang-kadang bukan betul sangat benda yang dia nak tu. nak Brad Pitt lah, nak John Cena lah, nak Habib Jewel, dan macam-macam lagilah yang dia mengada sangat duk nak. 

Allah bagi manusia akal sebab nak suruh fikir. jangan taruh buat pusaka je. guna selalu. biar tak terserlah sangat bodoh tu. haih. tapi tu lah, suka sangat lebihkan hati. lagi parah bila hati tu bergabung dengan nafsu. uih, memang naya la kau, kak.

kena hati-hati dengan feeling sendiri. sebabnya, bukan semua yang dia nak tu kemahuan kekal. banyak masanya it just for temporary. kita juga yang rugi kalau tersilap buat keputusan. lagi bahaya kalau melibatkan keputusan yang besar. seperti pilih calon suami, misalnya ? erk.

sekarang mungkin kita rasa, "ow, he's the one who can bring me to Jannah." "she'll be the mother of my children." bleh bleh bleh. kalau memang okay, baguslah. tapi kadang-kadang tertipu dengan kata-kata manis, dia punya looks, harta benda, dan segala benda yang boleh attract kita untuk tiba-tiba nak suka dia. memang karutlah ayat kan. 

jangan sampai kita terlalu cari yang sempurna, by sempurna I means sempurna pada mata kita, sampai kita buta untuk lihat apa yang dah baik depan mata. sebab sempurna bagi manusia tu bagi aku, it's universal. subjective. mungkin dia tak ada kaki, tapi aku nampak dia sempurna. sebab ada kelebihan pada dia yang menutup ketidaksempurnaan dia. mungkin dia perempuan sopek, tapi aku nampak dia indah. begitulah. 

sempurna tu kau tak akan jumpa dalam diri kau.
sempurna tu kau tak akan jumpa dalam diri aku.
sempurna tu kau akan jumpa dalam diri kita.
KITA -- berdua.

the lock-and key enzyme. even Biology explains it. 

bijaklah dalam memilih. jangan ikut hati. pemandu berhemah encik iman kan ada. kenapa nak suruh encik nafsu yang drive pulak. bawak kereta entah pape. tak pepasal eksiden belanggor nanti.

be wise. tak kisahla dalam bab apa pun. asalkan bila tiba masanya kau kena memilih. payah tau. tapi tu yang akan effect kita punya hidup dunia akhirat.

dan, sebenarnya akan ada pengorbanan kecil ataupun besar yang kita kena lakukan when you start making decision. sebab kita tak boleh nak pilih semua. so, someone will be hurt. and that someone can be you. or another party.

"hm. kalau aku pilih kau, berapa banyak hati yang akan ranap. so, I better not to. mungkin kita memang ada jodoh. tapi jodoh tak kesampaian."

hah, tu antara line siri tadhiyyah la. sebab kau tak boleh tamak. kau manusia. kau tak boleh ada semua. tu kata Wani Ardy.




yelah sebab tak semua yang kita nak kita dapat. tak semestinya kalau kita suka orang, orang tu kena suka kita balik. kena terima hakikat tu walaupun pedih menusuk hati jantung tak lari. tapi, kadang-kadang bukan sebab dia tak suka. mungkin sebab dia keliru. so, dia diam. okay, start mengarut dah. haha. aku pun tak paham apa yang aku cakap.

so, semoga lepas ni kita jadi lebih bijak dan matang dalam memilih. sebab pilihan kita hari ini adalah penentu masa depan kita. dunia dan akhirat. 

peace.

2 comments:

  1. deknum, kenapa reben yg goyang-goyang tu omey angat? kenapaaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. jeles letuww. makanya di waktu cuti inilah the best time nak hias blog. hahaha

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”