kadang, lebih baik cerita dihenti mati.

By Ainum Lathifah - May 30, 2014

"aku nak tanya sesuatu. erm.." 

"apa dia ?"

"macam mana kau tahu kalau kau sayang someone ?" wajahnya menunduk. malu dengan soalan sendiri mungkin.

"payah soalan tu." dia memandang sahabatnya aneh.

"kan ? aku ingat aku saja yang rasa macam tu."

"kenapa tiba-tiba tanya ? it's a little bit awkward for us to have this kind of conversation, don't you feel so ?" senyum terukir memandang sahabat di hadapan.

"random." dia angkat bahu. ah, payahnya nak bercerita!

dipandang lama wajah sahabatnya. mula bermonolog sendiri dalam hati. 

'there's something stuck in her throat that she can't spill it. I feel you, girl. I've felt it before. and maybe still am.'

"Hurt, ain't it ?"

"Huh ?" dia memandang kaku. akalnya sudah jauh menerawang.

"that feeling. it's hurt, I bet."

straw dimain perlahan. gula sudah terlebih hancur.

"aku.. aku tak tahulah. I'm just.. confused."

"hm. kalau kau suruh aku definisikan sayang.. sayang is actually another word of caring. bagi aku lah. sebab aku tahu aku betul sayang someone bila aku sayang dia sampai tahap aku rasa aku nak jaga dia betul-betul. dan jarang sebenarnya untuk aku rasa macam tu. eh, boleh kira pakai tangan. atau memang tak pernah rasa ? giliran aku pula yang confused." ketawa pecah di akhir ayat. lebih kepada lucu dengan diri sendiri.

"sampai mampu untuk terima segala hitam dia ?"

suapan aiskrim dihentikan. 

"macam mana aku nak hitamkan dia kalau aku sendiri pun tak putih ?"

giliran sahabatnya pula terhenti suapan. tersentak. terpukul.

"maksud aku.. hitam yang jelas hitam.. yang tak mampu dikelabukan.."

"sebab tu aku cakap aku nak jaga dia betul-betul." aiskrim disua kemulut. lambat rasanya untuk menelan. perbualan ini jadi makin dalam. 

"..bukan sebab aku rasa aku mampu untuk putihkan dia. tapi sebab aku tak mahu dia terus hitam. ah, kenapa aku rasa kita sedang bercakap tentang orang minyak ni." ketawa pecah lagi. 

".. sebab aku terlalu percaya bahawa yang pernah rasa hitam itulah yang nantinya akan menghargai bila mana dia merasa putih. bukan semua beruntung merasa putih sejak dari awal, kawan."

"pedaslah nasi goreng ni." sahabat di hadapannya mencapai tisu. dia mengulum senyum tawar.

"sebenarnya kan.. things become complicated sebab kita sendiri yang rumitkan. padahal Allah dah tawarkan istikharah. tapi kita tak buat. sibuk fikir siapa harus dipilih. kenapa takut sangat nak istikharah ? takut pada jawapan ? pelik betul. Allah lebih kenal kita, kawan. Dia lebih tahu siapa yang terbaik untuk kita walaupun mungkin sekarang kita tak nampak."

"tambah rumit kalau terlalu ikutkan perasaan sendiri, kan ?"

"ya, betul. tapi Rasulullah SAW juga meraikan fitrah itu. pernah Rasulullah SAW bertanya kepada seorang wanita apakah dia mahu mengahwini pemuda yang berjalan itu. wanita itu bertanya apakah itu satu perintah atau syafaat. dan Baginda SAW mengatakan boleh menjadi syafaat. lalu wanita itu menolak dan Rasulullah SAW tidak marah sama sekali. kerana wanita itu tak ada rasa cinta untuk pemuda itu. Rasulullah SAW sangat understanding, kan ?" giliran aiskrim-nya pula yang berasa pedas. tisu dicapai.

"...tapi jangan sampai buta dalam memilih. bukan semua kecintaan kita itu benar. teliti hati betul-betul. terlalu melebihkan perasaan hingga terlepas pandang yang sewajarnya pun boleh membawa binasa. bahaya."

sahabatnya masih diam mendengar. mencerna. menghadam setiap kata.

"aku rasa masalahnya dari diri sendiri. benda jadi rumit sebab aku terlebih fikir tentang hal ini. yang mungkin belum waktunya.." suapan terakhir nasi goreng terasa pahit.

"... sebenarnya aku penat. serius aku kata aku penat. penat dengan ujian macam ni. boleh dikatakan sangat jarang untuk diuji begini, tapi sekali datang... aku rasa mahu jatuh."

"ya.. aku faham. cumanya kau kena ingat, diuji dengan hal yang sama berkali-kali sebabnya kau belum lulus ujian ini. dan memang penat sebab.. kebergantungan kita tak sepenuhnya kepada Allah. tawakal menyelusur masa. kita payah untuk amalkan perkara itu. dan memang penat, apatah lagi sebagai seorang yang bekerja untuk agenda Allah, hal begini sangat melemaskan."

"iya! melemaskan sekali... aku rasa malu pada Allah. kerja bertambun-tambun tapi masih.."

ekspresi wajah sahabatnya itu diperhati. sama. ekspresi yang punya rasa bersalah dengan Tuhan dan keliru dengan perasaan. siapa yang suka diuji pada titik itu ? tidak ada rasanya. apatah lagi buat seseorang yang bergelar da'ie. bukan semua benda kita cari pasal untuk ia berlaku. ada yang datang sendiri tanpa diduga. tapi tetap kena husnudzon dengan Allah. ada sebab kenapa Dia beri ujian ini. ada sesuatu yang Dia mahu ajar.

"lepas zohor ada meeting. untuk program minggu depan."

"oh, yakah ? jom-lah. dah jam 12." dia segera menghabiskan minuman yang masih tersisa. sapu tangan dikeluarkan dari bagpack untuk membersihkan wajah yang tadinya sugul.

ditenung lagi sahabat di depannya. mim mula bercambah di bibir.

"jom." 

restoran itu ditinggalkan. bersama perbualan-perbualan tadi. kadang, lebih baik cerita dihenti mati. sebab kita masih punya banyak kerja menunggu di depan sana. bukan tak mahu selesaikan masalah. tapi sebenarnya sedang mahu selesaikan masalah. kerja dan kerja dan kerja. hingga hal-hal lain kita boleh taruk ditepi untuk sementara.

semoga berjaya, kawan.





"Aku tak hilang. Aku hanya sedang tertimbun oleh keinginanmu yang lainnya."
- Karizunique


aku tak kisah kalau kau hilang, asal keinginan aku itu adalah ilmu dan perjuangan.



  • Share:

You Might Also Like

0 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”