Salam'alaik and hye.
First of all nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Ramai yang post status di facebook dan twitter tentang ketidaksabaran menunggu kedatangan Ramadhan. Harapnya bukan mulut sahaja semangat menuturkan, tetapi biar selari dengan amal, bahkan lebih. Peringatan buat semua termasuk diri yang dhoif ini.
Bila tiba bulan Ramadhan ni, setiap muslim berlumba-lumba untuk beramal dengan sebanyak mungkin. Fastabiqul khairat, kan ? Betapa bestnya jika dapat berpuasa sepenuhnya di bulan Ramadhan dengan terawihnya tidak ditinggal.
Seperti yang kita sedia maklum, boleh dikatakan sangat-sangat-sangat susah untuk kita muslimah berpuasa penuh. Dan hal ini demikian kerana Allah telah memberi perancangan lain kepada kita. Ramai yang mengeluarkan statement :
"boleh baca al-Quran sebagai zikir time period ?"
"alaa.. best la dia dapat pergi terawih.."
"tak dapat lagi merasai ramadhan ni.."
ya ukhti ,
bukankah kita sama-sama berada dalam bulan Ramadhan yang sama ? Perjalanan kita sama sahaja. Cuma jambatan yang kita naiki itu yang berbeza. cuba fikir, mana mungkin Tuhan sengaja mahu kita sedikit saja amalnya. kerana itu, sangat penting bagaimana kamu melihat apa itu sebenarnya 'amal'. ramai yang berpandangan amal itu solat. amal itu membaca al-Quran. amal itu qiamullai.
Bukankah sedekah juga satu bentuk amal ? adakah ada Allah mengharamkan muslimah yang tidak suci untuk bersedekah ? berbuat baik kepada ibu bapa ? nah, itu lebih besar ! sebenarnya fikiran kita disempitkan dengan definisi amal yang kita reka sendiri. Baca alQuran sebagai zikir ? takkan zikir sampai berjuzu'. banyak lagi bentuk zikir yang kita boleh buat. asal kau ingat Tuhan, itu zikir ! Time Allah bagi 'kesempatan' ni la kita boleh tadabbur surah yang kita baca. ambil ibrah dari kisah-kisah manusia hebat dahulu. memotivasikan diri dengan ayat-ayat cinta dari Tuhan. dan mengambil peringatan dari amaran-amaran Dia.
Ingat, perjalanan kita sama ; menuju Ramadhan. tapi jambatan kita yang berbeza. jambatan = amal. Sebenarnya itu adalah pilihan kita sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Allah tidak menutup peluang kita untuk beramal. Jangan kau salahkan tindakan Tuhan hanya kerana sempitnya fikiran-mu.
"alaa.. period la.. tak dapat nak berpuasa.."
"bencinya.. tak dapat join terawih.. " *mulut muncung*
solehahnya kamu. kalau boleh nak puasa je seumur hidup. tanda betapa SOLEHAHnya kamu. tapi adakah perempuan solehah itu mengeluh atas apa yang Tuhan berikan ? Husnudzonlah dengan Tuhan-mu. Tiada yang Dia lakukan sia-sia.
Ya ukhti fi al-Islam,
kehidupan adalah satu perjalanan di mana bulan Ramadhan itu adalah tempat untuk kita beristirehat. contoh mudah, kita guna analogi highway dan RNR. Highway = kehidupan. RNR = Ramadhan. Sepanjang perjalanan kita akan merasakan letih yang teramat, kurang bertenaga dan lain-lain. oleh itu, kita pun mula la cari tempat untuk kita berehat sebentar, mengurangkan panas enjin kereta, berhenti makan dan sebagainya. Masa kat RNR tu la kita tidur sekejap dan makan. Dan selepas kita sudah cukup segar untuk meneruskan perjalanan, baru kita mula bergerak kembali. Sama juga seperti kehidupan kita. Pada bulan puasa inilah kita nak topup kembali amal kita yang selama ini compang-camping. masa ni la kita nak mengembalikan tenaga dan semangat dalam perjalanan menuju Tuhan, yang sebelum ini kita sepertinya 'exhausted'.
Ya ukhti,
jaga mulut-mu. Allah tidak berhajat pada puasa kita kalau kita masih berdusta dalam berkata-kata. Apa guna puasa kalau menceritakan buruknya orang ? Apa guna berpuasa kalau mulut itu menabur fitnah ? Apa guna berpuasa kalau kau masih lagi menipu ? jaga hati-mu. jangan iri hati pada orang lain. jangan menyimpan dendam. jangan mudah layu pada sekecil-kecil maksiat. Ingat, nafsu itu adalah markas syaitan. Sememangnya pada bulan puasa ni syaitan tiada, telah diikat. tapi nafsu-mu masih 'hidup', jangan kau lupa. Ramai yang suka bila tiba bulan Ramadhan kerana syaitan sudah diikat. nak pergi mana-mana pun berani la sebab selama ni takut hantu. tapi bukankah sebaik-baik penjaga itu adalah Allah SWT ? Dan bagi nafsu-mu, kawal dia ! jangan kau peduli rengekannya. nafsu tu ibarat anak kecil yang inginkan mainan. dia beli satu tapi belum puas. dia mahu lagi mahu lagi mahu lagi dan lagi. kerana itu, sebaik-baik pengawal nafsu itu adalah iman kita sendiri.
Akhir kalam, semoga bulan tarbiyah ini dapat membaiki lagi diri kita, memperkuatkan lagi pertahanan iman kita, dan makin mengukuhkan ikatan cinta kita dengan Tuhan.
Doa-ku, semoga ramadhan kali ini makin mengakrabkan hati aku dengan Tuhan. Moga keindahan akhlak yang terbentuk akan terbias dalam perilaku. kerana melihatkan perilaku diri ini, aku tahu akhlak aku masih di tahap yang sangat menyedihkan.
oh dan syafakillah buat ibu. demam dari semalam.
"Ibu demam ni.."
"Demam rindu ke ? Hikhik.."
"Ye la. dah tu semua tinggal ibu. "
Alololooo.. tamau kawin la kalau camtu. *bajet*
notakaki:
saya ada buatkan borang mutaba'ah amal edisi Ramadhan, dan ada juga yang untuk bulan-bulan selainnya. dah bagi kat adik-adik usrah hari tu. moga bermanfaat. bila ada checklist ni, rasa lebih berdisiplin, InshaAllah. sape-sape yang nak, boleh bagi e-mail, ok =)
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”