Hari ni penat berkejar ke sana ke sini. Ni baru uruskan hal dunia, belum lagi uruskan hal akhirat.
Habis pinjam buku di library, terus ke bilik. Dan langsung ke makmal komputer untuk kelas seterusnya. Hantar brochure. silap buat dengan publisher, pensyarah suruh guna microsoft word. tapi aku lupa. kena buat balik. buat balik sampai siap. nak print tak jumpa pendrive. patah balik masuk bilik. cari tak jumpa jugak. aku mungkin tertinggal kat makmal komputer. pergi balik cari pensyarah minta kunci. masuk makmal, cari-punya cari tak jumpa. makmal baru je lepas diguna oleh pelajar intake baru. patah balik bilik. copy guna pendrive kawan. jalan pergi kedai anjung. dari kejauhan nampak kakak cashier tu tengah kunci pintu. kedai dah tutup. patah balik bilik. berfikir sejenak. buka laptop. dan tulis.
mahu tahu apa yang aku fikir ?
begitu banyak dosa aku sampai Tuhan bagi ujian kecik ni tapi sangat menguji ketahanan iman, sebab Dia nak me'reduce'kan dosa-dosa aku. sedikit demi sedikit.
kadang aku tak sempat nak fikir la how can I missed all the basic things I have to know.
kasih sayang-Mu itu yang buat aku makin tambah malu, Tuhan. makin bersungguh aku mengumpul dosa, makin Kau bersungguh mahu mengurangkannya.
Tangis ini pun tidak mampu untuk menyatakan betapa aku berterima kasih kerana Engkau masih sudi untuk memandang aku.
Alhamdulillah !