Mama cuba jadi berani, Maryam.
aku ingat aku dah lupa jalan balik. tapi masih lagi jumpa. benar yang sebenarnya sememangnya apa yang drive aku untuk menulis di ruang ini dominannya adalah bila hati tengah sedih, jiwa tengah kacau, fikiran tengah berserabut dan yang sewaktu dengannya.
tapi taklah teruk sangat apa yang dirasakan waktu ini. ini bukan lagi luahan tentang rasa hati yang sama macam dulu. last entry aku, aku tengah trismester pertama. alhamdulillah sekarang anak dah tujuh bulan. Maryam namanya. nantilah kita bercerita semula tentang birth story dan segala yang berkaitan.
you know, kita tak akan pernah terlepas dari rasa takut dan bimbang. lagi teruk, bila takut jadi apa-apa, takut kesakitan, takut kehilangan. jadi hari ni Maryam disahkan ada mild eczema. mungkinlah ada yang rasa biasa. tapi bila duk tengok bagaimana mak ayah nak sembuhkan anak yang condition lagi teruk dari Maryam, aku jadi takut nak hadap. keciknya jiwa aku, Ya Allah. baru sikit Engkau uji, aku sedar.
she is a happy baby. memang since newborn stage lagi dia dah ada rashes di leher which aku ingatkan just ruam panas macam biasa sebab doktor pun sebut macam tu. tapi dia on off kejap ada kejap hilang once dah sapu lotion. alhamdulillah ada juga lotion yang membantu, aku memang guna cetaphil baby lotion tu dari dia umur sebulan dan serasi dengan dia alhamdulillah.
cuma sekarang nampaklah makin melarat cuma bukanlah tahap teruk macam yang nampak di posting fb lain-lain. naudzubillah semoga tak jadi macam tu. itu yang buat sedih, sedih sangat tengok sebab kita tahu pedih gatal since kita pun ada condition yang sama. yang tua macam aku ni pun tak boleh tahan nak garu, apalagi budak besar Maryam tu. sedih tiap kali nampak kemerahan. tapi dia still happy macam biasa.
tak, aku datang sini sebab nak bagi sedar diri. betapa kecilnya jiwa aku. betapa rendahnya pergantungan pada Allah aku rasa. pelbagai benda nak cuba ikhtiar tapi aku lalai dalam mengingati bahawa ini semua ujian dari-Nya dan hanya pada-Nya ada kesembuhan.
bila dah anak, beginilah conversation sekarang. semua perihal anak. tapi sungguhlah, aku rasa malu. aku rasa kerdil. aku rasa macam lembik gila. baru sikit wey. sikit sangat. tapi kenapa rasa macam takut dan bimbang sangat gaya tak ada Tuhan yang akan tolong. aku sungguh tak boleh bayang ibu-ibu yang mengalami lebih bahkan yang kehilangan abadi...
aku sedar bahawa menjadi ibu memang buat aku jadi paranoid. kalau dulu tengah pregnant, takut apa-apa jadi. sekarang dah melahirkan, macam ni pula level seramnya. aku malu, sungguh.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (2:155)
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (2:156)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (2:157)
yang kita punya hari ini belum tentu esok wujudnya sama lagi.
kadang-kadang nikmat bahagia, nikmat mencintai dan dicintai - -
sering saja bikin kita lupa akan asal usul datangnya cinta tersebut.
kita tahu dunia dan isinya termasuk orang di sekeliling kita
bahkan anak yang kita lahirkan hanyalah sekadar pinjaman.
tapi banyak masanya kita lupa dan berkelakuan seperti tuan.
ampunilah aku, Rabbi.
atas kecilnya jiwaku dalam menyuburkan cinta yang telah Engkau semai.
aku lupa, aku tak punya apa-apa.
selain Engkau, Rabbi.
selain Engkau.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”