What a journey...
By Siti Ainum - May 26, 2020
I never thought pregnancy journey will be this scary. I thought once you know you get pregnant, you’ll be excitedly happy. And my thought was not wrong, not at all. The first thing in mind when the nurse said I was already in five weeks, I was confusedly happy. Like, can’t believe this is really happening. Of course I want it. My husband and I both want it. Of course, we’re happy. I’m so happy. Every woman wishes for this. Every wife dreams for this. I’m wallahi happy. But I scared.
Aku takut kalau-kalau aku tak mampu jaga dengan baik. Aku takut kalau-kalau aku tercuai terlalai di mana-mana yang boleh memudaratkan kandungan. Aku takut kalau apa-apa jadi, orang akan marah aku, orang akan salahkan aku sebab tak buat yang terbaik. Aku takut orang akan tuding jari cakap “itulah tak dengar nasihat itu ini, orang suruh jaga itu ini” kalau apa-apa jadi. Tengok cara suami over protective jaga makan minum, turutkan kemahuan, lagi rasa takut while others will be so grateful dilayan macam permaisuri at this time. Macam yang cakap tadilah, aku takut aku yang dipersalahkan kalau jadi apa-apa sebab orang lain dah buat sehabis baik nak bantu jagakan kandungan.
Orang lain awal-awal tahu pregnant mostly semua happy la kan, tapi aku hari-hari menangis. Suka tapi takut. Aku tak boleh kontrol. Otak langsung tak berhenti berjalan fikir kemungkinan demi kemungkinan yang buat lagi teruk menangis. Tak ada sesaat pun yang tak fikir pada masa tu. Hidup dalam tekanan padahal benda sepatutnya kena happy.
Sampai tahap saking pressure-nya rasa, terdetik dalam hati menyesal juga mengandung — astaghfirullah, naudzubillahi min dzalik. Cepat-cepat istighfar balik sebab tahu tu dah teruk sangat mainan syaitannya. Tapi itulah.. masa tu la baru faham, emosi perempuan mengandung ni memang dahsyat. Bukan semua benda kita boleh nak luah cerita pada orang lain. Jadi kalau isteri boleh cerita apa-apa saja yang tak kena, apa yang terpendam tu, kira okay sangatlah sebab bukan mudah ye. Even untuk orang yang expressive berterus terang macam aku pun, benda tak mudah.
Tapi itu dululah.. masa awal-awal minggu. Aku start being okay pun lepas tengok sendiri anak aku bergolek-golek dalam perut masa end of week 12. That was the most wonderful moment in my life. Sebabnya masa 5 weeks tu, tak nampak kantung lagi masa scan. Jadi tak tahu, tak nampak depan mata. Lagilah rasa risau tak tenang hidup. Apalagi bila sepatutnya next appointment scan pada tarikh sekian-sekian, nurse kata cancel sebab full bagai, lepas tu memang tak dapat tahan air mata sebab masih lagi tak berpeluang nak tengok baby. Dahsyat weh emosi orang mengandung. Tolonglah jangan kata exaggerate ke over ke “eleh orang lain pregnant tak cegitu pun”. Please lah. We don’t share the same ovary. Apalagi hidup.
Masa fasa teruk tu hari-hari merayu pada Allah supaya Allah ampunkan aku yang su’udzon pada Tuhan sendiri. Aku berprasangka buruk yang benda buruk boleh jadi. Seolah-olah Allah tu zalim sangat nak bagi bahagia sekejap lepas tu tarik balik. Dan kalau pun ditakdirkan begitu, kita maklum benda bukan jadi saja-saja tanpa hikmah di depannya. Tapi masa ni la, Allah uji dengan ketakutan pada kehilangan. Tahu, tapi susahnya nak kawal bila kena batang hidung sendiri.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (2:155)
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (2:156)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (2:157)
Allahummaghfirlii...
Kadang-kadang rasa journey ni sangat lonely sebab entahlah.. sebab takut juga nak cerita takut kita pada orang. Berat. Payah. Orang akan fikir kita overthink, orang akan rasa benda tak perlu dirisaukan tapi kita melebih risau. Macam yang aku pernah tulis dalam “Sadness Has Touched The Memory” (Zine Kepada Yang Patah Hati), sedih ni barang private. Bukan semua orang tahu. Dan bukan pada semua orang kita akan bagi kunci untuk tahu apa yang ada dalam tu. Sebab tu kadang-kadang kalau sampai masa terpaksa luah, laju saja air mata keluar. Tu tanda benda dah terpendam tapi baru ada courage nak luah.
Kadang-kadang terganggu dengan orang sekeliling yang tak alert dengan perubahan emosi orang mengandung. Orang layan macam biasa. Bukanlah nak kata suruh layan luar biasa macam raja tapi tang emosi ni.. tolonglah sensitif. Kalau kita masa bujang pun dah pening nak layan emosi sendiri yang swing situ sini, bayangkanlah being pregnant akan buat berganda-ganda lagi swing tu. Kami kadang tak mampu nak kawal emosi, jadi tolonglah bantu. Sama-sama perempuan pun tak dapat nak membantu masa ni. Bukan pemakanan saja nak kena diberi perhatian tapi jangan lupa emosi yang lagi memerlukan. Berapa ramai yang tak mampu survive pregnancy sebab stress. Naudzubillah.
Sorry baby, tak tahulah berapa banyak dah air mata yang keluar dan mungkin baby rasa effect-nya sikit sebanyak. Walaupun susah nak balik normal once dah emo tu, tapi just so you know, you’re my strength to help me go through this. Kalau tak fikir baby ada, being happy bergolek sana sini dalam perut ni, I don’t know la.. ikut hati ikut kepala je la kot. Tapi sekarang tak boleh nak ikut kepala tak boleh ikut hati. Kena fikir anak dalam perut.
Dah lama nak tulis sebenarnya tapi selalu tertangguh. Tapi hari ni trigger nak tulis sebab tertonton drama Nur siang tadi. Benda yang aku cerita atas nu, segala ketakutan yang aku rasa, macam tersimpul padat dalam scene episod tadi.
“Sebab Nur cuai, anak abang mati.”
That was harsh, Adam. Walaupun punca Adam jadi macam tu sebab sihir tapi aku tak akan nafikan aku pun ada ketakutan yang sama. Takut-takut nanti suami dah tak layan sama macam dulu sebab mungkin akan terbit rasa nak salahkan isteri. Aku overthink, ya. Tapi tu la ketakutan awal-awal mengandung dulu yang buat menangis tak berhenti sampai suami pun risau kenapa asyik menangis. Tapi susahlah nak bagitahu kan. Macam-macam drama berlangsung dalam kepala. Things are not as easy as it seems. Benda main dengan emosi ni susahlah.
Sebagai konklusi, tak ada satu ibu pun yang nak apa-apa jadi pada anak dia sama ada masih dalam kandungan atau dah besar panjang kat luar. Walaupun kadang-kadang datang teringin nak makan sesuatu yang mungkin tak baik untuk kandungan, tu bukan tanda tak sayang anak. Ibu mengandung pun manusia, ada keinginan. Aku bersyukur Allah bagi aku attend “kelas” ni. Yang aku tahu memang ramai golongan isteri nak masuk tapi tak dapat. Sebab aku finally tahu emosinya macam mana, jadi aku akan be more considerate, be more understanding bila berurusan dengan ibu hamil. Even though this scary feeling tak totally go away, aku bersyukur sangat-sangat atas kesudian-Mu untuk bagi aku rasa keajaiban dalam tubuh aku ni.
“Kalau Engkau rasa aku dah layak untuk jadi ibu, permudahkanlah urusan kami untuk memiliki zuriat. Tapi sekiranya belum, bantulah kami persiapkan diri.”
Alhamdulillah atas pengabulannya. Alhamdulillah atas ‘kepercayaan’ yang sedang diberikan. Bantulah aku, Ya Allah.. untuk memastikan anak ini sihat-sihat saja, dipermudahkan urusan melahirkannya nanti. Semoga dia menjadi anak yang soleh solehah penyejuk hati, kegembiraan di celah keluarga, penyenang di dunia dan pembantu di akhirat.
Alhamdulillah atas nikmat suami di sisi yang soleh. Tak boleh bayang perasaan sahabat-sahabat yang tak ada suami (atau tak boleh harapkan suami) pada waktu-waktu begini. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang telah dicurahkan. Semoga Allah lipat gandakan setiap wang yang dikeluarkan demi memastikan kecukupan. Walaupun tahun ni, lambat wish birthday tapi tak apalah, lebih menyenangkan hati bila kau lebih peka dengan tarikh check up kandungan ke klinik. Itu lebih dari cukup untuk menunjukkan kadar cintamu kepada kami berdua.
Sayang, mama sangat mencintai abi. Nanti tolong bagitahu abi ya. Duit raya jangan lupa claim.
2 comment(s)
Children are life's greatest blessings :) Selamat menjadi seorang ibu.
ReplyDeleteKisah-kisah kau selalu buat aku cemburu dan pesimis. Bagaimana untuk aku menjadi seorang yang soleh seperti suami kau? Aku tak tahu macam mana mahu jadi sekuat itu.
ReplyDeleteApa-apa pun semoga bahagia bersama suami tercinta, sahabat.
- ZK
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”