terima kasih, mas.

By Siti Ainum - January 24, 2020


Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia | 31 Jan - 1 Feb 2020 | Stadium Negeri, Kuala Terengganu


ketahuilah mas, setiap langkah saya keluar dari rumah, berjarak denganmu seketika untuk menuju ke medan ilmu dan juang, adalah limpahan pahala yang banyak bagimu. aku yakin engkau tahu.

maka mudahkanlah isterimu, bantulah saya... kerana kita memilih antara satu sama lain juga atas dasar ingin menguatkan sesama di atas jalan ini untuk-Nya.

semoga setelah disatukan ini, kita tidak lupa diri dan janji tentang bagaimana dulunya kita siang malam berdoa semoga hubungan ini diluluskan-Nya demi kelangsungan dakwah dan perjuangan, tapi selepas menikah kita jadi makin lalai, sukar untuk melepaskan keluar membantu agama dan kes terberat, malah melarang pergi -- naudzubillahimindzalik, semoga itu bukan kita.

semoga Allah SWT tidak menjadikan pernikahan kita sebagai ujian yang menjauhkan kita dari perjuangan dan semoga orang tidak melihat pernikahan ini adalah ujian buat kita kerana gerak yang makin perlahan dan semakin tenggelam. naudzubillahimindzalik.

bantulah saya untuk terus berenang dengan lapang di lautan perjuangan ini, mas. jangan biarkan saya lemas begitu saja.

  • Share:

You Might Also Like

0 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”