20 hari membangun Lathifah

By Siti Ainum - November 28, 2019

12 Rabi'ul Awwal 1441H


lapan tahun yang tak mudah. susahnya pada saya untuk menerima seadanya. susahnya pada dia yang payah memahami jiwanya saya. sehinggalah saya sedar tentang hakikat bahawa manusia memang tak sempurna. tapi saya memang tahu manusia tak sempurna cuma, saya kadang-kadang tak perasan penolakan-penolakan saya menunjukkan yang saya memang mahukan yang sempurna. sempurna pada kehendak jiwa saya.

tapi hairannya.. engkau masih mahukan saya padahal sebenarnya saya juga tidak sempurna pada kehendak jiwamu. engkau tetap setia menunggu biarpun berkali-kali saya menyuruh pergi. engkau masih juga gagah mempertahankan keyakinan bahawa saya memang untukmu walaupun telah  seringkali saya menghambatmu jauh.

"macam mana boleh yakin? ada mimpi ke lepas istikharah?" 
"ada sekali mimpi. abang baca qur'an, awak ada kat depan."

saya kira hal-hal sebegini cuma penyedap cerita. kadang-kadang kita tertipu oleh mimpi. apalagi perempuan yang fitrahnya mudah perasan. mimpikan si fulan, terus rasa deg-degan "eh, kenapa mimpi dia, ada petunjuk apa ni?" padahal tak ada apa pun. tapi, berbeza rupanya bila suami buka cerita yang sama tentang apa yang dimimpikan pada awal ta'aruf. katanya pernah diberitahu dulu, tapi sungguh saya langsung tak ada memori tentang itu. 

melihatkan kesungguhanmu menantikan saya... ceritamu kedengaran sangat lain. baru timbul 'makes sense' pada setiap persoalan di benak yang bertanya kenapa kau begitu gigih menunggu. saya terharu, mas. saya juga malu kerana tak dinafikan mungkin keyakinan saya kepada Tuhan yang mengatur jodoh ini, tidak sekuatmu, mas. 

kehendak Allah selalu yang terbaik. kita saja yang tak akan terus nampak. hari ini kita sudah dua puluh hari dirasmikan. saya juga tak sangka dulu engkau yang saya beria-ria menyuruh pergi, sekarang saya yang menangis ditinggal dua hari (sebab lusa majlis bertandang haha). 

semoga dua puluh hari ini adalah awal kepada pengakhiran di syurga abadi nanti. jumpa esok, mas.

sedang belajar memaknai kehidupan. sekarang bukan hanya perlu membina Hasan Al-Banna untuk rumahku nanti tetapi juga membina Lathifah di dalamnya. (24 Februari 2014)

  • Share:

You Might Also Like

0 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”