pernah tak terfikir, penat-lelah yang kita hadap sekarang tak ada nilainya esok-esok, tak dikira sebagai hisab yang membantu kita tapi membinasakan. rasa rugi kan kalau betul-betul jadi macam tu?
waktu muktamar tahunan muslimat negeri beberapa bulan yang lalu, seperti biasalah dalam muktamar, akan ada anugerah-anugerah bagi meraikan tokoh-tokoh tertentu. aku ingat antara anugerahnya, "anugerah jasamu dikenang". aku tak tahulah masa tu, walaupun tak kenal siapa muslimat yang terima anugerah tersebut, but my tears started falling. i got goosebumps. merinding teruk.
hanya satu yang terfikir masa tu, kalaulah penganugerahan di dunia macam ni pun akan buat kita dah rasa begini happy terharu tak sangka segala pengorbanan penat lelah yang selama ni dibuat untuk jemaah, jemaah acknowledge, apalagi yang hulur hadiah tu tokoh yang kita kagum macam ayoh chik contohnya, wow... that feeling is wow. macam mana nanti di akhirat. "kalaulah ni akhirat" and the one yang bagi anugerah tu ialah Allah sendiri... while telling you, "you deserve this"... oh my, i just can't imagine.
tapi, yang lagi buat merinding seram, kalau-kalau nanti di akhirat, aku tunggu nama disebut untuk terima anugerah dengan harapan kemungkinan aku boleh dapat sebab mungkin aku rasa aku qualify untuk anugerah tu. mungkin sahabat-sahabat siap submit borang pencalonan atas sebab yakin aku boleh dapat anugerah tu. mungkin. tapi end up, nama tak disebut.
sebab tak layak. rupanya aku tak layak.
that... was scary to even imagine. naudzubillah min dzalik.
takut-takut kalau kita dah yakin sangat amal semua ini diterima, boleh masuk syurga tanpa transit dulu ke neraka. sebab kita rasa kita dah all-out berkhidmat untuk umat. sebab kita rasa kita dah berhempas-pulas buat kerja islam sampai tidur malam tunggang-langgang. sebab kita rasa kita dah bagi banyak harta, tenaga malah kehidupan kita sendiri. sebab kita rasa hari-hari dah keluar buat kerja agama, balik sambung kerja lagi, tak ada masa nak rehat dah, sedar-sedar hari dah pagi.
sebab kita rasa kita dah bagi semua. untuk dakwah. untuk harakah. untuk ummah.
for all those parts dalam hidup, yang mana kita boleh jamin sekarang, "okay, part ni Allah terima punya, sebab aku korban banyak kot tang ni", ada?
neither me or your can guarantee that.
eh, takkanlah dalam seratus yang kita bagi, satu pun Allah tak terima? no, aku tak bermaksudkan Allah tu tak acknowledge amal kebaikan yang kita dah buat. NO with a big N and O. this is meant for humbling. for purifying. for cleansing. for reminding. for warning. sebab kita selalu rasa kita dah bagi semua, sebab kita selalu rasa kita paling sibuk. sedangkan banyak lagi waktu yang kita mampu isi dengan hal yang sia-sia.
at least this is for me reminding me to not feel at ease. supaya aku tak lupa untuk berdoa semoga setiap amalan diterima-Nya. sebab aku selalu lupa. sebab aku seringkali tak tahu diri. sebab aku masih bengang kalau orang tak acknowledge apa yang aku buat. sebab aku rasa aku dah bagi semua.
this is for me.
2 comment(s)
"Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya."
ReplyDelete(Al-Kahfi 18:30)
kadangkala apabila kita terlalu yakin, Allah hadirkan kesalahan kita untuk kita ingat adakah amal kita diterima. waktu itu kita rebah.seakan akan mahu berputus asa. terasa diri begitu hina. diwaktu itu kita merayu pada Allah agar Allah terima kita walau sejahat apa pun kita... indah kehidupan ini...
ReplyDeletehttps://perempuanhujungkampung.blogspot.com/
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”