77 hari menunggu perasmian
By Siti Ainum - August 23, 2019
77 hari menunggu perasmian.
Kurang tiga purnama lagi masa yang ditunggu akan tiba dengan izin dan iradah Allah SWT. Lapan tahun Allah kasi peluang untuk kami belajar tentang apa yang sedang ada hari ini. Tiada jaminan segalanya akan terjadi seperti yang kami rencanakan sebaik-sebaiknya kerana Allah saja yang berkuasa menentukan segalanya. Cuma berbekalkan keyakinan bahawa Allah SWT akan sentiasa membantu sebarang urusan yang baik.
Aku suka bagaimana pada saat-saat ini, raja’ kepada-Nya hadir melebihi hari-hari biasa sebelumnya. Mungkin kerana di sekeliling aku sendiri, aku pernah menyaksikan teman yang hampir menikah esok lusa, tiba-tiba dibatalkan. Mungkin juga kerana baru-baru ini aku telah melihat sahabat terdekat kematian tunang dua bulan sebelum menikah. Ya, mungkin saja kerana itu. Sebab aku maklum, Allah boleh buat 'plot twist' bila-bila masa saja.
Ketakutan dan kerisauan sememangnya ada. Sebab kita selalu dimomokkan dengan kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Apalagi bila benda-benda yang selalu kita tengok dalam tv, terjadi pada orang terdekat sendiri. Pada masa inilah, betapa kita tahu, Allah satu-satunya tempat meminta tolong, tempat diadu segala permintaan dan kemahuan. Keresahan itulah yang membawa kita makin mengharap kepada-Nya. Betapa kita tak ada kuasa untuk berkata “kun”... fayakun — mustahil bagi kita. Allah nak ajar, "jangan confident sangat tanpa letakkan Aku di depan". Allahuakbar, i learned a lot.
dalam tempoh 100 hari menunggu ini, banyak juga yang dipelajari. mungkin bila tengok bakal beliau melebihkan apa yang tak perlu pun lebih sebenarnya, memberi apa yang tak diminta, bersungguh-sungguh untuk beri yang terbaik dalam keadaan aku okay saja mana-mana, masa tu macam terfikir, ada juga rupanya lelaki yang sanggup 'berabis' untuk aku dalam keadaan aku ni bukanlah layak untuk demand macam-macam sebab bukan pro masak, bukan rajin mengemas, bukan wife-material sangat. aku sedar diri, haha. tapi orang kata, benda ni automatik okaylah lepas kahwin asal ada usaha nak ubah (amin!). semoga berkekalan sampai bila-bila kebaikan yang diberikan, keprihatinan yang dihulurkan. sekarang memang betul-betul belajar hargai orang. sebab kita tak tahu esok macam mana, jadi hargailah selagi ada depan mata (tapi belum ada depan mata lagi ni).
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami dan bantu persiapkan apa yang tak siap, bantu cukupkan apa yang tak cukup dan bantu cantikkan apa yang tak cantik. Semoga direzekikan untuk harapan jadi kenyataan dalam masa 77 hari lagi. amin.
and, it's jum'ah. sollu 'alannabi.
1 comment(s)
Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDelete“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”