jalan sama lagi ke yang dihadap atau sekarang dah melencong ke lain?
jauh mana kita dah tak lagi macam kita yang pernah kita jadi dulu?
tulisan ini tujuannya untuk aku sendiri bermuhasabah. dan untuk kalian yang membaca. tapi pastilah khususnya untuk aku sendiri sebab aku tulis ni pun lepas perhatikan diri sendiri. aku tulis ni pun sebab aku perasan dah banyak yang tak sama dengan dulu.
okay, sebelum tu, nak tanya... kita (ya, kau dan aku -- kita) makin lebihnya baik atau lebihnya sia-sia dan lagha? jawab saja sendiri. nak tipu pun Allah tahu. nak deny pun Allah tahu. nak mengaku pun Allah tahu.
kalau dulu ma'tsurat diamal setiap hari tanpa miss tak kira masa lapang atau sempit, tapi sekarang masihkah diratib zikir yang sama setiap petang dan pagi?
"saya sibuk, dengan kerja dan program. saya sibuk. lagi pun ma'tsurat tak wajib. nak amal baguslah, tak buat bukannya berdosa."
ye ke?
tak rasa rugi? disiplin yang dijaga bertahun-tahun pada awal-awal menuju Allah dulu, ditinggal begitu saja, hanya kerana sekarang dah berada di comfort zone, kononnya? dulu, rasa precious-nya hidayah. bersungguh nak jaga sebab kita dah rasa hidup dalam kebodohan dan kegelapan macam mana. tapi sekarang, tak baca sebab rasa iman dah kukuh, hidayah tak akan ampuh, begitu?
"lah, bukannya tinggal terus. cuma kalau ada masa, bacalah. kalau rajin, baca."
jawapan yang dibagi setiap kali nak excuse beramal, cuba bayangkan jawab sebijik macam tu depan Allah yang terang dan jelas tahu segala-galanya. rasa boleh ke?
takut Allah balas... "kazabta". kamu bohong.
masa, waktu, jam -- Allah yang bagi. tapi kita nak pakai masa tu sikit untuk Dia punyalah berkira macamlah benda ni kita yang punya. tak tahu malu punya hamba.
kalau dulu bertudung labuh berniqab, pakai dan gambar dijaga. tapi sekarang niqab sudah tiada (tapi itu tak apa, perkara khilaf usah dibahas), cuma yang anehnya, kelabuhan tudung juga hilang dengan perginya kain yang menutup muka. juga tidaklah bermasalah selagi masih menjaga pakaian biar dikenali sebagai orang bertaqwa namun, hari ini kita sedang koreksi sejauh mana kita sudah tak lagi seperti kita yang dulu. bukan soal tak berdosa atau berdosa. syarie atau tidak.
kalau dulu waktu berniqab, gambar jarang-jarang sekali ditaruk ke dinding media sosial tapi bila sudah tidak berniqab, kerap pula memberanikan diri upload lebih sering muka sendiri berswafoto di depan kaca. kalau dulu tak berniqab, ayu bertudung labuh, tak ada pula selalu bergambar dan ditatap umum. tapi sebaliknya setelah berniqab... makin bersungguh upload setiap hari dengan gaya yang tak perlu, atas alasan tak nampak muka, tak apa. tak jatuh fitnah sebab wajah terhijab.
ye ke?
kita tak boleh tipu, wahai perempuan. mengakulah... kalau bukan kerana mahu menayang cuma bila terlihat cantik, kita tak akan mahu tayang saja-saja suka-suka. mestilah pada masa tu kita rasa gambar kita cantik. mesti. mengakulah. Allah maha tahu. buktinya, kalau waktu cantik, gambar disegera tayang tapi kalau tak cantik, kita akan pilih gambar yang mana kita paling okay. lebih jelas bila ada masanya kita edit tutup muka. kalau bukan sebab tengah tak cantik, tak kan nak tutup kan? melainkan semua gambar bersifat sama. tapi jelaslah bahawa kita memang akan cuma mahu tayang yang cantik-cantik saja. jadi, adakah masih berani untuk kata, "aku bukan upload sebab nak tunjuk kat orang". dah tu apa lagi, siti ainum?
bahagian auta, beri saja pada kita. pada aku.
memandangkan setiap benda Allah akan tanya, takut bila sampai perihal ni, kita dibalas dengan "kazabta". malu kita. macam jep cakap, "kang sakit dapat malu dapat kang".
kalau dulu tahajud boleh disering-seringkan, sekarang nak dapat sebulan sekali punyalah payah. kalau dulu tahajud diamal sebagai tanda ingin menjaga iman, sekarang mungkin dah rasa iman sedang nyaman, tak perlukan lebih-lebih penjagaan?
"saya sibuk. saya tidur setiap hari jam tiga pagi. orang tidur saya berjaga. orang berjaga saya baru nak tidur. orang tak faham waktu tidur saya bergantung pada kerja saya. saya sibuk, saya penat. bukan saya tak nak solat tapi saya tak sempat nak plan pun untuk bangun malam."
ye ke?
bahagian ini nilailah sendiri. jawablah sendiri. Allah terlebih tahu.
kalau dulu, kepenatan akan membawa lebih banyak pengaduan kepada Allah. tapi kalau begini amalnya sekarang, penat yang dirasa pada waktu ini, cukup manis ke? atau sekadar penat yang datang dan pergi setiap hari. adakah solat masih menjadi escapism di kala penat melanda, atau solat sekarang sekadar melaksanakan yang wajib tanpa ada rasa?
entahlah. jawablah. kita mungkin hari-hari mengenangkan dosa, ingatkan tuhan... tapi, adakah hubungan antara hamba dengan Rabb itu masih sama seperti dulu? yang manis-manis dirasa dulu, masih dirasa ke sekarang?
ya, itulah yang mahu aku tanyakan pada diri sendiri.
walaupun terlalu banyak alasan yang sudah diberikan kepada Allah pada setiap saat, namun dengan tidak malunya aku masih mengharap semoga "kazabta" itu bukan untuk aku. [no-sidebar]
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”