"gemukla mek anum"

By Siti Ainum - June 10, 2019


"gemukla mek anum."

boleh kata mostly hari-hari dapat ayat ni since badan dah plus size (berbanding dulu). okay short history, i started gaining weight lepas tangguh belajar (2015). being that mentally and emotionally and also physically sick, aku memang tak ada sebarang aktiviti fizikal. i just sat in my room, tidur dan makan dan tidur. nak beraktiviti macam mana kalau badan tengah sakit. tidur memang banyak sebab tu saja cara escape reality masa tu. bangun tidur karang menangis, jadi tidur sajalah. dan memang antara kesan stress ni boleh jadi turun badan atau naik berat badan secara mendadak. so, kes aku, aku end up gain weight.

and people are making fun about how i'm getting fat when they don't even bother to know behind the scene :)

tapi entry ni bukan nak cerita tentang sedih-sedih tau. sebab secara jujurnya, aku serius okay dengan gemuknya aku. okay di sini maksudnya aku bukanlah macam orang yang meratap haaa gemukkk, nak kurusss tapi upload gambar makanan tiap hari haha. perempuan kan memang gitu. aku okay sebab aku rasa aku capai keselesaan pada hati. kalau dulu ada masa-masa kena struggling dengan adanya "extra fans", tapi sekarang dah tak ada kes (alhamdulillah semoga tak ada lagi). orang dah tak berminat tengok kita sebab kita bukan perempuan yang langsing yang nampak cantik berjubah dan berniqab. i just look like someone's aunt named Becky kay saja ja. alhamdulillah selesa sebab rasa tak terganggu hati macam dulu. 

tapi, ni bukan bermaksud aku tak akan usaha untuk diet untuk capai berat ideal demi kesihatan sendiri. penat jugalah nak heret guni beras hahaha. cuma nak kabo, aku okay la. tak adalah nak sentap bila orang tegur sebab aku sendiri boleh terima hakikat aku ni gemuk. orang terkejut tengok sebab drastik sangat bezanya.

cuma.. adalah masa-masanya kita emo kan. sekadar sebut sekali kita ni gemuk tu cukuplah. nak bergurau pun aku boleh tumpang gelak mana yang betul-betul kelakar walaupun pasal gamuknya aku. tapi bila tiap masa nak sembang gemuknya orang, nak ulang stupid jokes, benda dah jadi tak lucu la. jadi menyampah ada. teruknya kita dalam jaga hati orang mentang-mentang orang tak kata apa. mostly aku sendiri yang baham diri sendiri buat jokes sebab aku okay. tapi adalah masa-masa tak ada mood for that. macam aku cakap, bila kerap sangat jadi menyampahlah. sekali dua boleh tumpang gelak sekali tapi kalau dah empat lima enam kali, aku biasanya balas,

"aku doakan mung gemuk jugoklah kalu gitu."

and biasanya jawapan diberi spontan oleh mereka, "astaghfirullah".

and me, "kalu sapa tahap istighfar, maksudnya hudohla gemuk ni. maksudnya mung dokse la jadi ko mung, jadi bakpo duk main hal ore? istighfar maksudnya being fat ni teruk benarlah sapa mitok jauh gitu semo. hinolah maksudnya, pah kiranya mung tengoh hina aku la ni?"

and they're denying. haha. itulah, benda ni kita tak perasan pun kita duk "hina" orang. kita selalu cakap "eh awok comeylah" pada sahabat kita yang gemuk tapi dalam masa yang sama, kita complain, "ee dokselah kekgi gemuk, huduh pulok aku" DEPAN KAWAN KITA YANG GEMUK TU. of course kita tak nak weh. tapi belajarlah jaga hati orang. belajarlah untuk tak sebut pasal saiz badan depan orang-orang yang kurus nak gemuk atau gemuk nak kurus.

kita semua nak badan yang sihat, fit dan cantik. we all are. tapi janganlah pula sedap-sedap kata gemuk ni sebab makan banyaklah apalah. memanglah makan banyak tapi aku ni memang dari kecik makan banyok tapi berat maintain ja, sampai kawan-kawan macam jeles sebab badan langsung tak naik sedangkan makan macam membela. so, bila orang duk sebut-sebut pasal tak jaga makan and never notice pasal sakit aku dulu sebab aku dah seems perfectly fine sekarang somehow hurts me like, ooo.. so, orang tak pernah kisah pun pasal apa yang dirasa dulu, orang tak nampak pun hasil nak jadi macam ni adalah bergelen-gelen airmata turun hari-hari, tidur siang punya lama lepas tu berjaga malam, tak buat apa-apa sebab memang tak ada rasa nak jalani hidup lebih-lebih, cukup kadar bernafas saja. orang tak perasan eh?

bila aku emo, i wanted to tell them this tapi manalah orang nak ambil port, sebab memang hakikat aku ni makan banyak. jadi, okaylah. boleh dah kot stop bagi reasoning lepas ni kalau orang tanya kenapa gemuk. jawab sajalah, "doh aku make banyok, nyo gemuklah."

aku bersyukur, bila dah rasa jadi gemuk, aku baru faham betapa boleh jadi ada masanya fragile juga perasaan orang yang bia ditegur gemuk (bukan yang sekadar acah-acah gemuk tau, ni memang yang gemuk betul). aku no longer ringan mulut nak sebut pasal saiz orang even dalam kata bergurau (semoga Allah jaga lisan ni dari menyakiti perasaan orang tak kiralah pasal apa).

akhir kata, ya gemuk ni nak kena usaha kasi berat badan ideal, senang nak beribadah, baju pun tak mudah melekat bila slim ni. ya, we know. i know.  tapi toksahlah duk sebut-sebut pasal gemuknya orang macam gemuk ni satu dosa. gemuk ke kurus ke, kalau malas nak beribadah, kau ingat kau tu boleh jadi mulia dengan zahir kau sahaja? no, kan. so, chill-chill sudah. orang tahu orang gemuk, bukannya orang tak ada cermin dalam bilik nak tengok badan sendiri. lek aa brosis. 

tapi sajalah nak share satu joke paling kelakar dengan aku sekali berdekah gelak kahkah, bapak ah terhibur teruk,

"doh guano periuk jaley tu?" - pokdin 😆😆😆😆😆😆😆

p/s : seriuslah ni bukan entry sedih ke sentap ke apa weh. hahaha. sebab aku okay lagi selagi bakal beliau okay, kalau dia sendiri kabo aku gemuk, sendu gok boh 😂. terima kasih mas sudi pada aku dari kurus sampai ke gemuk kehkeh.


hi, i'm siti ainum. welcome to my life. 😂



  • Share:

You Might Also Like

3 comment(s)

  1. "Gemuk atau kurus kau masih seorang Ainum. itu yang pasti!" Didoakan sihat luar & dalam dirahmati Allah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ya masih lagi ainum but with additional fats kahkah. amin for the doa, jzkk.

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”