Jodoh dari Tuhan (Bhg. 2)

By Siti Ainum - April 16, 2019




Rab Ne Bana Di Jodi (Jodoh dari Tuhan) -- filem ini terbit pada 2008 dan aku baru menontonnya semalam (entri ini ditulis pada 20 Mac 2019). asalnya cuma suka dengar lagu, tapi seperti biasa... aku sangat mudah tertarik pada lirik-lirik yang menurut aku zuq terus ke jiwa. jadi gara-gara satu bait lirik iaitu "tujh mein Rab dikhta hai" yang bermaksud "aku melihat Tuhanku dalam dirimu", aku tertarik untuk tahu keseluruhan ceritanya. dan semalam adalah hari yang setelah sekian lama tak menangis bila tengok filem atau drama (sebab memang sekarang dah tak ada masa nak menonton haha). taani (heroin) mempersembahkan tepat apa yang aku telah rasa dan sedang rasa. aku kehilangan kata juga sebenarnya... bila lihat secara visual, rasa disentap, rasa lebih jelas dan rasa lebih cinta, mungkin?

kalau boleh aku jujur lagi sekali, tidak mudah sebenarnya untuk seorang yang extrovert menerima sepenuhnya seorang introvert sebagai pasangan hidup. karakter yang sangat berlawanan. kita akan cenderung untuk memilih orang yang sama gayanya seperti kita. kita akan lebih tertarik pada orang yang tanpa malu menuturkan rasanya kepada kita tanpa segan silu (secara fitrahnya kita suka, namun agama mengajar tentang batas yang harus dijaga makanya, aku tidak hajat pada lelaki yang seperti itu), kita akan lebih mahukan orang yang selalu bikin kita ketawa dengan senda guraunya. tetapi aku juga belajar bahawa, kenapa juga aku harus menyuruhnya untuk merubah dirinya mengikut wazan yang aku hendakkan, sedangkan bukan semua hal cocok dengan samanya acuan.

scene dalam video di atas adalah scene yang paling-paling-paling kena pada aku. scene yang sangat on point kalau-kalau satu hari nanti aku perlu cerita bagaimana rasanya proses menerimamu sepenuhnya. satu hari nanti sudah jadi hari ini. aku pernah tergamam dengan kebutaanku yang tidak pernah melihatmu dengan jelas. aku pernah kehilangan kata dengan kebodohanku yang tidak pernah reti menghargai selautan rasa yang kau tak pernah lepas untuk hulur. ekspresi taani adalah ekspresi aku sewaktu aku baru sedar hakikat siapa kau itu untuk aku (dan masih jelas dalam ingatan, barai jugalah dalam solat maghrib sekitar dua tahun yang lalu lepas sedar tu kahkah). we started this relationship in 2011 and i just "saw" him in past two years. bayanglah speechless moment tu tara mana...



dan bukan sekali aku pernah pentingkan diri. tapi terima kasih juga pada mantan-mantan yang pernah menegur di tengah perjalanan, aku lebih belajar untuk menghargai peluang kedua dan ketiga.


kau tidak pernah bertanya 
sejak dari awal kau berikan semuanya tulus dari hati

aku baru sedar betapa selama ni aku tak pernah ditanya kenapa -- bila aku kata perjalanan ini tidak lagi aku mahu teruskan bersama kau. aku sendiri pun tak akan tahu bagaimana nak terangkan perasaan "unfit" yang aku rasa. satu, memanglah sebab karakter yang berbeza (malah akhlak juga). hati ni macam tak nak... rasa tak best... sebab bukan jenis kelakar yang boleh buat aku gelak. tapi aku dah funny enough, jadi okay la kot, kah! dan rasa macam tak ada topik nak sembang sebab dengan orang yang pendiam ni, memang betul-betul rasa erghhhh bab ni (but he's improving la for this part haha).



yang aku pandang cumalah rasa "unfit" jiwa aku dengan jiwa kau tapi aku pun selalu saja tak tahu diri dan seringkali lupa aku sendiri bukanlah siapa-siapa untuk menolak seorang lelaki yang baik yang sudi pada aku yang jelas-jelas bukan sebaik kau.


tidak berkata apapun... tidak menilaiku
kau berikan semuanya padaku dengan senyum

aku selalu saja pergi sesuka hati. datang kembali juga sesuka hati. aku memang buat benda ikut suka hati tanpa pernah kisah perasaan kau yang mungkin dah hancur ranap. walaupun sebenarnya setiap keputusan tak mudah, setiap sesi memutuskan tak pernah tak barai sendiri sebab aku sangat tahu benda ni memang tak best untuk aku bagitahu dan untuk kau apatah lagi yang menerima tanpa tahu sebab-sebab yang kukuh kenapa aku tak lagi mahukan ini. aku sakit sebab aku tahu sebabnya. kau lagi sakit sebab tak tahu apa-apa. tapi tak pernah kau ungkit, tak pernah kau marah apalagi nak membalas segala jahatnya bodoh aku.



kebaikan yang bagi aku, melampau juga. yang buat aku sedar, kepatuhanmu pada Tuhan menghalang kau dari tak menyusahkan hati aku.


aku tidak tahu yang lain lagi sekarang kecuali
aku melihat Tuhanku dalam dirimu

aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan
aku hanya sanggup berlutut di hadapanmu

dua tahun yang lalu, dalam banyak-banyak sebab yang boleh dijadikan sebab kejadian, dalam banyaknya kebaikan yang boleh dikenangkan. scene ni juga yang Allah pilih -- waktu kau belikan aku kek pada sore itu (dan sebenarnya bukanlah kali pertama pun tapi tak faham juga kenapa Allah pilih scene tu untuk sedarkan aku haha), finally la siti ainum ni jadi tersentuh (kot). nampak tak melting point aku ni kat makanan jaaaa aduhai. sebab tu jangan ragu-ragu belikan makanan tau! this may be sounds funny tahpape tapi benda ni serius betul. dan masa tu macam jadi berazam "i want to do better, i want to love better", sebab one thing yang disedari, rasa tak tahu nak balas macam mana melainkan dengan rasa nak bagi yang lagi baik. sebab tu lirik lagu tu macam tu (dok tahu nok wak gapo ni, raso buleh berlutut jah depe dio). untuk agama hindu, memanglah suami dianggap tuhan. tapi bila dah alami scene tadi, yang aku faham dengan lirik ni adalah we just want to do better, nok ikut jah dio nok gapo sebab dok tahu nok balas gano lagi hok lepas-lepas tu dan yang akan datang. oloh, mace bilo ore belanjo kito gapo-gapo, mestilah lepas tu kita jadi dok bekiro jah kea nga dio. haaa gitulah lebih kure.

pada maghrib itu dengan air mata yang mengalir laju, dalam keadaan aku juga buntu sebab bingung nak hadam satu-satu segala kebaikan yang aku baru saja nampak, hanya ini yang aku doakan, "kalau yang dia mahu itu aku, maka Kau berilah aku kepadanya. kalau bahagia dia asbabnya aku, maka Kau turutkanlah mahunya.". faham tak perasaan bila dah tak tahu nak buat apa. tak tahu nak balas macam mana. tak tahu nak buat macam mana lagilah, cuma nampak untuk minta segala yang dia nak, Allah kasi semua. sebab aku tak mampu nak bagi apa-apa. inilah definisi "sajde sar jukhta hai, yaara mein kya karun" bagi aku.

penat dah merepek. akhir kata, semoga Allah rezekikan segala mahu kita dikabulkan. semoga diizinkan untuk bina keluarga bersama. semoga dipermudahkan segala urusan. semoga kau, tuan -- jodoh dari Tuhan.

  • Share:

You Might Also Like

0 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”