percuma yang berharga

By Siti Ainum - March 08, 2019


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" 
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
- Surah As-Saf ayat 10-11


aku rasa graphic design ini saja modal perniagaan yang aku ada, Tuhan. rugilah aku kalau satu modal ini yang aku kerjakan setiap hari, tak ada pulangan di akhirat esok. aku tak ada harta untuk disumbangkan. tenaga aku juga terhad untuk sepenuhnya dikerahkan. maka, aku mohon semoga amal ini diterima. supaya aku hanya papa di dunia, tak kedana di akhirat. 

aku meyakini Engkau Maha Kaya. design-design yang dikerjakan zahirnya percuma ini bukan percuma pun sebenarnya, kan? aku tahu Engkau akan bayar. aku yakin Engkau pasti akan bayar. sebab Engkau kaya. 

alhamdulillah juga atas kesudian memberi ilham, kesudian menggerakkan tangan. butalah aku yang tak boleh nampak bentuk kasih-sayang-Mu. bantulah aku untuk selalu melihat-Mu.

bantulah aku dalam perniagaan ini supaya tak jatuh muflis di sana nanti.



  • Share:

You Might Also Like

1 comment(s)

  1. Ikhlaskan niat teruskan tekad. Ada bayarannya nanti di 'sana'. ;)

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”