CC ; Presiden Ainumers

By Ainum Lathifah - June 25, 2018


sebab dari kelmarin aku mula rindu ruangan ini, jadi hari ini aku figure out sesuatu.

ternyata blog ini sama sepertimu, tuan. ada masanya aku dalam dilema memilih ruangan ini atau mula menulis di ruangan sana. sebagaimana pernah aku dalam dilema antara memilih meneruskan perancangan untuk hidup bersama kau ataupun mula berkira-kira untuk memilih orang lain (yang pastinya sudah menjadi sejarah jadi jangan cemburu dulu).

dan seringkali aku bertukar-tukar rumah dengan alasan ruangan sana lebih nyaman dan segar. tapi... tidak juga aku menulis di sana. tebakanku salah. kerana aku yang malas. entahlah, sebab jiwanya lain barangkali. kalau di ruangan ini, buka new post terus boleh merepek macam sekarang tapi kerap kali di sana aku taip dan padam semula.

jadi, aku balik lagi ke sini. menulis lagi.

dan sepertimu, tuan... seberapa banyak kali pun aku memilih untuk tidak lagi denganmu, tetap saja aku akan pulang kembali di hadapan pintu. dan seperti blog ini juga, setiap kali itulah kau tadahkan pesisir pantai timur buat aku tanpa kira waktu (bahkan kepulauan borneo juga). kesetiaan itu aku dahulukan dengan menerima kasih.

sekian, entri pertama setelah berbulan yang begitu kejagungan.





  • Share:

You Might Also Like

4 comment(s)

  1. Yey! Secara peribadinya (bukan cubaan mempengaruhi ya), saya lebih suka membaca tulisan di blogger. Apa-apa pun, semoga terus menulis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yey! ada lagi rupanya yang membaca hahaha. ya, samalah. blog memang ruang special. tak dapat lari. apapun, terima kasih aisyah sudi jenguk sini :)

      Delete
  2. Saya begitu terharu dapat kembali lagi ke ruangan ini. Semacam menyelak memori silam yang tidak sedikit pun menyesakkan dada. Demikian terisi beribu macam rasa terhimpun yang tiada di ruangan lain melainkan di sini. Ruangan-mu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti ainum sendiri ke yang komen ni?
      sebab macam sama feeling-nya.

      thanks for dropping by and dropping the beautiful comment.

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”