banyak yang aku temukan di sini. di darul hadis. negeri di bawah bayu.
qola sheikh rohimuddin an-nawawi al-bentani;
"kalau tak ada cinta, tak akan ada salah yang dimaafkan. hanya dengan adanya cinta, akan mencari-cari sebab untuk memaafkan setiap kesalahan."
ya. betul. kalau dah cinta, semua benda kita buat buta. salah pun masih maafkan. sebab cinta. contoh paling dekat -- bagaimana Allah sudi ampunkan setiap buruk laku dan gunung-ganang dosa kita.
"manusia adalah tempat salah dan lupa. dan cintalah tempat memaafkan kesalahanmu."
sebab memang kita manusia tak pernah lari dari buat salah. kalau tak ada cinta, memang mati kena bunuh rasanya pertama kali buat salah.
"cinta juga yang membuat kita seperti pengantin baru."
sebab hari-hari tuai cinta.
"secara hakikinya, manusia hanya mencintai diri sendiri. hakikatnya. secara agamanya, manusia dituntut untuk mencintai saudaranya kerana Allah. tetapi hakikatnya, manusia hanya mencintai dirinya sendiri. dustalah siapa yang berkata dia mencintai seseorang melebihi dirinya sendiri. kerana hakikat kita manusia, kita memberi cinta untuk kita menerima cinta itu dengan cinta kita. kita memberi untuk menerima."
betapa manusia itu makhluk selfish kan? tak boleh deny langsung. memang ya. beri sebab mahu terima sesuatu kembali. tak ada yang kita buat secara percuma. termasuklah dalam memberi perasaan. kita mahu hidup bersama dengan orang yang kita cinta sebab kita mahu dia cintakan kita kembali. memberi cinta untuk menerima cinta.
"kita takkan mencintai Allah kalau Allah tidak mencintai kita dengan cinta-Nya."
panas hidung. tahan mata dari menangis sebab ramai orang. Allah, menusuknya. tak tahu mahu gambarkan rasa bagaimana pada waktu tu. menyedari betapa benarnya hakikat tersebut. ya, memang kalau Allah tak mecintai kita dengan cinta-Nya terlebih dulu, kita tak akan mencintai Dia. tiba-tiba aku rasa hina yang terlalu.
"rasulullah s.a.w kata cintai baginda melebihi diri sendiri, anak, ayah dan kaum keluarga. saidina umar r.a pernah berkata kepada baginda, 'ya rasulullah, aku mencintaimu melebihi dari aku mencintai anakku, isteriku, kecuali diriku.' jujur pengakuan beliau. rasulullah membalas, 'tidak umar, cintai aku melebihi cintamu kepada dirimu sendiri."
saidina umar r.a sendiri dah mengaku. aku, apatah lagi. entah sehalus apa cintaku kepadamu, ya rasulullah?
"saidina umar seorang yang sangat cemburu. jangan dipegang sentuh isterinya. kalau menoleh sedikit pun dia marah. rasulullah s.a.w cerita di dalam satu majlis, 'aku bermimpi bertemu dengan isteri umar di syurga tetapi aku tidak menegurnya kerana risau umar akan cemburu.' saidina umar r.a membalas, 'tidak kepadamu, ya rasulullah."
subhanallah. terbayang indahnya seorang nabi.
"cinta hakiki itu cinta dengan anak. suami isteri boleh berpisah. tetapi anak tak akan. mencintai anak seolah-olah mencintai diri sendiri. kerana anak itu adalah bagian dari dirinya sendiri."
nampak connection dia. cinta kepada diri sendiri.
"cinta orang tua kepada anak seperti air yang turun. tetap akan turun walaupun tak ada mesin. tapi cinta anak kepada orang tua seperti air yang naik. susah mahu naik, apalagi kalau mesin rosak."
dalam. tajam.
"rasulullah s.a.w minta kepada Allah supaya beri sabar yang banyak kerana hidup ini memang butuhkan kesabaran yang tinggi."
aku tak pernah minta sabar. tak sedar diri.
"cintai rasulullah s.a.w, maka seluruh akhlaknya akan turun ke kita. kuncinya adalah cinta."
makin pedih tusukan.
"kalau kita tak mencintai Allah maka, kita tak akan mencintai makhluk-Nya kerana Allah. cinta yang membuat kita bertenaga untuk beribadah. kalau bukan kerana bermatlamatkan ibadah kerana Allah, tak akan kita mahu berlaku baik sesama makhluk."
betul sekali.
"jika Allah sudah bagi akhlak, Dia takkan ambil balik."
menangis.
"teladan tak akan datang tanpa adanya cinta. untuk meneladani, harus mencintai terlebih dahulu. cinta dan teladan inilah yang diwajibkan oleh Allah kepada kita."
ya, sebab kita tak akan nampak keagungan Allah kalau kita tak cintakan Dia. kita tak akan rasa nak ikut teladan rasulullah s.a.w kalau kita tak ada cinta pada baginda. clear enough.
alhamdulillah. bersyukur di atas keizinan Allah untuk aku hadirkan diri dalam kuliah maghrib oleh ulama nusantara ini. hebat kiyai. ahli sufi cinta. menarik ilmu tasawwuf ni. benda basic. tapi banyak benda yang kita terlepas pandang. atau memang tak pandang.
betullah, the best escapisme you can make adalah dengan hadiri majlis ilmu.
am healing. bi idznillah.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”