menghitung hari untuk pulang ke bumi berhempas-pulas (baca : KIPSAS). separuh hati rasa tak sabar mahu kembali. separuh hati pula rasa gerun untuk berdiri di sana lagi. aku tak tahu kenapa aku tersenyum sambil menuliskan ini. semester lepas sangat-sangat bermakna, Tuhan. dalam masa lebih kurang empat bulan Allah telah ajar aku bermacam benda. dan semuanya sangat mematangkan.
empat bulan yang menyaksikan satu-persatu prinsip aku lebur.
empat bulan yang menyaksikan air mata mengalir seperti hujan membanjir.
empat bulan yang menyaksikan kemanjaan yang tak tertahankan.
pretending to be strong is the only choice I have. and hoping by that I will become strong for real.
terlalu banyak hal yang berlaku pada semester ini. hal-hal yang memenatkan otak. hal-hal yang melemahkan tenaga. dan juga hal yang menurut aku tak mampu diterima logik akal. antaranya aku rakamkan di sini.
realiti hidup tidak seindah yang kita jangka. bukan semua benda akan berlaku sempurna seperti yang kita rancang. sebab Allah lagi tahu. Allah mahu ajar sesuatu. dan Allah pilih aku. pilih kita. kerana kerja agama ini bukan untuk orang yang tidak matang. didikan Allah itu sempurnanya terlalu. segala rasa yang hadir tak mampu untuk diungkap pakai kata. penat yang indah. lemah yang kuat. lunyai yang berkah.
dengan jawatan ini aku makin longlai mendengar setiap cerita tentang pemimpin. dengan jawatan ini aku makin mudah menghadam setiap kata. dengan jawatan ini aku rasa makin akrab dengan jiwa-jiwa terpilih. dengan jawatan ini aku rasa semua benda ada kaitannya dengan aku.
"menangislah seperti perempuan yang menangis kerana kehilangan negerinya sendiri kerana kau tak mampu untuk pertahankannya sebagai seorang lelaki."
Allah. aku sangat terasa dengan ayat ini. ini kata-kata ibu kepada pemimpin kerajaan Islam Andalus sebelum Andalus dirampas musuh. ustazah Norahida ceritakan tentang kisah ini pada awal aku mendapat jawatan. entah kenapa, terlalu banyak tamparan-tamparan sunyi yang aku dapat. dan rasa ini tak mungkin aku mampu rasa tanpa jawatan ini. Alhamdulillah untuk pengalaman ini. walaupun Allah terlebih tahu betapa aku sangat tidak mahu. siapakah yang gila mahukan jawatan?
sumbangan apa yang telah aku beri dengan jawatan ini? bebanan di pundak sangat terasa. sungguhlah bukan mudah mahu mencetak manusia. tengok pada diri sendiri dan sekeliling, inilah kondisi ummah sekarang. bahkan mungkin lebih teruk. akhlak da'ienya sahaja tercampak merata, usah diperbahas soal akhlak mad'u yang lain.
pernah ada sesi hiwar dengan doktor lelaki waktu berkejar ke HTAA untuk kali kedua.
"saya tak nak datang sini pun doktor. tapi kawan-kawan paksa. saya tak berminat langsung nak datang hospital ni. lagipun saya tahu saya tak perlu ubat."
doktor baya 30-an itu ketawa perlahan.
"ada masalah ke? sebab kalau tak stress tak jadi macam ni juga. tak apa. cerita saja pada saya."
"eh, saya tak rasa pun saya stress. tapi.. penat berkejar. saya lemah sikit when it comes to physical work ni. sebab memang ada athma. em. mungkin sebab jawatan kot."
"hm. saya dah agak dah. kalau awak rasa jawatan tu membebankan awak, lepas sajalah. kalu mudharatkan kesihatan, better lepas."
aku tunduk dan senyum. how I wish, doctor. I wish. but I just can't.
kalaupun apa yang mereka sebut sebagai stress itu boleh bawa aku kepada mati sekalipun, aku mohon semoga Allah pandang ia sebagai kecaknaan. kerana dakwah adalah cinta. dan cinta sangat menuntut segala-galanya darimu. termasuk nyawa.
kalau benar cinta, perlu bersedia untuk berkorban. kalau benar mahu jadi pejuang Islam, perlu bersedia untuk berkorban. pengorbanan. tadhiyyah. sacrifies.
perjuangan ini sangat butuh pengorbanan. korban perasaan. korban tenaga. korban masa. korban harta. tapi semua itu masih terlalu kecil. untuk sebut kata juang saja aku jadi malu sendiri.
berani hidup bererti berani untuk terima risiko. risiko dikeji orang. risiko dijahati orang. risiko di-su'udzon orang. risiko diumpati orang. risiko dibenci orang.
bila kau yakin apa yang kau buat adalah kerana Allah, segalanya jadi ringan. bukan semua akan suka kita. bukan. tolonglah, jangan manja. aku hairan melihat orang yang cepat melatah bila telinganya disapa hal-hal yang buruk tentang dirinya atau orang sekelilingnya atau tentang apa yang dia sedang perjuangkan. jangan cepat melatah. manusia tak suka itu perkara biasa. orang yang rasa dia baik saja yang tak mampu untuk terima hakikat bahawa ada juga manusia yang tak suka dia.
pernah juga berlaku peristiwa yang menyebabkan perselisihan. aku belek Quran. helaian dibuka secara rawak. seperti biasa. kerana aku sangat yakin Allah akan berbicara dengan aku pada waktu aku perlu. dan mata tepat menuju ayat ini. dalam Surah Hud.
118 : "Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat."
119 : "kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. kalimat Tuhanmu (keputusanNya) telah ditetapkan; sesungguhnya Aku pasti akan penuhkan neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya.
120 : "dan semua kisah daripada rasul-rasul yang Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) ialah kisah-kisah yang dengannya dapat meneguhkan hatimu dan dia dalam surah ini telah datang kepadamu kebenaran, pelajaran dan peringatan bagi orang yang beriman."
123 : "Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nyalah dikembalikan semua urusan-urusan, maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepadaNya. dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan."
Allah dah terang-terang sebut dalam Quran. jadi, tak payah persoalkan kenapa umat Islam berpecah belah. dan part yang 'meneguhkan hatimu' tu, jujurnya waktu itu hampir saja mahu give up. like I can't do this anymore. tapi Allah lihat semua yang kita buat. kecil atau besar. Allah lihat. sebab Dia Maha Kaya. Maha Penyayang. buat kerja sedikit pun akan ada ganjaran.
Alhamdulillah kerana Allah kirimkan sahabat-sahabat yang memahami kondisi diri. tak susahkan aku dengan kerja yang mereka rasa mereka masih mampu untuk lakukan tanpa aku. oh, aku maksudkan risalah Hayya Bina. jadi raisah untuk Lajnah Penerbitan Jabatan Bahasa Arab is not easy. tapi syukur ada kawan-kawan selajnah yang sangat berperanan sebagai sayap kiri. I owe you guys a lot.
kepada A.R yang selalu jadi tukang urut kepala. huhu. migrain dah jadi rutin harian. cuma ada hari yang mampu tahan dan tak mampu tahan, itu saja. biasa mana mampu tahan migrain. tapi sekarang dah boleh sebab dah lali. pain killer hampir masuk tong sampah. Alhamdulillah.
teringat waktu A.R kenalkan aku pada ibu dia.
"ni Ainum."
aku sengih di tangga. salam cium tangan.
"oh.. kecik je orangnya. tapi kental."
aku sengih lagi. kental? pengsan dua minit. kalau aku kental, maknanya akulah orang kental yang duduk pada ranking paling bawah. ibu-mu memandang aku terlalu besar. ada masa tulisan tak sama realiti.
dan terlalu banyak untuk aku cerita. tapi biarlah. semua akan jadi kenangan dan pengalaman untuk aku hadapi hari yang mendatang. yang akan membantu menguatkan.
flashback time kempen.
teringat As Saff ayat empat.
kalau beginilah ukhuwwah, kalah pun rasa indah.
sebab kita sama-sama rasa :')
dan untuk sosok yang dikagumi - Sultan Abdul Hamit. aneh, jiwa rasa sangat akrab dengan Tuanku. I feel you. the feeling when people don't trust you. the feeling when we just want the best but all they know are to misunderstand things. I feel you, Tuanku. I feel you.
ini baru playground. medan latihan. medan rekrut. sebelum keluar ke medan amal. tapisan Allah itu sentiasa berlaku. semoga kita berjaya hingga ke tapisan yang terakhir. semoga tak lelah kaki melangkah. semoga pahit terasa indah.
semester depan dah jadi senior. third year. third year. third year. Allah. tak ada harapan nak kumpul lima sijil dekan. sebab result sem ini aku boleh rasa under three point five. dan sem depan.. lagilah tak boleh score. subjek membunuh kejam semuanya.
tak apalah. things that doesn't kill you just make you stronger. stay strong, Ainum.