Friday, 29 November 2013

Belajar sejarah lagi best dari Shakespeare.

malam ini aku dirasuk mood serius. mungkin selepas tonton video tentang Muhammad bin Murad. aku jadi gila. betapa Allah telah mebolak-balikkan hati aku untuk rasa ini.

setelah permohonan aku untuk TESL ditolak tanpa belas kasihan, aku terus nampak KIPSAS. sebabnya kakak-kakak aku semua belajar di sana. apply Diploma Media Islam. dapat. tapi nak tukar. Syariah and Law (SUU) macam cun. tapi aku ni bukan kepala hafal akta. belajar Sejarah bab yang nak ingat enakmen segala benda tu memang aku angkat tangan awal-awal. nak pilih Bahasa Arab dan Tamadun Islam (BATI) ? eii.. rasa tak sanggup. dah la tak ada basic langsung. aku ni secular-based. payah. tambah lagi bila Kak Long cerita fasal Ustazah Azlina. mana gua tak seram.

Mira tolak aku masuk BATI. Kak Long tolak aku masuk SUU. semua tak nak satu jabatan dengan aku. tanya abang ipar. dia jawab,

"pilih BATI la. Bahasa Arab, asas segala ilmu."

aku istikharah. memang putus betul-betul mana-mana yang Allah kasi cenderung, I'll follow-lah. dan jawapannya, Bahasa Arab dan Tamadun Islam.

kenapa Allah pilih yang tu untuk aku, ya ? :)





Belajar sejarah ni buat aku kenal realiti manusia. bila baca buku-buku sejarah, kadang-kadang rasa macam shock. aku memang lambat kalau baca buku sejarah. sebab kena ulang banyak kali baris-baris ayat. untuk faham biar hadam. sebab baca bukan sebab nak habis silibus semata. bukan nak mumtaz imtihan semata. bukan nak kumpul carry mark semata. all those things tu aku kira sebagai catalyst untuk aku dapat ilmu yang sepatutnya aku dapat. tak ke penat baca buku tebal-tebal, tak tidur malam tapi bila orang tanya balik dah tak ingat. sebab dah hambur semua dalam paper. last sekali dapat dekan. tak respect la macam tu. hm.

bila baca buku sejarah ni, kita lebih banyak berfikir. contoh macam aku baca buku Uthman bin Affan : Antara Kekhalifahan dan Pemerintahan karya Dr. Haekal. aku baca mereka. tentang bagaimana berlakunya "konflik dalaman" sewaktu pemilihan khalifah, antara Ali dan Uthman. otak aku bergerak laju.

"eh, kenapa macam ni ?"

"eh, kenapa macam tu ?"

sebab selama ni aku cuma didedahkan tentang hal-hal yang super-extreme-baik sahaja hingga kadang-kadang aku tak nampak khulafa' ar-rashidin ni sebagai manusia kerana mereka terlalu hebat ! jangan salah mengerti. bukan nak kata sekarang aku didedahkan dengan benda jahat. tapi kita boleh baca sisi manusiawi yang ada pada mereka. itulah hakikat realiti manusia. kita belajar. bagaimana 'kemanusiaan' mereka itu boleh kita teladani dan kita ambil iktibar. itu pentingnya tahu sejarah.

aku ingat waktu aku final sebulan lepas. waktu baca part Abu Bakr dan Umar, mata cuma tahan kantuk. tapi bila masuk part Utham, tegak mengalahkan askar wataniah. sebab aku rasa pada zaman Uthman-lah klimaks kepada segala-galanya. ceh ayat. memang menangis la baca kan. gila tak sedih. baca dan baca. hingga aku mampu untuk rasa betapa lembutnya Uthman, dan juga derita beliau.

Berakhirnya Uthman di tangan pemberontak. Ali naik sebagai khalifah. Perang Jamal (perang saudara yang pertama) berlaku yang melibatkan Aisyah dan Ali. setelah itu terjadi lagi Perang Siffin yang melibatkan Muawiyah bin Abu Sufyan dan Ali dan membawa kepada majlis tahkim. Muawiyah naik sebagai khalifah dengan sokongan Amru Al-As. aku boleh kata begini sahaja, Muawiyah memang real politician. Ali dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam, arahan puak khawarij.

maka bermulalah kebangkitan Bani Umayyah di Damsyik. Muawiyah menyatukan seluruh masyarakat yang berpecah-belah. kecuali khawarij, of course. sebab tu aku kata Muawiyah ni memang two thumbs up la beliau punya kepolitikan. eh. 

dan antara faktor kejatuhan Dinasti Umayyah adalah kerana sikap terlalu taksub dengan bangsa arab saja terutama keturunan sendiri. hm. kita belajar untuk bab ni. jangan asobiyyah.

pemertintahan Bani Abbasiyyah bangkit di Baghdad. Abu Abbas al-Saffah, khalifah pertama. mereka nak tunjuk yang mereka paling layak mentadbir sebab mereka keturunan Rasulullah SAW. mereka tukar struktur pentadbiran. tak asobiyyah. siap bagi jawatan tinggi lagi untuk bangsa selain arab. masa ni 'bahagia' sikit kalau bab nak belajar. sebab banyak gila sumbangan-sumbangan yang menarik. awal-awal cerita dia tak sadis sangat. best la. tengah bahagia dengan Kota Baghdad yang dibina oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur. dia punya binaan... pergh ! memang bombastik la. Harun al-Rashid bina Baitul Hikmah, library ! Al-Makmun pula bina Universiti Nizamiyyah. memang banyak yang sangat kalau nak cakap bab sumbangan ni.

jangan bahagia lagi, aku lupa nak cerita tentang "The Mamluk". apakah itu ? Mamluk ini adalah tentera ciptaan kerajaan Abbasiyyah yang terdiri dari bangsa Turki. kira memang tip top la tentera ni jaga daulah. tapi, lama-kelamaan kuasa khalifah makin kurang. apa-apa nak buat kena ikut nasihat penasihat yang terdiri dari bangsa turki. then lama-lama.. bushhh ! habis. mamluk take over. sebab pengaruh turki yang makin kuat ni yang menyebabkan penduduk tak puas hati so, wujudlah kerajaan-kerajaan kecil. kira macam nak lari dari pemerintahan pusat la, so mereka buat kerajaan sendiri. antara kerajaan kecil yang wujud adalah kerajaan Fatimiyyah, kerajaan Umayyah di Andalus yang diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil, dan kerajaan Bani Buwaiyh.

ni tak cerita lagi bab tentera Mongol yang datang serang. Gengis Khas yang ketuai kebangkitan tentera Mongol tapi lepas meninggal dunia, anaknya take over. yang datang serang Baghdad ni Hulagu Khan, cucu kepada Gengis Khan. memang sadis yang sangatlah part akhir ni. nangis weh. mereka bakar penempatan. bunuh. campak buku-buku ke dalam laut. Khalifah Al-Mu'tasim, khalifah last ni pun dihukum bunuh. maka berakhirlah pemerintahan Abbasiyyah pada 1258M.

masuk bab Turki Uthmaniyyah..
yang ni kena tunggu sebab sem ni aku akan belajar ! nampak tak ke'excited'an di situ ? gila tak excited. nak kenal jugak siapa Sulaiman al-Qanuni. dengar cerita kak long macam best je. ustazah Norahida cakap "ni subjek paling killer la. sebab subjek banyak silibus dan agak bosan. tapi jangan bimbang, saya dah download banyak video. kita belajar dengan tengok video je." ha.. tak ke manis ustazah belajar macam tu ? lepas ni tak jumpa mana yang bahagia. bila masuk bab turki uthmaniyyah.. perang perang perang.



tolonglah tengok video ni. tolonglah. tak rugi pun masa kau. kalau tak faham, kamus ada.


macam air je airmata turun tengok video ni. sampai si yuni pelik tengok aku masa tu. Allahu.. patutlah ni'mal amir. patutlah ni'mal jaisy. eh kalau fikir secara logik, siapa nak ikut sangat arahan "gila" macam nak alihkan kapal segala tu. hey, it's totally out of mind ! tapi nampaklah kat situ, wala' pada pemimpin. aku belajar lagi untuk bab ni. memang tak boleh nak cakap apa la. 

part Hasan Ulubate pacak bendera dengan panah-panah yang dihunus tu.. Allahuakbar.. lagi la berderai airmata ni. muzik pulak bapak best. dulu tengok video Al-Fateh confirm semangat gila. tapi sekarang dah lain, sebab aku tengok dengan 'ilmu yang ada sekarang', yang sikit ni.. buat aku faham flow cerita dia. sebab tu mudah je menangis.  Muawiyah punyalah idamkan Constantinople ni, tapi tak dapat. 

true enough la bila abang aku kata, semangat saja tanpa ilmu, tak guna. tak ada yang nak pandang.

belajar sejarah is so wonderful. no wonder Ahmad Ammar sanggup pergi Turki semata-mata nak belajar pasal sejarah. trust me, history is not as boring as you think. yang jadi boring tu mungkin sebab kita tak pandai nak hargai ilmu. sebab hati payah nak terima. macam Ustazah Norillah tampar aku dengan ayat dia hari tu.

"ustazah, kenapa senior cakap Tahlil Nusus ni susah ?"

"sebab gelap hati semua."

Aku pun automatik "gedebab". ustazah gelak.


"sejarah bukan sekadar hafal tarikh. tetapi bukan juga sampai tiada tarikh yang perlu dihafal." 
- Ustaz Hasrizal

"Untuk mengajak anak muda minat sejarah, mereka mesti dididik menjadi manusia pencari kebenaran, walaupun hanya sebesar guli di dalam gudang." 
- Ustaz Hasrizal


Jadi, adakah setelah kau baca ini, masih ada rasa tak suka dengan sejarah ? 

oh, kau tak baca rupanya. 

tak apa. aku tunggu sampai kau mampu untuk baca. bukan apa, aku nak kau rasa nikmat yang aku sedang rasa.
-- nikmat mempelajari ilmu tamadun.



No comments:

Post a Comment

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”