Mesir dan Morsi ; itu jodoh.

By Ainum Lathifah - July 05, 2013


Tersentap dengan berita yang berlaku di Mesir. Entah kenapa tergerak hati nak online Twitter semalam. jarang online pagi-pagi lepas subuh. Dan apa yang aku lihat, timeline sudah dipenuhi dengan cerita Dr. Mursi yang telah digulingkan. 

pada saat-saat seperti ini, aku kepingin sekali abang aku ada di hadapan mata untuk aku tanya itu dan ini. aku, yang suka sekali minta diceritakan hal-hal yang mungkin payah untuk aku cari sendiri. cerita peristiwa berdarah Mamali, cerita pelantikan Dr. Morsi pada awal-awal dulu. kata dia, pentas politik itu tersangat penting dalam membangunkan daulah Islamiyyah. secara keseluruhan. oh, hal ini buat aku jadi lucu dengan mereka-mereka yang kata, "aku tak minat poitik", "tak payah nak berpolitik sangat", "aku malas nak peduli politik, gaduh sana sini je pandai". ah, kau fikir mahu bangkitkan kembali Islam itu satu kerja yang muudah ? safe and smooth ? begitu kau kira ? 

kalau tak tahu, tanya. jangan buat-buat pandai. jangan nak berlagak rasional. 

dakwah kencang di laman sosial pun nampak macam songsang bila isu ummah kita tolak ketepi. tak cukup qualify untuk jadi da'ie. tak cukup. 

dan sign in Facebook. lihat lagi post-post abang aku yang cerita kisah Mursi. Allah! nak balik sekarang juga rasanya. nak dengar cerita. nak rasa beratnya bahu bila fikirkan soal ummah. aku suka rasa tu walaupun sakit. 



dan post-post akhawat di Whatsapp lebih menyentapkan, menyedarkan. aduh, seperti ditembak-tembak berjuta kali rasanya jiwa ini. dan juga ini..


"sekali lagi ikhwan di Mesir buat kita malu. perjuangan mereka diuji sementara kita tetap fakir ilmu."
- Ustad Felix Siaww

"Kalahnya kebenaran tak berarti ia batal, hanya saja ia lemah. Siapa menjauh tatkala kebenaran lemah, dia tak diperlukan di saat kebenaran kuat."
- Salim A. Fillah

"Kamu sanggup bertahan Mobarak selama tiga puluh tahun, dengan Mursi setahun pun kamu tidak tahan ? Apa kena dengan kamu ?" 
- Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

"Pengkhianat di zaman Saidina Uthman punya waris di zaman Dr. Morsi.. Subhanallah .. Maha Suci Allah yang mengulangkan skrip kehidupan agar manusia mencekup ibrah dan pedoman."
- Akhi kabir

Kawan, sungguh aku katakan, aku malu jika aku terus-terusan jadi seorang ignorant biarpun aku disuapkan dengan masalah ummah di depan mata. malu aku. tak bagus cintanya datang bermusim. tapi jangan kerana itu, kita jadi ignorat terus-menerus hanya kerana tidak mahu dilihat sebagai orang yang caknanya bermusim. bodoh tindakan itu. sungguh aku kata. 

cukuplah tutup mata. cukuplah pekakkan telinga. 

Allah.. ampunkan keterlupaan dan ketidakcaknaan aku kepada ummah. 

Doakan untuk Mesir, sahabat.

  • Share:

You Might Also Like

6 comment(s)

  1. Dan bila tiba masanya itu Islam akan dibawah dan suatu hari ia bangkit semula. Maka bemula lah hari penghujungnya. Moga tergolong di kalangan yang setia dan bukan yang murka.

    ReplyDelete
  2. Islam pasti menang. Inna Allahu maa'ana, insyaaAllah :)

    ReplyDelete
  3. " Apabila kemenangan itu berada pada pihak Islam, maka dunia sudah sampai ke penghujungnya. " betul.

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”