“Ainum, awak ni taksub sangat dengan English.”

By Ainum Lathifah - April 01, 2013



Taksub ? 

Allahu.
Ini bukan taksub. Ini cinta.
Taksub dengan cinta adalah dua rasa yang sangat berbeza.

aku berani kata, itu berbeza. 

Don’t judge other’s choice without knowing their reason.

Maybe sebab nampak aku lebih 'bersungguh' when it comes to English, tapi.. aku tak cukup bersungguh ke untuk Arabic ? hm. Tak kot.

Orang tak faham. Hm.

Cuba kau bayangkan, di hati kau ada satu cinta. Pasti impian kau adalah untuk bersama dia, kan ? tapi, takdir bukan begitu. Dia bagi kau orang lain, bukan dia. Apa kau rasa ?

Redha ? wajiblah walaupun payah.

Tapi tak dapat nak tipu la kan rasa cinta tu masih ada. Bukan cinta namanya kalau boleh hilang sekelip mata. Dan takdir temukan kau kembali dengan cinta lama after kau dah mula nak rasa bahagia dengan cinta baru. Apa kau rasa ?

Tergugat ? mestilah walaupun sikit.

Layanan tu mesti berbeza. Sebab rasa tu datang dari hati. Ikhlasnya boleh dirasa. Bukan cinta yang dipaksa-paksa.

Kau faham ?
Tak ?
Hm, tak mengapa.

I throw my heart out untuk English. And maybe that’s why everything becomes ‘beautiful’ in the eyes of them.  Tak macam bila untuk Arabic, yang mungkin orang tak nampak kesungguhan tu. Walaupun aku try hard separuh mati. Tapi, hm.



dalam kelas, pen jatuh.

“Where’s my pen ?” slow monolog  keluar. Involuntary action speaking tu. Bukan sengaja.

“Ainum, tatakallam billughoh  arabiyyah.” Tiba-tiba Ustazah tegur. Dia dengar.  Aku sengih garu kepala.

Kelas Nahu. Belajar Adad. Faham ustazah ajar.

“owh kiranya kena ikut acuan masing-masing la.” Cakap sorang tapi malang, ustazah dengar.

“ya Ainum ikut acuan masing-masing. Bukannya nahu Bahasa Inggeris masuk nahu Bahasa Arab. Memang bagus ayat awak. Terima kasih. Memang sesuai awak yang beritahu.”  Ustazah balas sambil senyum yang aku rasa macam nak sindir aku. Erk.

Aku sengih.  Budak-budak ni ketawa. Tanpa faham apa-apa. Aku rasa.

And I was like… ? why ? kenapa mesti kaitkan dengan English ? macam mana ustazah tahu ? why me - English ?

Is it a sin to love and to be loved ? *tetiba*

orang susah nak faham. Dalam masa sekejap nilah aku boleh jumpa kecintaan aku. Dah tak dapat nak sambung TESL, English KIPSAS pun kira jadilah nak ubat rindu. Tak dapat TESL, tapi I wanna make sure yang I get the best here. I wanna show the best.

tapi tu lah. hari tu ada spill out dengan Miss Ida;

"ramai je yang masuk TESL bukan sebab minat pun. they didn't even enjoy their learning. baik bagi saya." Miss angguk setuju.

"I want to confess.. masa first time saya masuk kelas miss masa sem lepas kan, I felt like crying. hm, it's English. tapi lama-lama I dah calm-kan diri sendiri. Arabic is good. I enjoy the hardship of learning the language. I pegang my principal's words - don't be the second best. kira macam dah okay la. tapi.. that drama.. it makes me become mad again. well, Phantom of The Opera.. complete with all the elements I love. music, dance, their language.. I feel like crazy. rasa tu datang balik. rasa macam 'nak je TESL'. sadisnya."

dan masa tu untung dapat tahan air mata. susahnya hamba nak bersyukur. 




"Kita adalah antara yang Allah pilih untuk martabatkan Bahasa Arab di akhir zaman ni. bertahanlah. nak dapat ilmu ni bukan senang." - Ustazah Norahida

syukran ustazah. tak menyesal. sikit pun tak menyesal. bersyukur dapat belajar dengan pensyarah-pensyarah KIPSAS yang hebat. 

tak percaya. Allah pilih aku untuk kenal bahasa kalam-Nya ? 

Alhamdulillah. syukur atas kesudian Engkau memandang aku yang penuh kelumpuran. maka nikmat-Mu yang manakah yang aku mahu dustakan ? 

lega dapat tulis. walaupun aku tak faham apa yang aku tulis.

pheww~


  • Share:

You Might Also Like

3 comment(s)

  1. aja aja fighting kak aisyah!!! you can do it! :DD in sha Allah ^_^

    ReplyDelete
  2. i feel you.aku pun minat gegila English.tak dapat TESL.jugak.
    yaa.manusia kan.susah nak puaskan hati semua orang.
    chill.ada hikmah Dia nak bagi :')

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”