pencari-Mu by Mosyuki Borhan
dulu ;
antara benda yang aku paling menyampah
- puisi, sastera dan sewaktu dengannya
kini ;
antara benda yang aku paling cinta
- puisi, sastera dan sewaktu dengannya
akan datang ;
aku tak dapat nak tebak bagaimana.
tapi aku sendiri boleh rasa dengan seluruh jiwa
bahawa kecintaan ini bukan hadir saja - saja
bahawa kecintaan ini bukan yang biasa - biasa
bukan kecintaan biasa-biasa
jantung macam mahu pecah keluar dari letak asalnya
sebab aku tahu;
kecintaan ini nanti Allah akan tanya
"kau tangkap cinta dengan puisi?"
"kau beli berkoyan-koyan buku puisi?"
"agama, kau bantu macam mana dengan puisi?"
subur mana pun kecintaan yang kau baja
Allah akan tanya.
--kaya harta
--cantik rupa
--jiwa manusia
--ilmu di dada
semua
Allah akan tanya.
celah mana kecintaan itu kau sorokkan.
suci mana kecintaan itu kau momokkan.
Allah akan tanya.
Allah akan tanya.
maka bersiap sedia dari garis mula.
semoga ;
cinta ini yang akan memudahkan jalan menuju Tuhan.
untuk aku dan siapa saja yang Dia mahu sentuh hatinya.
petang tadi ;
berkoyan - koyan puisi lagu Fynn Jamal dan Wani Ardy aku layan.
malam ini ;
balik kampung, insyaAllah :)
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”