"Jikalau hujan itu menghulurkan damai
kepada bumi yang gelisah,
maka kamu, adalah perempuan cantik
yang menyuakan ketenangan
kepada hati yang resah. =) "
Belek inbox. mahu ulang baca doa - doa yang terhimpunkan. jumpa mesej dari cik adik manis 'Sya Izz'. jadi terbalik. ayat yang Iqa beri pula menyuakan ketenangan barang sedikit untuk hati ini.
hari ini sangat menyedihkan. Allah mahu ajar sesuatu. 'Sakit' dalam belajar. 'Uji' dan 'uji' lagi sampai aku jadi 'lali' dengan 'sakit' ini. tapi semoga 'lali' yang 'menyembuhkan' hingga tiada lagi 'sakit' setelahnya.
Rasa macam speechless yang amat bila muhadhiroh keluar dengan perasaan sakit hati lantaran 'kebodohan' kami.
"kamu ni nak belajar ke tidak ? bodoh, tapi tak nak belajar. jahil tapi buat - buat tahu. kamus taknak buka. dah rasa pandai sangat ke ? ni lah suka sangat buat kerja last - minute, memang meranalah kamu. masalah kamu ni pemalas. kamu mengaku tak yang kamu ni malas ?"
"Ilmu itu tidak bisa didapati dengan tubuh yang dimanja - manja."
malas nak rotate -.-
Wallahi, belajar Nahwu Tatbiqiy la yang paling best walaupun dialah subjek paling gangster yang pernah aku jumpa atas muka bumi ni.
Allah.. mudahkanlah urusan.
2 comment(s)
manusia lebih menghargai sesuatu yang diperolehi dengan susah payah.. keep smile and pray to Him..=)
ReplyDelete:)
ReplyDelete“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”