Tarbiyah dari Awan punya Tuhan!

By Ainum Lathifah - March 23, 2012




Awan: Hujan, aku rindu.

Hujan: Kenapa mesti rindu? Kita kan baru sahaja bertemu. *senyum menyembunyikan perasaan*

Awan: Kamu datang cuma sebentar. Dan setiap kali kamu datang jugalah aku harus melepaskan kamu. Bagaimana mungkin aku tidak rindu?

Hujan: Rasanya tidak perlu untuk aku ulangi lagi apa yang sudah aku beritahu, kan?

Awan: *diam* Kamu tahu.. kalau kamu ulang seribu kali pun aku tidak akan jemu, Hujan! Kerana itu tazkirah bagiku. Aku sedar aku ini lemah. Mudah goyah dengan perasaan. Bukankah Tuhan kita sudah berfirman dalam Surah Az-Zariyat ayat 55, "Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin."

Hujan: *senyum lebar* Kamu semakin matang, Awan. Tsumma Alhamdulillah. Aku jadi malu pada kamu.

Awan: Aku baru belajar, Hujan. Masih terlalu jauh untuk jadi yang terbaik. Sungguh, tarbiyah ini mematangkan.

Hujan: Awan.. kamu tahu, beruntung aku.

Awan: Alasannya?

Hujan: Kita mungkin tidak selalunya bersama. Kamu menampungku untuk sebentar cuma. Sebentar lagi, aku pasti akan turun ke bumi. Dan begitulah selamanya. Tapi, aku beruntung kerana masa yang sedikit ini betul-betul mengajar aku. Bersamamu, aku makin kenal diriku. Aku makin kenal Tuhanku. 

Awan: Aku juga terlebih beruntung. Kerana nasihatmu yang membentuk diriku, yang mematangkan aku. Nasihatmu yang buat aku jadi tahu, cinta itu luas maknanya! Cinta saja tidak cukup kalau ikhlasnya bocor. Dan sekarang, aku belajar untuk ikhlas dalam setiap cubaan. Supaya cinta aku ada buktinya. Supaya cinta aku ada ertinya.

Hujan: *diam* Awan.. Sakitkan saat dilepaskan dan melepaskan? *sebak yang kuat ditahan*

Awan: Kamu juga yang beritahu aku..ada waktunya, melepaskan itu lebih baik. Bukan? Kerana kita terlalu kerdil untuk menduga perancangan Tuhan. Mungkin kalau kita sering bersama, masa kita akan lebih terbuang. Tiada tazkirah dan nasihat seperti ini. Dan mungkin, akan ada rasa jemu di antara kita kerana selalu saja kita bersama.

Hujan: Allahu Rabbi.. Awan.. Awan.. Terima kasih Awan! Terima kasih untuk tarbiyah ini. Inilah tarbiyah paling indah dari kamu, Awan. *airmata jatuh untuk pertama kalinya dihadapan Awan*

Awan: Jangan kamu lupa, Hujan. Ini bukan tarbiyah dari Awan. Tapi tarbiyah dari Awan punya Tuhan. *senyum lebar dengan mata berkaca*

Hujan: Subhanallah!



Kamu makin kuat, Awan. Dulu kamu dikuatkan oleh Hujan. Tapi ada satu hal yang kamu tidak tahu. Hujan tidaklah sekuat yang kamu sangka. Kamu kira Hujan itu sudah cukup kuat untuk berdiri sendirian. Tapi kamu tidak tahu betapa dia melutut merayu kepada Tuhan agar diberi sedikit bantuan. Dan.. Allah sudah beri Hujan bantuan. Iaitu kamu. Ya, kamu Awan. Tiada siapa yang terlepas dari keperluan nasihat dan tarbiyah. Teruslah memberi peringatan sesama kita.

Awan, Langit ada membawa pesan dari Matahari. Katanya,
"Kuatkan dirimu untuk kuatkan orang lain."



________
Pesanan yang sangat berguna dari Matahari.
:')

Sambungan kisah Awan, Dengar Nasihat Hujan

  • Share:

You Might Also Like

9 comment(s)

  1. subhanallah.. terdiam kakak,, izin akk share di blog akk?

    ReplyDelete
  2. truskan usaha dalam menyebar redha Nya..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  3. perkaitan yg baik.

    Moga penulisan ini memberi kekuatan.

    nak tanya sikit, selalu sebelum menulis ambil sumber mana atau rujukan dan yang sama waktu dengannya?

    ReplyDelete
  4. permata agama:
    InsyaAllah.. jom usaha sama2 ;)

    Shairazi:
    kalau bg entry mcm ni,
    pengalaman. ilham. environment. pemerhatian. btw,pengalaman tu memang guru y terbaik kan?
    tp kalau entry y penting mcm dakwah tu memg akan ada jugak la rujukan. jadikan membaca amalan mulia :)

    ReplyDelete
  5. assalamu'alaikum...
    mohon share di blog akak yer...
    syukran...
    teruskan menebar kata-kata indah madah ilmu dari Allah ilham yang menyinggah tak pernah lelah.
    ^__^
    salam ukhwah
    salam ta'aruf

    ReplyDelete
  6. sure do sis :)

    InsyaAllah, selagi Dia Sang Pemberi Ilham itu mengizinkan.

    salam ukhwah n ta'aruf juga :)

    ReplyDelete
  7. subhanallah
    jazakillah atas perkongsian
    kreatif :)

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”