Matahari, Sang Murobbi

By Ainum Lathifah - May 02, 2012


Awan : Matahari, izinkan aku bertanyakan sesuatu?

Matahari : Oh, tentu saja. Ada apa Awan?

Awan : Kenapa aku susah sekali untuk melakukan sesuatu?

Matahari : *senyum* Belum cukup ikhlas mungkin.

Awan : *diam* Aku sudah berusaha untuk ikhlas. Tapi masih.. tak berjaya. Aku masih sangat rindu pada Hujan. *nada makin sayu*

Matahari : Kalau Hujan dengar apa yang sedang kamu bicarakan, pasti dia akan bersedih hati, kan Awan?

Awan : *diam lagi* Apa aku ini sangat mengecewakan?

Matahari : Kamu rasa kamu mengecewakan atau tidak?

Awan : Aduh, Matahari. Kenapa kamu terus-terusan membalas soalan dengan soalan? Aku hanya ingin berkongsi rasa. Tapi hanya pada yang sudi mendengar.

Matahari : Itu tandanya aku mahu memberi kamu ruang untuk berfikir sendiri. Mengerti? Kamu sendiri yang sudah katakan pada Hujan, kadangkala ketidakbersamaan itu lebih baik. Bukan? Kerana kita terlalu kerdil untuk menduga perancangan Tuhan. Aku jadi saksi kata-kata-mu kepada Hujan, dan juga kata-kata Hujan kepada-mu.

Awan : *sebak tak mampu kata apa-apa*

Matahari : Kuatkan diri-mu Awan. Kamu tahu Awan, betapa Hujan berusaha untuk tidak bersedih di hadapan-mu. Betapa dia kuatkan diri saat bersama-mu. Siapa yang mahu melepaskan apa yang kita sayang? Tidak ada satu pun yang mahu itu Awan. Bukan kamu sahaja yang menanggung sakitnya sebuah kehilangan. Dia juga merasakan hal yang sama, Awan. Dia kuatkan diri-nya dihadapan-mu semata-mata kerana dia tidak mahu kamu makin lemah dan bersedih. Tidak bolehkah kamu juga melakukan hal yang sama untuk dia. Langit ada sampaikan pesan-ku pada kamu?

Awan : Ada.

Matahari : Baik. Cuba ulanginya kembali. Aku mahu dengar.

Awan : Kuatkan diri-mu.. untuk kuatkan orang lain.. *airmata jatuh*

Matahari : Kamu lebih kuat dari yang kamu sangkakan Awan. Kamu harus ingat itu. Kamu tahu kenapa aku sangat suka ayat itu? Cuba kamu fikir, kalau aku sendiri lemah dalam memberi cahaya kepada semua makhluk, bagaimana mungkin mereka menjadi kuat. Bagaimana mungkin hari siang akan sempurna. Bagaimana mungkin malam menjadi indah dengan Bulan-nya bercahaya. Itu hebat-nya Tuhan kita. Subhanallah!

Awan : Matahari.. kamu ini, tak pernah kalah kamu menyentuh hati. Kamu tahu Matahari, kamu adalah 'dia' yang aku kagumi dalam diam. Ah, aku tersasul bicara. Sudah tidak ada 'dalam diam' lagi. Hmm..

Matahari : Bukan aku yang menyentuh hati-mu, bahkan Allah yang menyentuh-nya terlebih dahulu. Sempat lagi kamu Awan *gelak kecil*

Awan : Terima kasih.

Matahari : Terima kasih untuk apa?

Awan : Untuk tarbiyah ini.

Matahari : Bukankah kamu juga yang bilang, ini bukan tarbiyah dari aku, tapi..

Awan : Tarbiyah dari aku punya Tuhan. *senyum sambil kenyit mata (oh,mata sedang berair)*

Matahari : Allahuakbar Kabira.*senyum bahagia sambil memanjat syukur kepada Dia* "Ya Allah, kuatkanlah aku ini.."





sambungan kisah;

Awan, Dengar Nasihat Hujan (Part 1)
Tarbiyah dari Awan punya Tuhan (Part 2)

  • Share:

You Might Also Like

0 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”