Sunday, 10 June 2012

Malu


Hey kamu.

ya kamu. pastinya kamu.
.
.
.
Kau mahu tahu sesuatu? 

ini kisah pagi kelmarin.
Waktu itu aku tengah menjemur pakaian. Lalu dia datang ke arah-ku. Hampir sekali dengan-ku. Aku lantas tersenyum malu. Malu-malu aku menghampirinya. Dia juga malu-malu menunggu aku untuk hampir. 

Selangkah demi selangkah..

Satu.

Dua.

Tiga.

Aku menghentikan langkah. Tiba-tiba. Dia memandang-ku aneh. Aku berlari menuju ke bilik. Lalu mengambil objek itu dan terus bergegas kembali kepada dia. Namun..


Dia malah pergi.
Dia pergi setelah melihat objek ditangan-ku; 
kamera.

Dan aku hanya mampu melihat. Dia jauh. Jauh. Dan makin jauh. 

Dan aku pun terduduk. Jatuh. Kecewa. Apa aku salah? 
.
.
.
Mungkin aku yang tidak mengerti. Bukan semua kenangan harus dirakam. Bukan setiap peristiwa perlu kita pegunkan dalam sekeping kertas. Yang penting hati ini ingat. Kan? Aku kira, pasti dia kecewa habis dengan-ku. Mungkin dia tidak mahu dilihat orang kerana dia malu. Mungkin juga dia tidak mahu kisah kami diketahui yang lain.

Kau tahu, aku jadi malu. Mengenangkan dia yang malu itu. Aku teringat satu ayat al-Quran yang pernah disebut kak Umairah Shafei;

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "sesungguhnya ayahku mengundangku untuk memberi balasan sebagai balasan atas (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami." - Al Qasas 28:25


"dan, hmm.. saya pula yang diserbu rasa sungguh malu;
pada refleks seorang perempuan, gambaran Al-Quran,
langsung kata - kata Allah, yang sifatnya sungguh malu." 



Dia mengajarkan aku sesuatu - sifat malu. Yang aku kira, sangat universal. Sangat subjektif. Tapi malu itu tetap satu. Malu itu indah. Kan? :')

Belajar dengan alam itu sudah jadi tabiat-ku belakangan ini. Sesungguhnya tarbiyah itu ada di mana-mana saja kan? Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk pakai kaca mata yang bergaya lagi cun. Bukan kaca mata cap ayam seperti dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sahabat,
Dengarkan. Ini cerita-ku. Dengan seekor burung.
yang tak jinak tapi buat-buat jinak.



Masjid KIPSAS sangat gorgeous. Kan? =)


4 comments:

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”