From river to the sea, Palestine will be free!

By Ainum Lathifah - April 02, 2012



Lucu. Begitu tidak caknanya kau kepada saudara-saudaramu sendiri. Cakap je cinta, tapi mati jiwa! Kau lihat bagaimana Israel laknatullah itu mengzalimi mereka, tapi kau? Tutup mata? Pekakkan telinga? Atau buat-buat cakna dengan bicara semata? Get a life, babe! 

Palestine, maaf ya. Aku ketiduran. Jadi lupa sama kamu. Masalah peribadi yang menghimpit seharusnya tidak dijadikan alasan untuk aku lalai daripada mengambil tahu soal kamu. Bukan aku tidak tahu apa yang sedang berlaku, tapi aku sendiri yang tidak mengambil tahu. 

GMJ- Global March to Jerusalem.

Aku ada lihat poster-poster GMJ ini di Facebook, tapi sikit pun aku tidak ambil tahu. Aku fikir, sekadar perhimpunan biasa seperti perhimpunan untuk Syria itu hari. *berat nanang* Tapi rupa-rupanya.. Allah.. *tutupmukamalu*

Aku ingat lagi, dua hari lalu. Jam 1 pagi aku sign in Twitter, and y'know what.. home twitter tu dipenuhi dengan tweet pasal Palestine, Jordan, dan GMJ. Masa tu la I was like crying. Sebab I've no idea what's really happening! Ya Allah.. memang non-stop crying la masa tu mengenangkan diri yang tak kisah dengan urusan ummah. At least ambil tahu la sikit. Ni tak, I know nothing! 

"GMJ ialah satu usaha yg SERIUS utk masuk ke Jerusalem. Mrk bkn datang utk menjerit2 di sempadan, mrk dtg utk masuk ke tanah suci yg sebenarnya milik kita semua, bkn milik Zionis - FM

Kita juga berhimpun bukan sekadar suka2 mengibar bendera, bersorak dan ber-flashmob. Tetapi menyatakan sokongan padu tanpa sempadan kepada Palestine, showing them that they are not alone! showing them that we also are fighting for them!

Perjuangan ini tak mudah, tidak pendek dan tidak indah! Tetapi demi syurga yang luas, senang lenang dan super-indah!♥ Moga ALLAH mencampakkan rasa gentar dan takut di dalam hati rejim Zionis!- AMH"

source: Fb

Jangan sebab kita tak diserang, kita tak ambil kisah hal diorang. Isu Palestin tu isu ummah. Dan kalau dah nama isu ummah tu maknanya hal kau jugak! Which part of this sentences yang kau tak faham?



How does it feels when you are a refugee in your own homeland? Happens in Occupied Palestine.

Oh dan aku ada jumpa sorang mamat ni tweet "Kau cakap Earth Hour tak dapat untuk hentikan Global Warming, tapi aku cakap solat hajat tak dapat pun nak selamatkan Palestine."

What the heck? Cakap pakai patela. Dah tu macam la dia berani sangat nak pergi Palestine tu. Kita buat apa yang kita mampu. Sehabis daya. Sama jugak macam boycott Israeli product. Pernah ada orang cakap kat aku, tak worthy langsung la nak boikot, tak terjejas pun ekonomi diorang. Hello! Sapa cakap tak terjejas? Nampak sangat tak tengok BizWorld kat TV3. 

Orang nampak benda tu sia-sia. Orang nampak benda tu kecik je. Tapi tu la bukti cinta kami pada saudara-saudara kami. Itulah perca-perca cinta kami untuk mereka! Ya, kami tak mampu nak berjuang sebaris dengan mereka. Melontar batu bersama mereka. Berhadapan dengan bulldozer bersama mereka. Tapi at least, dengan usaha yang nampak sedikit inilah yang dapat menyalurkan kekuatan untuk mereka terus bertahan. Supaya mereka tahu yang mereka tidak berjuang sendirian. Kita berjuang bersama. Cuma tanahnya berbeza.

Aku mahu sekali jadi batu-batu kerikil di bumi Palestin. T_T
Allah.. sampaikanlah cintaku kepada mereka. Moga kecintaanku pada mereka tidak bermusim.



masih tidak runtuh jiwamu melihat mereka?




Kalau setelah ini pun kau masih tak rasa apa-apa,

Sah.
Mati jiwa.



  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

  1. Aku ada lihat poster-poster GMJ ini di Facebook, tapi sikit pun aku tidak ambil tahu. Aku fikir, sekadar perhimpunan biasa seperti perhimpunan untuk Syria itu hari. *berat nanang* Tapi rupa-rupanya.. Allah.. *tutupmukamu

    maksud untuk perhimpunan syria?

    ReplyDelete
  2. PERHIMPUNAN AMAN(MEMBANTAH KEZALIMAN DAN PEMBUNUHAN DI SYRIA).

    yang NGO punya tu. hari jumaat, 16 Mac

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”