Memori 30 Mac 2012
Getaran jiwa ketika itu masih kurasa
Kehangatan airmata yang tumpah masih basah
30 Mac 2012 dalam kenangan
Takkan mungkin terpadam dari ingatan.
Disebalik 15,000 penghuni dewan
Kulihat jiwa-jiwa pemuda gagah bicarakan,
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE!
Sungguh aku keharuan.
Duhai jiwa-jiwa yang bebas bergerak di atas tanahnya
Aku menyeru agar kau statik dengan SEMANGAT JUANG yang membara
Aku menyeru agar kau tegar dengan HIMMAH yang tidak sia-sia
Berfikirlah tentang ummat lebih dari yang lainnya
Agar kau selamat dari bahagia fatamorgana dunia semata-mata
-perjuangan itu baru bermula. apa yang penting adalah selepas ini.. what's next?
sempena GMJ 30 Mac 2012
Stadium Melawati Shah Alam
____
Itu puisi dari Muharikah kepada MyGMJ.
Tulisan itu jujur. Kan? Kerana itu ia telus ke hati.
Dengan bait-bait ayat sahaja, aku sudah dapat bayangkan keadan sebenar. Biarpun jasadku di sini, tapi ruh aku di sana. Cuma mungkin agak terlambat.. [-.-']
Ramai juga yang cakap perhimpunan ni sia-sia. Bukannya dapat tolong pun. Aku jadi tersenyum membaca komen-komen mereka tentang perhimpunan itu.
Perhimpunan ni tak membantu? Yakinkah anda? Cuba bayangkan perasaan mereka di Palestin itu andai mereka tahu kita rakyat Malaysia berhimpun semata-mata untuk mereka? Tak ke touching tu. Gema-gema sorakan tu membangkitkan semangat tau. Membangkitkan semangat kita. Membangkitkan semangat mereka. Mana tau kuasa Allah buat sorakan tu sampai ke Palestin. Ye dak? Tak mustahil pun la. Kenapa mesti beralasan untuk buat benda yang baik? Kita buat untuk 'family' kita jugak. Untuk tanah wakaf orang Islam. Apa yang susah sangat? Allah Maha Melihat apa yang kita kerjakan. Even kebaikan atau keburukan yang sebesar zarah pun.
Lagipun, GMJ ni dapat buka mata kita jugak kan.
Maksud aku.. mata aku. *kesat airmata*
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE!
Allahumma Ameen.
Ya UMMAH!
This is OUR LAND! KEEP PALESTINE CLEAN!
Haih, mood nak pergi Palestin!
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”