nak tahu tak, aku dah selamat daftar semester lima. aku cuak gila nak masuk semester kali ni. tak ready satu hal sebab dah lama tak belajar jadinya otak berkarat. tapi lagi satu hal yang penting, sebab aku takut nak jumpa lecturers. aku tak tahu nak hadap mereka macam mana.
kenapa takut nak hadap?
sebab aku blah tanpa khabar dua semester
lepas. aku minta kakak saja setelkan urusan penangguhan aku untuk kali kedua.
ainum tangguh lagi ke?
ya, semester lima kali kedua aku masih
lagi tak berhasil.
aku rasa tak ada la lama sangat tangguh
haha tapi bila pergi akademik tadi tengok dalam sistem, rupanya aku tangguh
empat sem berturut-turut. dua tahun pergh. patut tak nak masuk kolej dah pun.
lama sangat tinggal.
sebelum bertolak ke kuantan dah rasa nak menangis
sungguh-sungguh. rasa macam memang nak lari. tak nak balik kipsas lagi. mental
tak cukup sedia nak terima kipsas balik. kipsas ni pun satu who do you think
you are runnin' 'round leaving scars choyy. tapi nak taknak kena pergi juga
sebab dah deal nak masuk sem ni. buat-buat okay saja depan mak ayah walaupun
ada masa aku merengek hukhuk cakap taknak pergi lagi. mak ayah tak kisah pun.
tapi aku la yang kisah.
memang cuak gila hati tak tenteram, aku
solat hajat dulu sebelum balik kuantan. minta Allah kasi tenang, lembutkan hati
pensyarah, bagi mudah sikit hari-hari di kipsas, taknak ada benda yang boleh
buat patah semangat. susah sebab attachment dengan lecturers ni sangat kuat.
kita jadi mudah vulnerable dan fragile bila dihadap dengan benda yang kita
cinta. sebab tu aku takut nak jumpa, aku takut aku termenangis depan mereka.
malu la weh asyik menangis.
aku cakap dekat Allah aku penat. memang
aku tak tahu malu. ujian aku bukanlah seberapa sangat tapi aku masih lagi nak
mengadu yang aku penat gila. tengok tak the conjuring 2? janet cakap dia penat
kan sebab kena macam tu? ya penat, walaupun aku bukan kena macam janet. tapi
sumpah penat. nampak tak betapa banyak penat yang ditaip tapi ini pun tak dapat
nak gambarkan perasaan penat yang sebenar tu.
penat nak fight dengan benda yang tak
nampak. kalau nampak senang juga aku wingchun ke tikam belakang ke. memang tak
nampaklah sebab kena bertarung dengan diri sendiri.
lepas tu pagi tadi sebelum masuk kelas,
tak putus berharap biarlah Allah bagi senang hati, bagi hiburan untuk
semangatkan kembali. masuk kelas fan al-ilqa, ustazah aida tanya khabar.
alhamdulillah ustazah okay. ustazah tak tanya kenapa aku blah macam tu saja sem
lepas tak cakap sepatah. then aku pergi jumpa ustazah nurizan. ustazah duk ahlan
wasahlan kan aku dengan muka mengusik macam biasalah. ustazah cakap nak masuk
sem tak bagi tahu, sedar-sedar ada depan pintu. alhamdulillah lepas dengan
ustazah nurizan, tak kena marah atau dipersoal. lepas tu masuk kelas fiqh
lughah, duktur toha memang tak lupa lagi nama siti ainum, syukur haha.
lepastu ustazah norahida masuk kelas yang
sama untuk subjek sejarah mamluk dan tamadun uthamniyah, aku join sekali
walaupun dah belajar. banyak gilaaaa dapat benda baru hari ni. mamluk aku suka
kot. ustazah nak ajar lagi detail sem ni tapi dua minggu saja lepas tu
pensyarah sambilan akan ganti. oh dan cerita pasal ustazah norahida, ustazah
sebenarnya dah dapat kelulusan cuti tiga tahun sebab nak sambung phd. tapi
ustazah ada saja kat kipsas cuma tak mengajar dah. dan tadi lagi terharu gila
sebabnya, aku ada satu subjek yang memang tak ditawarkan sem ni (dunia islam
zaman moden). aku cakap dekat ustazah aku ambil subjek tu sem depan sekali
dengan tesis. ustazah cakap try adjust dapatkan sem ni. ustazah sanggup ambil
subjek tu ajar aku sorang walaupun sepatutnya ustazah dah cuti.
tersengih-sengihla aku di situ haha. gila taknak belajar dengan ustazah.
ustazah ngape baik hmhm.
lepas tu, masa nak turun dari kelas tu
tiba-tiba aku dengar suara, "ehhh
dia dah sihattt laaa." tengok-tengok
ustazah azlina dengan muka excited. alahai rasa macam nak menangis. macam biasa
ustazah takut nak salam aku sebab dia takut jin berjangkit kot haha apeni
sazah. tapi salam juga. ustazah tanya khabar tob'an lepastu bagi semangat
sikit. alhamdulillah setel dengan ustazah azlina.
lepastuuuuuuuu part paling mendebarkan
muncul. Ya Allah rasa macam nak pecah dada bila fikir macam mana nak kena jumpa
ustazah norillah! aku tak reply whatsapp ustazah masa sebelum tangguh sem hari
tu sebab aku memang mental breakdown gila. aku tengah nak cari semangat
tiba-tiba terasa dihancurkan semangat tu dengan sekali hayun saja. tapi aku tak
salahkan sesiapa of course. aku tahu aku lembik. cuma di situ aku belajar.
jangan sembarang cakap dengan orang yang tengah down sebab mungkin kata-kata
kita boleh bunuh dia terus. aku belajar untuk lagi faham jiwa orang yang
berantakan habis ni. masuk saja pintu bilik ustazah tadi, ustazah intai tanya
siapa lepastu dia senyum sinis macam biasa sambil cakap, "muka budak ni lagi, bila nak
habis tau budak ni." tapi
alhamdulillah Allah sangat mengerti, Allah memang kasi mudah hari ini, Allah
memang kembalikan semangat. boleh sembang dengan ustazah macam dulu-dulu.
ustazah cakap aku masih lagi tak senonoh macam dulu hm k. alhamdulillah
terlebih setel dengan ustazah norillah!
okay maka tamatlah cerita hari ini.
point satu saja, mintalah apa saja dengan
Allah, pasti Dia akan kasi. tapi kita malas mahu meminta, sayang kan.
alhamdulillah untuk hari ini. cinta-Mu
sangat menggugurkan air mata, wahai Ilahi. terima kasih telah buatkan aku
merasa sangat dijaga dengan penuh kasih sekali.
kawan-kawan, kalau rasa nak give up tu,
jangan give up lagi. jumpa Tuhan dulu. okay? :)
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”