Maghrib yang mengharukan.
Maghrib yang menenangkan.
Sambung tilawah juzuk ketujuh hari ini. Meniti surah al-maidah satu persatu tanpa terjemahan. Dan akhirnya akal menangkap sesuatu pada baris-baris terakhir ayat. Mata mula rasa mahu berair. Sakitnya tahan sayu.
Mujurlah reti bahasa arab tahap budak pasti. Faham jugalah maknanya.
Konklusi untuk penemuan hari ini;
Kalau sang nabi isa a.s dan hawariyyun, para pengikut setia dihidangkan al-maidah berupa hidangan makanan dari langit itu, maka aku pula pada saat itu dihidangkan juga al-maidah yang berupa surah al-maidah itu sendiri.
Al-maidah aku adalah surah al-maidah itu sendiri.
Hawariyyun meminta makanan untuk meningkatkan keimanan akan wujudnya Allah. Dan aku -- apa lagi yang perlu aku minta kepada-Nya untuk dijadikan burhan dan dalil bahawa Dia itu memang ada.
Kenyang maghrib ini.
Mendapat hidangan dari langit.
Mendapat hidangan dari langit.
Alhamdulillah, untuk surah al-maidah ini.