harapnya ini tulisan terakhir tentang hal ini. harapnya ini tulisan yang penghabisan dari segala sakit luka yang lalu. harapnya ini tulisan yang akan memberi sembuh total. harapnya ini tulisan yang akan menguatkan kenapa aku masih harus tegar berdiri.
selepas dua sem ditangguhkan, aku akhirnya kembali dengan ruhul jadeed ke tanah siyasah itu. semangat tak habis. cuma pudar. dan masih boleh diterangkan kembali kalau rajin letak warna baru.
sekarang dah masuk minggu ketiga. dan sekarang cuti 'eid. masuk nanti dah minggu keempat. dah tiga minggu belajar. tapi minggu ketiga tu dah selamat disemadikan sebab seminggu tak masuk kelas. sakit datang balik. tapi alhamdulillah. cuma fizikal yang terganggu. tapi part nak menangis tanpa sebab tu memang tak boleh nak lawan. tu perkara lumrah kalau sakit macam ni. mental masih sihat. walaupun ada waktunya dia jadi gila sikit. haha. gila la sebab tiba-tiba ajak orang kawen! LIKE. SERIOUSLY -- sayangnya kena reject.
kalau yang dah maklum tentang sakit aku, mungkin dia akan tahu I have problem in thinking, multitasking, and remembering. huwa! aku jadi loading. orang buat lawak aku akan ketawa sepuluh minit kemudian. orang duk bercerita aku akan respon "gapo?" lepas diorang habis cerita. tak boleh multitask. kalau normal dulu boleh buat dua benda dalam satu masa, sekarang tak boleh. kalau nak reply wasep, kena fokus. tak boleh ada orang nak cakap dengan aku walaupun benda ringan. macam mana nak cakap ya. otak ni macam kena sekat. tak reti nak explain. dan lagi parah bab nak mengingat. part yang paling sadis bila ada orang datang dekat kita, "kak ainum! lamanya tak tengok. rindu!"
dan aku tercengang. siapa ya? nak ingat benda yang berlaku setahun lepas pun aku still gagap, apalagi nak ingat orang yang jarang-jarang jumpa.
mungkin betullah apa yang movie tu kasi tahu. once you experienced something really bad, memang akan jadi temporary memory loss sebab dia macam trauma emosi eh? yes, i did. orang tak tahu apa yang kita dah lalu. biarkan.
dan sekarang memang cool-kan emosi. walaupun dah seminggu tak masuk kelas. mustahil sebenarnya kalau tak rasa tertekan tinggal banyak kelas dengan subjeknya membunuh. tapi memang kena pujuk diri jangan stress, sebab kalau dah stress takut lagi berat. emosi pula yang diserang nanti. cukuplah mati sekali. cukuplah jadi mayat hidup sekali.
redha is not a mere utter. redha can be the best remedy, seriously. sebab kalau hati tak redha memang sakinah kita tak akan capai. dan memang sampai bila-bila pun kita tak akan sembuh. setakat sakit fizikal tak apa, tapi bila dah sakit bahagian emosi dan mental, susah nak ubat. dan sekarang hadap balik benda yang kita pernah sakit kerananya dulu. and I'm healing. tak boleh nak elak. nanti tak sihat total.
hm. rasa macam tak percaya masih hembus nafas sekarang. walaupun masih tak mampu kawal airmata dari keluar tanpa sebab. walaupun rasa kecil hati dengan orang sekeliling yang tak faham keadaan kita macam ni. tapi am living my life.
I'm alive after dying before my death.
I want to sing this song to the whole world.
am not that weak, people.
am just being a human.
and I'm not THAT weak.
I'm the mujahidah
the rising sun.
I'm the tae-yang for the ummah.
Madilyn Bailey - Titanium Cover