Wednesday, 14 May 2014

Escapism.

hari kedua di Sabah. mahu escape katanya. tapi, di saat hati sudah rasa lali.
jujur, tujuan aku memang untuk lari. walaupun aku sendiri tak tahu dari siapa aku mahu lari dan untuk apa aku lari. 
jalan sendiri. bergantung spenuhnya pada Allah. dan antara momen paling indah dalam berjaulah adalah bila orang asing menjadi orang yang aku terlalu percaya.

"kakak, mahu ke mana ?"

"Kota Kinabalu."

"MasyaAllah, samalah. teman kak. saya jalan sendiri. tak reti. heh."

"oh, tak ada masalah. kita pergi sama."

dan dalam flight pula seat bersebelahan dengan lelaki. Allahu. rancak pula dia mengajak aku ngobrol. mujur juga. tak adalah awkward sangat. lelaki umur 30 itu senang sekali bercerita memecah rasa tidak selesa.

"nanti kalau tak tahu boleh turun sekali."

"eh tak apa. ada kakak di seat belakang untuk teman."

baiknya manusia.


lima hari menjadi musafirah. balik dari program di Selangor, berehat satu hari di rumah dan terus ke Sabah lagi. ruginya kalau tak berdoa yang banyak. 

dan dalam lima hari inilah aku baru tahu diri.
lembiknya aku berbanding mereka. Allahuakbar.

di sini pula rasanya terlalu sekejap boleh menatap wajah abang ipar. seharian di sekolah sambung pula petangnya dengan mesyuarat, malamnya sambung kuliah di masjid. balik dengan wajah yang letih. tadi, sempat dia menutur pada kakak-ku waktu ambil masa tiga-empat minit untuk makan.

"penatnya sayang. tak sempat nak rehat."

sehingga pernah kakak aku kata,

"rasanya memang betul bermadu dengan dakwah."




hm. lagak apakah peribadi-mu wahai abang-ku ?

ajarkan aku menjadi seperti-mu.
biar di setiap hela nafas adalah sumbangan untuk agama-ku.
ajarkan aku menjadi seperti-mu.
biar bergunung hambatan datang meluru tak akan mampu bikin aku jatuh.
ajarkan aku menjadi seperti-mu.
biar nanti aku tahu bahawa hakikat mukmin di dunia memang seperti itu.

abang-ku, ajarkan aku menjadi seperti-mu.
aku mahu menjadi seperti-mu.






No comments:

Post a Comment

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”