Sunday, 24 November 2013

Semoga Allah redha.


apa itu zine ? baca sini :)


bila tengok segala champakan kami yang dah dicompilekan, rasa macam.. entah.

aku jadi mahu tersenyum.

kerana apa ?


aku sedang 'bernafas' bersama sosok-sosok yang aku kagumi.
yang dulu aku cuma mampu intai dari jauh.
yang dulu aku cuma tahu menangis tersentuh setiap kali baca mereka.
sekarang pun masih - menangis.

indah caturan-Mu itu - terlalu.


sedang menghadami hakikat bahawa kami sedang berjalan, 
seiring bersama.
sehati berdansakan tinta.

nikmat.
sungguh.

walaupun aku-lah yang punya langkah yang paling kecil.
walaupun aku-lah yang paling termengah-mengah mengejar dari belakang.

tapi aku rasa ada yang memimpin.
lalu aku mampu untuk jalan seiring.

terima kasih kakak-kakak semua.

kalian beri aku kepercayaan bahawa aku ini juga anggota perilaku pahala.
alhamdulillah binikmati Islam. binikmati tarbiyyah. binikmati ukhuwwah. 

semoga amal yang secebis ini tak akan pernah habis manfaatnya.


kalian yang membaca, mahu tolong doakan ?

No comments:

Post a Comment

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”