Wednesday, 14 August 2013

Maaf, aku masih mahu menjadi aku.

selalu kan, Allah bagi 'sakit' dan tanpa perlu aku tunggu lama, Dia sudah bagi 'sembuh'.

baru saja pagi itu aku sedikit diuji. Ada yang mempersoalkan kenapa aku adalah aku yang sekarang. Kenapa aku sangat berbeza dengan "perempuan-perempuan solehah" di luar sana. 

aku boleh jawab. tapi aku takut dia yang tak faham. dan sememangya dia tak faham. kenapa aku pilih untuk masih menjadi sisi aku yang ini tanpa aku usaha untuk membuangnya. ada yang mampu untuk aku baiki. ada. pasti ada. namun ada juga, keadaan di mana ada sebab kenapa aku masih lagi mahu jadi begini. 

kenapa aku masih memilih untuk menjadi aku.


"Eh Ainum, baju kau koyak."

"mana ?"

"tu tak nampak ? ish, bikin malu saja kau."

"tu. baju kau juga koyak. kau tak perasan ?"

"aku tak apa. orang sudah biasa. sebab hari-hari baju aku koyak. jadi orang tak akan kata. kau tu, masih baru lagi koyakannya. haruslah orang kata."


mesti, seperti itu ?

aku tak kisah apa orang nak kata. aku bukan hidup untuk mereka. selagi aku tak langgar apa yang Tuhan aturkan. biar. lama-lama diam bisu juga dek penat ngurusin hal orang. aku biasa-biasa saja. 

aku bukan pakai jilbab dan purdah untuk nampak solehah. bukan.

sama juga kenapa aku selalu pakai hitam. full. bukan sebab sunnah atau apa. aku kurang jelas itu. tapi yang pasti memang kesukaan aku adalah warna hitam. hitam itu menawan. bukankah ?

sebab tu jangan hukum pilihan seseorang tanpa kita tahu sebabnya. 



dan menjadi aku itu hanya Allah yang tahu bagaimana. 



dan ini -- > 


entah kenapa masa tu mudah saja tangan ini klik pada link blog kau. tanpa aku tahu apa sebenarnya yang kau nak cerita. oh, rupanya untuk aku. (atau aku yang perasan ?) terima kasih untuk entry ini. kau bagi aku kekuatan. sungguh, aku rasa itu. terima kasih. untung aku, Allah kenalkan aku dengan ramai manusia yang mampu untuk ingatkan aku dan untuk kuatkan aku.

bila-bila jangan bersembunyi di belakang tabir seperti itu, A.R. kau bikin aku penasaran !


oh dan, maaf juga untuk sesiapa yang sangat suka mengata,

maaf. tapi aku masih lagi mahu menjadi aku. *peace yo*

2 comments:

  1. =p maafkan aku bikin dirimu panasaran. kasihan dikau di twitter bermonolog sendirian mencari tahu siapa a.r.. asal dikau tahu, tak sepanjang waktu aku bersama twitter, jadi terpaksa membiarkan dikau bersoal jawab sendirian.

    sesungguhnya, hati kau yang lembut. sentiasa memburu kekuatan. sentiasa memburu keyakinan, ketenangan, kebenaran..dan banyak lagi 'ke'. =)

    -a.r-

    ReplyDelete
  2. I Know Why The Caged Bird Sings
    Because Allahh Make Her With Nice Voice

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”