Friday, 12 July 2013

Hai hai Semester III !

Assalamu'alaikum.

Dah lima hari. dah lima hari jadi pelajar tahun dua. haha. dah habis minggu pertama. lagi 13 minggu untuk dihabiskan.

sem ni banyak sangat subjek tamadun which means aku tak berapa nak ehem sangat. minat. tapi bab nak menghafal tu yang parah sikit. jumlah jam kredit cuma 18 jam. kurang satu jam daripada sem lepas. subjek 3jam kredit masih lagi empat, dan semuanya subjek yang spesis memecahkan kepala jugak. -.-

Nahu Tatbiqiy II -
subjek pergh macam biasa. paling pergh. ustazah yang pergh. Ustazah Azlina, idola bhai... aku nak jadi macam beliau jugak. ilmu nahu sem ii agak beku. alhamdulillah sekarang dalam proses pencairan semula. bayangkan nak i'rab "sami'tu" pun aku dah tak ingat nak susun ayat i'rab bagi dhomir tu macam mana. parah ainum parah. dan tadribat yang ustazah bagi cukup buat aku termimpi-mimpi "al jumlah al ismiyyah fi mahalli nasbin khabar kana.. dan bla bla bla."

Masadir al-Lughah wa al-Adab -
ni subjek Ustaz Hanif. subjek lebih kurang macam subjek Al-Tarjamah. spesis subjek yang perlu dihafal nas-nas arabnya. yang best sebab cerita banyak pasal tokoh-tokoh lughah. cerita Jahiz, yang wafatnya kerana tertimpa buku-buku. ceritanya cukup buat aku insaf. bagaimana berakhirnya hayat bersama apa yang kita cinta. nak jadi ilmuwan memang kena baca buku banyak-banyak. kan ? dan cerita Sibaweh, sang tokoh nahu yang unggul. belum belajar tapi tak sabar nak tahu kisah Sibaweh !

Al-Balaghah -
first time belajar dengan Ustazah Norillah. seram tapi best. dan ustazah pun nampak happy je dengan kami, alhamdulillah. "likullil maqoali maqam" yang bermaksud "bagi setiap ungkapan itu ada tempatnya." itu maksud Balaghah. yang dengannya, hampir saja aku menitis air mata waktu itu. ah, kecintaan !

Kebudayaan Islam -
Ustazah Norahida. beliau mengajak kami menjadi seorang pemikir yang matang sewaktu belajar subjek ini. aku pun, agak kagum. rupanya maksud budaya itu lebih dari yang aku sangka. sangat lain bila belajar dengan ustazah untuk subjek tamadun, dan subjek Bahasa Arab. lain sangat. rasa macam untuk subjek tamadun, tak boleh nak main-main sangat. dan subjek ni best. alhamdulillah :)

Pembangunan Islam di Malaysia -
sekali lagi jumpa Ustaz Shupian. haha. kelas main gelak sakan. tapi ada waktu perlu serius, ustaz suruh serius. dan kami pun harus serius. baru belajar benda permukaan. aku pun tak tahu apa cerita lagi subjek ni.

Tamadun Islam Zaman Khulafa' Al-Rashidin dan Umayyah -
Belajar dengan Ustazah Nurizan. mama kami. haha. memang setiap sem aku jumpa ustazah. tapi satu yang seram, ustazah punya marking memang skema straight ikut pembaris -.- aku ni dahla bukan kepala nak hafal-hafal segala benda ni. untung subjek ni menarik dan memang wajib untuk orang Islam belajar sejarah dulu.

Tamadun Islam Zaman Abassiyyah -
Lagi sekali jumpa Ustazah Nurizan. dua-dua tiga jam kredit kot. memang tambah lagi seram. tunggu masa nak belajar :)


semoga Allah campakkan kecintaan yang berterusan kedalam jiwa hamba. moga tidak terputus asa di tengah perjalanan. moga aku sentiasa dapat melihat bahagia dari setiap apa yang telah Dia siapkan untuk aku. dari awal perjalanan, hingga ke hari ini. alhamdulillah. :')

oh dan Salam Ramadham. Kullu wa antum bikhoir !





2 comments:

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”