Sunday, 12 May 2013

Ini pengakuan berani mati.

*betulkan duduk. aih, macam seriau pulak nak tulis tentang benda ni. batuk sekali dua. ok. sedia.*

basmalah.

lepas sorang-sorang akhawat sekeliling nikah. ada yang dah tunang. ada yang baru nak ta'aruf. *senyum. semoga Allah permudahkan urusan mereka*

dan aku pula makin hari makin disogok dengan soalan-soalan yang cenggitu. ok, ini menunjukkan aku dah bukan budak-budak lagi. erk. 

"ainum, bila nak nikah ?"

"ainum, dah ada tunang ?"

"nanti turn anum pulak. nak suruh tolong carikan ke ?"

"ainum, do you have a boyfriend ?"

dan macam-macam lagi. *kenapa macam seriau yang amat je bila tulis ni.erk*

confession #1 *mohon orang-orang berkenaan tak bacalah mende ni -.-' *
jujurla aku kata, aku memang ada fikir nak nikah awal. nak jaga hati kononnya. tapi tak reti pulak nak fikir the marriage life tu macam mana. tu dulu lah. masa sem 1. eher. tambah-tambah pulak life masa sem 1 tu agak lapang, agak rilek. agak la. agak. dan bila kita tak sibuk sangat, mula la otak ni jadi kena kacau sikit kan. haih, tu yang tak best kalau takde kerja sebenarnya.

confession #2
and my thought has changed. hidup masa sem 2 ni sangatlah gila dengan subjek-subjek membunuh. mana nak kejar 19 jam kredit tu. mahu tak bernafas jugak aku kadang-kadang. sem 2 lah yang ajar aku erti stress. ajar aku yang masa tu tak reti nak tunggu kita. ajar aku betapa tanggungjawab tu melebihi masa yang ada. ajar aku betapa susahnya nak dapat ilmu. ajar aku betapa hati muhadir/muhadiroh itu sangat-sangat fragile  dan perlu dijaga sebaik-baiknya. dan ajar aku betapa nikmatnya menuntut ilmu. 

kelas dari pagi sampai petang. gap hanya lah cukup-cukup nak telan nasi sekaligus. erk. tulah lumrah student BATI. malam pulak kena siapkan homework, assignment bagai. ish, dah namanya belajar. dan kalau ada masa free tu kira heaven sangat-sangatlah. tapi aku ni, kalau ada masa free, suka sangat pergi merayau bilik pensyarah. for seriously, I don't know why. suka kacau Ustazah Nurizan buat kerja. suka lepak bilik Madam Shu dan Miss Ida. pernah jugak madam cakap,

"takde kelas ke ? pergilah rehat. nanti cakap stress pulak."

tak payah la nak sindir sangat madam. jangan dikenang kisah yang lalu. *sengih*




and because of that, aku tak sempat nak fikir benda-benda kat atas tu (confession #1) dan sungguh aku katakan, aku taknak fikir lagi. *senyum* biarlah dulu. sem 2 ajar aku nikmat hidup sebagai seorang single. don't get me wrong. aku tak kata kalau nikah tu tak boleh nak belajar. tak boleh nak nikmati hidup or what. tapi aku nak enjoy my single life ni dulu. dan.. aku belajar melalui sekeliling. it's not the right time yet. tunggu aku habis diploma dululah. boleh ? *eh kenapa tanya boleh ke tak boleh pulak ni* tapi tak tahulah kalau lepas ni hati berbolak-balik lagi. erk.

kenapa hati tu dinamakan qalbun (berbolak-balik) ya ? sebab dia berbolak-balik seperti air menggelegak. kan?

tapi kalau Allah rancang lain, lainlah jadinya. just follow the flow. aku malu sebenarnya nak tulis benda ni. tapi.. haih kena tulis jugak. 

confession #3
tak payahla nak tertipu sangat dengan gambar-gambar kartun yang laki bini tu. macam malu je tengok gambar husband and wife yang mana sorang pakai kopiah, sorang pakai purdah duk peluk-peluk bagai. it just so ewwww. aku pun spesies jiwang jugak, tapi cannot go la bila tengok benda-benda cenggitu, erk.. macam manalah benda macam tu orang boleh kata sweet. buat rosak hati je. hm. mungkin hati aku yang mudah rosak kot. orang lain tu kuat iman semuanya. 


apa lagi nak cakap ya ?

oh, I think about writing an essay about 'Jade'. tapi tengoklah kalau rajin. 

4 comments:

  1. not much to say. but i love you. your smart-critical-thinking. your stand. your childish-attitude. your bravery.

    sungguh aku gerun kau, tapi aku suka kau.

    kawan, aku tahu kau kuat. hati kau keras dengan prinsip. take care. i love you, just the way you are <3

    -a.r-

    ReplyDelete
    Replies
    1. first of all, thanks for the.. err.. compliments ?

      no matter who you are, (for seriously, I can't think of my friends who have that a.r name), tak payahla nak gerun sangat. aku bukan rimau.

      but, I just.. I can sense you're one of my friends (I mean who know me outside). tapi sape ya ?

      and thanks for loving me the way I am.

      may Allah bless you, a.r :)

      Delete
  2. After the semester break, please come and see me. Free 'counselling' on this matter. InsyaAllah, there will be no more migraine attack after the session. hahaha...Ainum..ainum...

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”