Friday, 27 January 2012

It's Friday

Salam'alaik.

Another Friday has come. Syukur, masih bisa bernafas. Syukur, jiwa ini diuji terus-menerus.

Setiap kali Jumaat..
rindu?.. ada.
teringat?.. semestinya.
sedih?.. tipula kalau cakap tak.
kehilangan?.. rasanya.

Kenapa baru nak post pasal ni sedangkan benda dah happened berbulan-bulan? Entah. Sungguh aku takde jawapan. It just happened. 

Aku ingat lagi pagi Jumaat tu. Masa tu, aku tengah tidur. Then abang aku call. Y'know what, aku reject call tu atas alasan dia tu kacau tidur aku. Tapi dalam hati dah rasa pelik sebab call pagi-pagi buta macam tu. Dia call lagi. Aku angkat. 

"Send nombor mak kejap."

"mak mana?" *alahai stupidnya aku*

"mak awakla. Cepat sikit. Urgent ni."

"Ok."

Off call. Aku dah sense something masa tu. First, suara dia macam nak nangis. Second, dia cari mak aku. Third, the word 'urgent'. Aku buat hipotesis on the spot. Confirm ada something bad happened. And that's must be her-my eldest. Btw, she's pregnant. 5months already. 

Pagi tu aku ada kelas Kimia. Then ibu aku mesej. Cakap yang kak aku tengah operate. Ada masalah dengan kandungan. Baby mungkin terpaksa dikeluarkan. Masa tu I was like.. 'Allah..'. Shock. Aku keluar kelas. Nak cari Umi, bestie aku. Tapi ada cikgu. Aku cari Wahida,aku tarik dia keluar kelas. Kelas dia takde cikgu. Masa tu Amier,'sahabat sejati' aku,tengok je. Tak tanya apa.

Belum sempat si Ida tanya apa-apa,aku dah sebak habisan. *buat drama la pulak*
Aku cerita kat dia. Then dia peluk aku. Kesat airmata yang tak reti nak stop masa tu.

"Call la abang kau. Dia sorang-sorang kat sana." 

Seriously, I'm not strong enough untuk call dia masa tu. Tak pasal-pasal jadi drama airmata pulak. Tapi aku call jugak.

"Salam."

"Sape ni?" *suara dia sedih gila.

"Anum ni." Aku tahan suara.

"Num....." Enough. Allah..Dah tak tahan. Aku off call. Memang basah habis la tudung Ida masa tu. 

"Call la dia balik. Bagi dia kekuatan. Jangan macam ni. Kau kan kuat?"

'I'm not that strong.'

Lepas tu Umi, Asma datang dekat aku. Diorang mai peluk aku. Apalagi,makin leleh la aku. Haish. Aku nak pergi masjid. Sorang-sorang kalau boleh. Tapi diorang berkeras nak ikut aku. Hmm..kawan. Masa dekat masjid tu,aku call abang aku balik. Bina kekuatan habis-habisan. Cakap dengan dia ok je. Nasib la tak nangis.

"Awak nangis eyh? Big boy don't cry." 

"Nak nangis puas-puas. Sebab nanti taknak nangis dah depan dia."

Aku solat hajat. Allah.. dengarkan hati ini bercerita biarpun Engkaulah Sang Penulis Cerita..
Mohon dengan sungguh.. Indahnya perasaan diuji.. Terasa Kau itu semakin dekat. Terasa hembusan dan pelukan kasih-Mu..

"Alhamdulillah. Dah selamat." Allah.. indahnya Kau mengarang cerita. Aku baru saja usai meminta, dan Kau terus memberi? Sayang benar Engkau kepada kami. Allah..

Even baby dah takde. Alhamdulillah mak baby masih ada. Allah has His own plans. And His plans is the best. Right? :')

Malam tu nangis sorang-sorang. Terbayang-bayang mungkin. Terngiang-ngiang di telinga suara budak panggil 'mak su'. Even aku rasa mak su not suit me at all, tapi yang tu aku dengar. Aku baca Surah Yaasin masa tu. Tapi,tersekat-sekat sebab rasa sebak yang habisan. Tiba-tiba dengar balik suara tadi, 'bacala maksu.' Sungguh,aku tak tipu. Perasaan kuat sangat kot. Allah..

Enough talk. 



SAA:
Khaulah Safiyyah, I know you're waiting for your parent's come di syurga. 
Tunggu mak su sekali boleh? Jemput mak su sekali. Hm?  :')

*Moga kau tenang di sana. I really want to see you, in there*
Allah.. penuhilah permintaan ini..


1 comment:

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”