Sungguh la, time is flying fast, kan? Dah mula la nak recall balik what had happened. Pahit. Manis. Suka. Duka.
Semua ada. Perfect.
Begitu sempurna Tuhan menulis cerita hamba-Nya. Ada kau lihat sebarang ketidakseimbangan dalam ceritamu? Ah, tentu saja kau akan lelah sendiri kalau kau mencari cacatnya tindakan Tuhan. Tidak mungkin bagi-Nya. Cukup dengan perbendaharaan kata. Tiada isi ulang. No spelling error. No grammar mistake. Siap ditambah lagi idiom yang pastinya kalau aku tulis dalam sebuah essay, sudah tentu pemeriksa kertas akan resign dari kerjanya lantaran terlalu banyak markah merit yang diberikan menyebabkan dia jadi lelah. Ok, aku mengarut. Ehm.
Aku sudah check cerita-ku. Tidak ada yang tidak seimbang. Cukup semuanya. Pahit ada. Manis ada. Jatuh ada. Bangun ada. Duka ada. Suka ada. Tangisan kecewa ada. Tangisan bahagia ada. Nah, mana lagi kau lihat tidak seimbang? Maka nikmat Tuhan-ku yang mana lagikah yang mahu aku dustakan?
Cuba check cerita hidup-mu. Cari bahagian mana yang tidak seimbang.
Allah. Umur sudah 18. Tapi hakikatnya, aku baru merasa hidup yang bermakna. Aku baru terasa hidup aku ada ertinya. Dan rasa itu masih baru. Baru tiga tahun aku mengenal-Mu. Umur yang masih tersangat muda. Baru belajar nak berjalan betul.
Teringat saat perkenalan semula aku dan Tuhan. Di saat cintaku mula bertasbih..
Sumpah manisnya rasa itu Ya Allah.. (rindu.. *sebak*)
Walaupun saat itu 'sakit pedih' yang dialami agak mencabar, tapi cinta-Mu mampu bertindak lebih. Tak gentar sikit pun untuk melangkah. Tak terlintas untuk berundur. Kerana telah kupilih jalan-Mu.
Change for good ain't a crime. Even it'll cost you tears and pain for a start. But, it's all worthy enough, right? Takkan la main-main macam tu pun boleh dapat syurga kot. Kau ingat syurga tu murah? Allah dah sebut keindahan syurga dalam al-Quran, dan promotion tu sangat-sangat menggiurkan. Kau tak rasa macam tu? Usaha la sikit. der. Kau rela je diet sebab nak kurus. Takkan untuk dapat syurga, kau tak rela nak buat apa-apa kot.. aish, tak cun la camtu.
Dan note for self, jangan sesekali judge orang lain yang belum disapa tarbiyah. Mentang-mentang kita dah 'baik' sikit, dah tutup aurat perfect, mula la kita nak banding-bandingkan dengan orang lain. Eh, jangan kau tak tau, bila mana Allah bagi hidayah kat dia, mungkin dia akan jadi lagi baik daripada kau. Allah bagi hidayah kat sesiapa saja yang Dia kehendaki. Tak kira la masa tu dia buat baik atau buat jahat. Sebab pengalaman aku sendiri, aku tergerak hati nak berjilbab bukannya time aku tengah buat baik pun. Aku just jumpa jilbab kakak aku, then aku pakai. Dan aku rasa aku cun yang semacam bila pakai tu. Sumpah cun-melecun. ahah. (sila jangan muntah hijau) Jadi bagi kamu yang belum berjilbab, boleh lah cuba try test. Sebab anda pastinya akan kelihatan cun lagi melecun *sengih lebar-lebar* And even first time aku keluar rumah dengan jilbab tu pun aku still as a bad girl lagi. Aku ingat lagi dialog aku dengan diri masa tu;
"Gila la sulong ni pakai jilbab. Agak-agak nak terbalik aku. Berat der. Macammana la dia boleh pakai mende nih."
*hempuk kuat-kuat* pakai jilbab pun still sumpah seranah lagi. Tapi time tu ada satu rasa yang terselit masuk menyapa hati. Nyaman. Rasa selamat. Rasa macam dikawal bodyguard berkaca mata hitam yang tough lagi perkasa lagi segak dan bergaya. Eceh. Dan akhirnya, lekat jugak dengan jilbab tu. hihi. Alhamdulillah, istiqomah. Moga istiqomah hingga akhirnya.
Jilbab; nyaman di dunia. Selamat di akhirat.
Terima kasih Allah atas nikmat hidayah dan tarbiyah ini. Sungguh, aku bersyukur!
Mungkin aku pernah berkata, lambatnya aku diberi kesedaran. Tapi aku lupa, siapa aku untuk menduga perancangan Tuhan. Nasib baik Allah sedarkan dari lena yang panjang tu, kalau tak sedarkan terus macammana? Tak pernah pulak kau fikir hal tu kan? Tu lah, dasar hamba tak reti bersyukur.
Hmm. Umur dah makin pendek. Semoga amal kebaikan-ku makin bertambah.
Tuhan,
aku rindu.
saat perkenalan semula 'kita'.
Indeed. =')
Rindu saat lagu Langkah Tercipta dan Destinasi Cinta menyetuh sanubari. Dan lagu Ku Merayu.. Allahu Robbi..
namun, air mata cinta ummi ini tak pernah berhenti
kerana dikau begitu istimewa bagi ummi
walau jasadmu ummi tak sempat lihat
tetapi kita pernah 'bermain' bersama-sama, kan?
gerakanmu di rahim ummi amat membahagiakan
aktifmu membuatkan ummi lupa akan segala lelah,
segala loya dan pening ummi
ummi rindu kakimu menendang
ummi rindu waktu subuh
kakimu bergerak riang kejutkan ummi bangun
ummi dapat merasai geliat tangan kakimu
di pagi hari
menyebabkan ummi takut untuk bangkit dari tidur
kerana terasa 'tersekat' dengan tanganmu
sekarang, ummi jadi rindu
kerana naluri Ummi sangat kuat
Suatu perkara yang tak boleh dijual beli
ummi tidak mengeluh kehadiranmu terlalu awal atau lambat
walaupun ummi belum habiskan pengajian ummi
kerana hadirmu adalah anugerah dari Allah yang Maha Memberi
kepada sesiapa yang dia kehendaki
Sebab ummi tahu, tidak semua hamba diberi nikmat ini
ummi pekakkan telinga
tatkala ada yang cuba membuat pertikaian
tentang kehadiranmu
yang pada pandangan mereka
menyusahkan ummi atau mungkin menyusahkan mereka
ummi tidak sedikit pun menyesali keputusan Ummi
sebab cita-cita ummi bukan bergantung pada waktu dan tempoh
tetapi ummi mencari hidup yang tabi'i
dengan izin Allah juga ummi gagah menempuhi
Ummi cuma rindu
Itu sebab ummi tulis
air mata ummi turun menemani
tanpa ummi minta pun ia tetap juga mengalir laju
sebab tergoda dengan panggilan dan teriakan hati ummi
yang merinduimu.
Ummi bersyukur,
Dikau lahir secara tabi'i walaupun ummi tidak sedar
tanpa pertolongan Tuhan
Ummi mungkin tak mampu teran
walau hakikatnya bukan diri ummi yang lakukannya
semua itu pertolongan Tuhan
kerana Ummi sudah di 'ambang'
Ummi rindu ingin menyentuh lembut tubuhmu
Tetapi Allah Maha Tahu
yang Ummi tak mampu
daripada teringat susuk tubuhmu,
lebih baik Ummi terus merindu dengan cara begini
Ummi bersyukur
Abi ada di sisi sewaktu kelahiranmu
Abi yang menyempurnakanmu
saat lahirmu dan saat pergimu
Tangan Abi yang melakukan semua itu
Ummi bangga dengan kejadian kelahiranmu ini
kerana ini suatu bukti
hanya Allah yang berkuasa ke atas setiap diri
Ummi fikir, Ummi juga ikut 'pergi'
Melihat darah Ummi keluar tak henti-henti
Namun, Allah merancang begitu teliti
Sebab ummi juga sedar akan prestasi Ummi di dunia
belum cukup untuk hidu bau syurga
Khaulah Sofiyyah
anak Ummi dan Abi
Ummi bangga dikau bersemadi
di tanah yang menjadi saksi perjuangan abi
dan Ummi suatu hari nanti
insyaAllah
Dikau anak,
inspirasi buat ummi dan abi untuk teruskan hidup
melalui hari-hari
biar teriring redha dan rahmat dari Tuhan
agar kita bertemu di Syurga impian
biarpun ummi dan abi sedar
tersangat mencabar jalan untuk menujunya
semoga kami berjaya.
ameen.
Ummi dan Abi takkan berhenti merinduimu sayang..
Dengan rahmat-Nya jua, kita kan berjumpa, Ameen..
ololoo..tomey tomey tomey
Sebelum ada yang tersalah memahami. Tersilap menghakimi. Baik aku cakap awal-awal. Eheh. This's not mine. Yalah, aku bujang trang tang tang lagi ni. Ni aku cedok dari belog kak aku. -> Nah, tekan sini!
Entah kenapa, tapi firasatku kuat mengatakan yang,
Allah sedang 'mewujudkan' sosok bakal ulama', InsyaAllah.
Dan aku rasa adik Khaulah Sofiyyah (yang namanya ingin sekali aku tulis, namun tak mungkin,ohoi!) itu sendiri, sudah tidak sabar-sabar mahu menjenguk dunia.
Lagi tulis sambungan kisah Awan dan Hujan. Tapi, tak mampu untuk aku teruskan. Entah kenapa jadi lelah. Kerana Matahari itu kini dia, yang asalnya aku.
Semalam aku katakan;
"Maaf.
Tak bisa ku tulis banyak.
Tinta habis.
Tadi malam habis ku goresi langit dengan namamu."
Ya, tinta habis. Tapi telah aku ganti tinta itu dengan air mata.
Untuk ku tulis lagi namamu dalam doa.
Aku takkan pernah lagi bimbang kehabisan tinta.
Kerana air mata itu takkan pernah habis, selagi Tuhan mengizinkan ia untuk mengalir.
Terima kasih Ya Allah.
Kan aku sudah bilang,
Kau punya Tuhan yang sangat mengerti, jadi kenapa kau harus bersedih hati?
Nasib tak tersungkur rebah tadi kan? Kepala tengah sakit tahap giga. Haih, aku tak rindu kau pun migrain, tapi kau datang jugak.
Tadi pergi ziarah dia kat hospital. Adeh, cakitnya nengok. Tacing sungguh time nak balik tu. Aku pegi dekat katil and call his name macam biasa. And dia pun tengok aku. Nampak la mulut tu macam gerak-gerak sikit. Aku paham lagi, dia tengah tanya la tu, "apa dia?". Tengok mata pun dah tau.
"cepat sembuh deh. Pastu boleh hafal kitab Sohih Bukhari."
Eheh. Sempat je. Saja nak control emosi. Tapi tacing tu sebab, even dalam situasi apa pun, he still want to listen. Aku mengarut je banyak. Tapi dia still layan. Huhu. *ohoh, habuk masuk mata*
I just wondering, misal kata one day aku pun masuk hospital, ditimpa musibah plus minus macam tu, takpun mungkin time aku mati,
ada tak orang datang jenguk ramai-ramai macam tu? ada tak orang yang afraid of losing me? ada tak orang yang tak boleh tidur sebab risaukan aku? ada tak yang sampai lupa nak makan nasik just because sibuk fikirkan keadaan aku? ada tak? - erk, rasa macam takut pulak ajukan soalan ni. sebab takut jawapannya, takde.
hmm. Biarkan saja tanya itu tergantung. Mati. Sepi.
Air mata, sejak bila kau bertukar sifat jadi macam air paip ni?
Kau speed tahap tak ingat. Eheh.
Allah.
Moga dia baik-baik saja.
Allah.
Mohon dengan sangat..
Moga dia baik-baik saja.
Teringat pagi tadi, kena marah ='(
Kamu tu, yang aku belum pasti bagaimana kondisi diri saat ini.
Yang aku tahu, kamu masih belum sedarkan diri.
Kuat ya 'berjuang'..?
Cepatlah sedar. Banyak benda nak cerita ni. Tamau cerita kat orang lain. Tamau *geleng-geleng tiga empat kali* Sebab you're a good listener as a brother. Tak judge aku sebelum tahu the whole reason. Yang tak kekok tegur aku time aku salah. Yang nasihat aku dengan sebaik-baik ayat, taknak tunjuk yang aku betul-betul salah..and bila time nasihat thru the phone, you just talked without knowing yang aku tengah nangis sebab tacing masa tu. Tak tau kan? tak tau kan? tak payah tau la. buat malu je. tulis kat blog ni pun sebab tau yang memang hang takkan baca mende ni. eheh.
Sedarlah cepat deh? Nanti takde orang nak marah, nak membebel, nak nasihat, nak ambil berat..
*alamak, habis basah keyboard!*
Titik persamaan bagi kedua-dua situasi di atas, pada permulaannya Allah uji dengan benda yang sama. Walau makhluknya berbeza. Allah bagi ujian dengan subjek yang sama.
Aku tahu. Akan ada satu ujian yang berat akan aku hadapi setelah aku mengalami second turning point ni. Dan ternyata, telahan aku benar. Cuma yang anehnya, aku diuji dengan benda yang sama.
Aku jadi hairan. Kenapa Allah uji aku dengan benda yang sama. Bukan maksudnya aku mempersoalkan tindakan Tuhan. Tidak. Cumanya, aku ini jenis yang suka berfikir perkara yang sebaliknya kenapa sesuatu hal itu boleh berlaku.
Lalu, aku jadi tahu. Mungkin kerana aku belum lulus ujian pertama. Lalu Dia uji lagi untuk kali kedua. Uji lagi dan uji lagi, sampai aku betul-betul lulus. Dan sememangnya, ujian kali kedua itu lebih berat aku menanggungnya. Sedangkan ujian pada turning point yang pertama pun aku hampir tidak tertanggung.
Allah Maha Tahu.
Diujinya tempat yang paling rapuh dalam diri-ku. Iaitu hati. Diuji seberat-berat yang mampu aku terima. Kerana tujuan-Nya yang dapat akal ini teka, Dia mahu hati aku jadi lebih kuat. Tidak fragile. Lebih immune. Supaya nanti, walau apapun dugaan yang bakal mendatang, aku akan dapat laluinya dengan penuh yakin dan percaya kepada Dia. Ya, aku yakin itu!
Aku tahu, aku belum lulus ujian waktu turning point pertama. Kerana itu, Dia uji hal yang sama pada turning point yang kedua. Hebat kerjaan Engkau Tuhan. Allahuakbar!
Sebenarnya, ini adalah ujian paling sukar buat aku. Iya, bila melibatkan hati. Tapi, Engkau lebih tahu bagaimana diri. Jadi, tak kisahlah walau sukar pun. Akan-ku terus berusaha memampukan diri demi redha-Mu Tuhan.
Mengenang bagaimana aku paling tidak tahu mengurus hati,
Lalu Allah uji lagi dan lagi.
Your faith is yours. Ready or not, that's a subjective thing. When you come to a point where others perception don't matter, and you believe in what you want, that's mean you're strong enough.
Terima kasih kawan for the words. Sangat inspired! =)
Dia hebat, kerana kerendahan hatinya dalam beragama.
Dia membuat bakti. Dia solehah.
Dia sangat menghindari untuk menonjolkan diri.
Jika tidak hadir, dia tidak dicari.
Dan jika hadir, dia tidak dikenal.
Allah..
Entah kapan bisa jadi 'dia'?
Mahu sekali, jadi 'dia' yang selalu aku 'bina' dalam doa.
Bangsal itu, usangnya melampau. Mungkin.
Anai-anai bekerja keras mencorakkan dinding papan.
Corak berupa sarang yang gambarnya hanya bisa dibaca Tuhan.
Kagum aku sama mereka.
Betapa 'berseninya' makhluk yang badannya lebih halus dari kuku kelingkingku.
Aku, yang punya tangan yang sempurna ini pun belum tentu,
bisa menghasilkan karya seperti itu.
Pohon sena itu, indahnya melampau. Mungkin.
Bunga-bunga kuning yang halus keluar dalam satu kehadiran.
Tidak ia tumbuh sendirian,
kerana dia tahu nanti dia akan jadi perhatian.
Berbunga dan gugurnya hanya bila saatnya tiba,
bukan keluar secara suka-suka.
patuh pada Tuhan, itu yang utama.
Aku kagum. Kagum sekali kerana,
Aku bayangkan akhawat itu juga seperti bunga.
Ya, bunga. Lebih tepat lagi, bunga sena.
Kerana keluarnya secara berjemaah dan berteman,
bukan keluar sendirian sehingga dirinya jadi perhatian orang.
Dia juga keluar hanya jika ada pentingnya urusan.
Bukan keluar untuk suka-suka dan bersenang-lenang.
dan yang paling penting, dia patuh kepada Tuhan.
bukannya menjadi hamba kepada pandangan orang.
Bangsal usang. Pohon sena cantik.
Menghasilkan satu pemandangan yang sangat indah.
Seusang manapun bangsal itu,
tidak akan dapat menutup keindahan pohon sena ciptaan Tuhan.
Secantik manapun pohon sena itu,
tidak akan dapat menyembunyikan kepintaran makhluk yang membina bangsal utuh itu.
Pohon sena itu ciptaan Tuhan, tidak mungkin ada cacat celanya.
Bangsal itu ciptaan makhluk, tidak mungkin akan sempurna.
Namun, bangsal itu datangnya dari ilham dan kudrat yang diberi Tuhan.
Jangan kau terlepas pandang *senyum*
Khulasahnya,
segala puji bagi Tuhan sekalian alam.
Dia yang menciptakan. Dia yang memberi ilham.
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang mahu engkau dustakan?"
"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah."
[Surah Al-Mulk 67:3-4]
SAA:
Teringat zaman childhood, suka main capture-capture bunga sena. Dan masa tu tengah hangat dengan cerita Winter Sonata dan Autumn In My Heart, so kami imagine la bunga sena yang gugur tu macam salji. Dan daun pohon yang gugur tu macam tengah autumn. ahah!
Carilah seorang lelaki yang kuat semangat jihadnya, yang kau kenal dia gigih melawan perasaan demi CITA dan CINTA.
Yang bersusah payah belajar, yang tak jemu belajar, yang meletakkan ILMU sebagai pencarian yang paling utama ketika muda remaja.
Yang tak malu bekerja apa pun untuk berdikari, yang mengenal erti susah payah kerana tidak ingin menyusahkan mak ayah.
Yang tak sombong dengan apa yang dimiliki, dari mana dan apa lulusannya, bukan itu yang dinilai tetapi betapa dia gigih mempertahankan yang terbaik walau di mana dia dicampakkan.
Yang menghormati dirimu seorang wanita, seorang anak perempuan kepada seorang ayah yang banyak berjasa membesarkanmu dan bakal seorang isteri dan ibu, dengan sebenar-benar hormat yang diiringi malu.
Yang tidak memberimu apa-apa harapan berkenaan jodoh ketika bukan lagi masanya, yang sedikitpun tidak 'mengusik' hatimu yang asalnya tenang.. ketika bukan lagi masanya, ketika belum mampu menunaikan sunnah itu.
Yang tinggi tawakkalnya menanti masa. Yang lebih rendah hati dan rendah dirinya.
Carilah RIJAL yang tak kikir jiwa dan raga untuk agama. Bukan dunia yang diharapkan, tetapi balasan di akhirat yang jadi matlamat.
Cukuplah dirimu mengenal kehebatan dia dalam kerendahan hatinya.
Keputusan adalah di tanganmu, namun penghayatan dari yang dewasa perlu memandu tingkahmu.
_________________________________
Pesan ini sudah lama. Cuma baru aku terasa untuk publishkannya. Tiba-tiba tertekan suis memory lane. Ha,parah. Tapi untung, 'rasa' itu juga sudah jadi memori. Memori yang datang bersamanya peristiwa yang tak akan aku lupakan seumur hidup. Mungkin.
Biarlah cerita itu tergantung begitu saja.
Lagi baca buku Melukis Pelangi, catatan Hati Oki Setiana Dewi. Bukunya tersangat best! Wajib baca.
Aku suka bau kertas-kertas yang sudah menguning dari buku-buku lama. Kerana di situ ada memori. Memori yang selalunya tiada pada yang baharu. Mungkin, sebab itulah :)
Hari tu ada terbuka satu link blog ni. Entah macam mana boleh nak tekan link tu, tak tau la. Saja-saja je. Tapi terkejut yang amat bila tengok tulisan-tulisan aku ada kat situ.
Tersentuh. Sungguh.
Dah jauh rupanya tulisan-tulisan aku berjalan.
Allah. Terima kasih sebab tolong pandu aku dalam penulisanku. Kerana tanpa sentuhan-Mu, mana mungkin penulisan itu bisa menyentuh hati mereka yang lain.
Mahu pinjam kata-kata Wani Ardy,
Anak-anak, bertebaranlah kamu semua ke luar sana. Berjuanglah. Sebarkanlah cerita-ceritamu. Kenyangkanlah jiwa-jiwa lapar para pemilikmu. Setialah di sisi. Temanilah malam-malam mereka yang sepi. Jangan biar mereka kesunyian lagi.
Aku mungkin tidak sehebat penulis lain. Iya, baru saja mahu mulakan langkah. Baru mula berjinak-jinak. Aku tidak pandai menulis. Sungguh, aku tidak pandai menulis. Apa yang aku tahu, bila jiwa aku berbicara, aku perlu terjemahkannya. Apa yang aku tulis itu semua adalah terjemahan jiwa, termasuk ini.. yang aku sedang tulis. Aku tak pandai bermadah. Aku tak pandai guna bahasa bunga-bunga. Aku hanya spill out what I feel and what I want to.
Sangat bagus kalau suka menulis, tapi janganlah menulis sebab nak ikut gaya bahasa penulis lain atau sebab nak mengagumkan pembaca. Hasilnya cengkerang kosong. Nak tulis berbunga-bunga tulislah, tapi jangan sampai tak kena subteks dengan teks. Buat apa kalau pada mata bukan main puitis perkataannya tapi mengaburi isi penting. Kalau tak tahu guna bunga, tak perlulah, baik straight to the point saja. Mesej lebih utama dari bunga, sama seperti buku bernilai dari kulit buku, jiwa lebih mahal dari rupa, isi kerang lebih sedap dari kulit kerang.
Harapan aku bila menulis, agar ia bisa menyentuh ruhi mereka yang membaca. Seperti mana aku rasa saat aku membaca tulisan-tulisan hebat ukhti-ukhti blogger yang lain. Sedaya mungkin aku menulis dari hati. Kerana aku tahu, hanya yang menulis dari hati, akan sampai ke hati.
Tapi saat ada yang beritahu yang tulisan aku itu 'hidup', sungguh aku rasa tak layak. Truly not deserved it.
Masih ingat saat ta'aruf dengan Kak Syafa. Katanya,
tulisan sang penulis yang jiwanya tertaut pada Allah itu memang menarik, akan selalu sampai pada si pembaca♥
cemburu pada bidadari yang punya hati utuh berTuhan nie. teringin sekali untuk jumpa kamu dik..biiznillah.
Aku rasa ayat itu agak keterlaluan untuk aku terima. Jiwanya bertaut pada Allah? Bidadari yang punya hati utuh berTuhan? Memang bertaut, tapi tidak tahulah sedalam mana. Aku sering rapuh kak, jarang sekai utuhnya. Aku hanya mampu mengaminkan kak kata-katamu itu. Allah..
ingin kamu itu dik akan termakbul InsyaAllah. sama-sama usaha yuk.
terus saja melakukan kebaikan kerana rahmat dan hidayah Allah itu mungkin akan jatuh di mana-mana dik.
terus saja bertebaran di atas muka bumi menyebar kebaikan pada semua, gunakan kelebihan adik pada bunga-bunga islam yang layu.
lihat saja pada kamu, akak yakin adik boleh!
InsyaAllah, setiap pemberian akan lebih beerti.
erti hidup itu kan pada memberi
#ust hasrizal^^
akak jatuh cinta pada kamu dan pada semua. bukan segelintir sebab akak percaya, semua ada potensi untuk memegang gelaran bidadari syurga kalau kita tak tinggalkan mereka kan dik^^
sayang kamu kerana Allah.
Syukran ya kak Syafa. Dan mereka-mereka yang lain. Yang sokongannya buatkan aku makin tegar menulis. Terima kasih.
Terima kasih buat kamu. Ya kamu. Kerana sudi meluangkan waktu untuk membaca setiap tulisanku. Biarpun ia hanyalah sekadar contengan. Contengan yang hanya bermakna bagi aku. Dan juga.. bagi mereka yang sudi untuk menerimanya. Terima kasih sekali lagi.
Semoga menjadi 'bekal' di sana.
Moga Allah redha :')
Satu saat nanti, kalau Allah izinkan untuk punya suami,
mahu sekali aku, mengajak dia untuk libur di Palestina.
Atau lagi indah, dia yang mengajak lembut aku ke sana.
Biar kesusahan di sana makin buat kami saling cinta.
Cinta pada ummah tentunya.
Dan.. kalau ditakdirkan aku mahupun dia,
ataupun kami berdua, sama-sama syahid di sana,
itu adalah hadiah pernikahan dari Allah buat kami.
Hadiah teragung, dari Dia yang Maha Agung.
Allah.
Masih jauh rasanya saat indah itu.
Dan mungkin, tidak akan wujud.
Izinkan aku merasa walau sedikit cuma?
Allah.. menitis airmata dengar poem ni. Subhanallah. Sangat touching. Sangat menikam. Sangat membakar semangat. Sangat rugi kalau anda sedang membaca, tapi tak terasa untuk membuka video ni.
"Don't forgive me sister, I forgot prayers sometimes ago.." - Allah Allah.. ayat tu sangat menikam!
"I pray us strength. I pray us justice. I pray us freedom.
I pray us strength. I pray us justice. I pray us freedom."
Hana Shalabi is a Palestinian political prisoner. She was released from over two years in administrative detention on 18 October 2011, as part of the prisoner exchange deal. She was re-arrested less than four months later on 16 February 2012, and immediately began a hunger strike in protest of her detention.
"At 40 days, Hana is at the point where death could come at any moment. Consider what would make you, what would make any person, undertake something so destructive to the body as a hunger strike? How much strength of spirit must it take?
Hana is in this position because she has no other recourse. There is no “justice” in Israeli military justice. Her hunger is a call to the world." - pinkandegree
Hana Shalabi in AsSyifa Hospital for treatment
Hana Shalabi.
aku kagum.
I pray us strength. I pray us justice. I pray us freedom.
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE!
Sungguh aku keharuan.
Duhai jiwa-jiwa yang bebas bergerak di atas tanahnya
Aku menyeru agar kau statik dengan SEMANGAT JUANG yang membara
Aku menyeru agar kau tegar dengan HIMMAH yang tidak sia-sia
Berfikirlah tentang ummat lebih dari yang lainnya
Agar kau selamat dari bahagia fatamorgana dunia semata-mata
-perjuangan itu baru bermula. apa yang penting adalah selepas ini.. what's next?
sempena GMJ 30 Mac 2012
Stadium Melawati Shah Alam
____
Itu puisi dari Muharikah kepada MyGMJ.
Tulisan itu jujur. Kan? Kerana itu ia telus ke hati.
Dengan bait-bait ayat sahaja, aku sudah dapat bayangkan keadan sebenar. Biarpun jasadku di sini, tapi ruh aku di sana. Cuma mungkin agak terlambat.. [-.-']
Ramai juga yang cakap perhimpunan ni sia-sia. Bukannya dapat tolong pun. Aku jadi tersenyum membaca komen-komen mereka tentang perhimpunan itu.
Perhimpunan ni tak membantu? Yakinkah anda? Cuba bayangkan perasaan mereka di Palestin itu andai mereka tahu kita rakyat Malaysia berhimpun semata-mata untuk mereka? Tak ke touching tu. Gema-gema sorakan tu membangkitkan semangat tau. Membangkitkan semangat kita. Membangkitkan semangat mereka. Mana tau kuasa Allah buat sorakan tu sampai ke Palestin. Ye dak? Tak mustahil pun la. Kenapa mesti beralasan untuk buat benda yang baik? Kita buat untuk 'family' kita jugak. Untuk tanah wakaf orang Islam. Apa yang susah sangat? Allah Maha Melihat apa yang kita kerjakan. Even kebaikan atau keburukan yang sebesar zarah pun.
Lagipun, GMJ ni dapat buka mata kita jugak kan.
Maksud aku.. mata aku. *kesat airmata*
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE!
Lucu. Begitu tidak caknanya kau kepada saudara-saudaramu sendiri. Cakap je cinta, tapi mati jiwa! Kau lihat bagaimana Israel laknatullah itu mengzalimi mereka, tapi kau? Tutup mata? Pekakkan telinga? Atau buat-buat cakna dengan bicara semata? Get a life, babe!
Palestine, maaf ya. Aku ketiduran. Jadi lupa sama kamu. Masalah peribadi yang menghimpit seharusnya tidak dijadikan alasan untuk aku lalai daripada mengambil tahu soal kamu. Bukan aku tidak tahu apa yang sedang berlaku, tapi aku sendiri yang tidak mengambil tahu.
GMJ- Global March to Jerusalem.
Aku ada lihat poster-poster GMJ ini di Facebook, tapi sikit pun aku tidak ambil tahu. Aku fikir, sekadar perhimpunan biasa seperti perhimpunan untuk Syria itu hari. *berat nanang* Tapi rupa-rupanya.. Allah.. *tutupmukamalu*
Aku ingat lagi, dua hari lalu. Jam 1 pagi aku sign in Twitter, and y'know what.. home twitter tu dipenuhi dengan tweet pasal Palestine, Jordan, dan GMJ. Masa tu la I was like crying. Sebab I've no idea what's really happening! Ya Allah.. memang non-stop crying la masa tu mengenangkan diri yang tak kisah dengan urusan ummah. At least ambil tahu la sikit. Ni tak, I know nothing!
"GMJ ialah satu usaha yg SERIUS utk masuk ke Jerusalem. Mrk bkn datang utk menjerit2 di sempadan, mrk dtg utk masuk ke tanah suci yg sebenarnya milik kita semua, bkn milik Zionis - FM
Kita juga berhimpun bukan sekadar suka2 mengibar bendera, bersorak dan ber-flashmob. Tetapi menyatakan sokongan padu tanpa sempadan kepada Palestine, showing them that they are not alone! showing them that we also are fighting for them!
Perjuangan ini tak mudah, tidak pendek dan tidak indah! Tetapi demi syurga yang luas, senang lenang dan super-indah!♥ Moga ALLAH mencampakkan rasa gentar dan takut di dalam hati rejim Zionis!- AMH"
Jangan sebab kita tak diserang, kita tak ambil kisah hal diorang. Isu Palestin tu isu ummah. Dan kalau dah nama isu ummah tu maknanya hal kau jugak! Which part of this sentences yang kau tak faham?
How does it feels when you are a refugee in your own homeland? Happens in Occupied Palestine.
Oh dan aku ada jumpa sorang mamat ni tweet "Kau cakap Earth Hour tak dapat untuk hentikan Global Warming, tapi aku cakap solat hajat tak dapat pun nak selamatkan Palestine."
What the heck? Cakap pakai patela. Dah tu macam la dia berani sangat nak pergi Palestine tu. Kita buat apa yang kita mampu. Sehabis daya. Sama jugak macam boycott Israeli product. Pernah ada orang cakap kat aku, tak worthy langsung la nak boikot, tak terjejas pun ekonomi diorang. Hello! Sapa cakap tak terjejas? Nampak sangat tak tengok BizWorld kat TV3.
Orang nampak benda tu sia-sia. Orang nampak benda tu kecik je. Tapi tu la bukti cinta kami pada saudara-saudara kami. Itulah perca-perca cinta kami untuk mereka! Ya, kami tak mampu nak berjuang sebaris dengan mereka. Melontar batu bersama mereka. Berhadapan dengan bulldozer bersama mereka. Tapi at least, dengan usaha yang nampak sedikit inilah yang dapat menyalurkan kekuatan untuk mereka terus bertahan. Supaya mereka tahu yang mereka tidak berjuang sendirian. Kita berjuang bersama. Cuma tanahnya berbeza.
Aku mahu sekali jadi batu-batu kerikil di bumi Palestin. T_T
Allah.. sampaikanlah cintaku kepada mereka. Moga kecintaanku pada mereka tidak bermusim.
Hana is in this position because she has no other recourse. There is no “justice” in Israeli military justice. Her hunger is a call to the world." - pinkandegree