My Photo
She was standing, but she was breaking inside. She wore a mask and held back her tears. She kept it on the inside, because that's the safest place to hide. For the ones she loves she hid all her fears. The only time she could cry was when she looked up to the sky, because with Allah, she doesn’t need to pretend like she's too strong. -- quoted

Friday, 6 April 2012

Bertebaranlah kamu anak-anakku.

Salam'alaik.

Hari tu ada terbuka satu link blog ni. Entah macam mana boleh nak tekan link tu, tak tau la. Saja-saja je. Tapi terkejut yang amat bila tengok tulisan-tulisan aku ada kat situ. 

Tersentuh. Sungguh.

Dah jauh rupanya tulisan-tulisan aku berjalan.

Allah. Terima kasih sebab tolong pandu aku dalam penulisanku. Kerana tanpa sentuhan-Mu, mana mungkin penulisan itu bisa menyentuh hati mereka yang lain.

Mahu pinjam kata-kata Wani Ardy,

Anak-anak, bertebaranlah kamu semua ke luar sana. Berjuanglah. Sebarkanlah cerita-ceritamu. Kenyangkanlah jiwa-jiwa lapar para pemilikmu. Setialah di sisi. Temanilah malam-malam mereka yang sepi. Jangan biar mereka kesunyian lagi.

Aku mungkin tidak sehebat penulis lain. Iya, baru saja mahu mulakan langkah. Baru mula berjinak-jinak. Aku tidak pandai menulis. Sungguh, aku tidak pandai menulis. Apa yang aku tahu, bila jiwa aku berbicara, aku perlu terjemahkannya. Apa yang aku tulis itu semua adalah terjemahan jiwa, termasuk ini.. yang aku sedang tulis. Aku tak pandai bermadah. Aku tak pandai guna bahasa bunga-bunga. Aku hanya spill out what I feel and what I want to.

Sangat bagus kalau suka menulis, tapi janganlah menulis sebab nak ikut gaya bahasa penulis lain atau sebab nak mengagumkan pembaca. Hasilnya cengkerang kosong. Nak tulis berbunga-bunga tulislah, tapi jangan sampai tak kena subteks dengan teks. Buat apa kalau pada mata bukan main puitis perkataannya tapi mengaburi isi penting. Kalau tak tahu guna bunga, tak perlulah, baik straight to the point saja. Mesej lebih utama dari bunga, sama seperti buku bernilai dari kulit buku, jiwa lebih mahal dari rupa, isi kerang lebih sedap dari kulit kerang.

Harapan aku bila menulis, agar ia bisa menyentuh ruhi mereka yang membaca. Seperti mana aku rasa saat aku membaca tulisan-tulisan hebat ukhti-ukhti blogger yang lain. Sedaya mungkin aku menulis dari hati. Kerana aku tahu, hanya yang menulis dari hati, akan sampai ke hati.

Tapi saat ada yang beritahu yang tulisan aku itu 'hidup', sungguh aku rasa tak layak. Truly not deserved it.
Masih ingat saat ta'aruf dengan Kak Syafa. Katanya,

tulisan sang penulis yang jiwanya tertaut pada Allah itu memang menarik, akan selalu sampai pada si pembaca♥

cemburu pada bidadari yang punya hati utuh berTuhan nie. teringin sekali untuk jumpa kamu dik..biiznillah.

Aku rasa ayat itu agak keterlaluan untuk aku terima. Jiwanya bertaut pada Allah? Bidadari yang punya hati utuh berTuhan? Memang bertaut, tapi tidak tahulah sedalam mana. Aku sering rapuh kak, jarang sekai utuhnya. Aku hanya mampu mengaminkan kak kata-katamu itu. Allah..

 ingin kamu itu dik akan termakbul InsyaAllah. sama-sama usaha yuk.

terus saja melakukan kebaikan kerana rahmat dan hidayah Allah itu mungkin akan jatuh di mana-mana dik.

terus saja bertebaran di atas muka bumi menyebar kebaikan pada semua, gunakan kelebihan adik pada bunga-bunga islam yang layu.

lihat saja pada kamu, akak yakin adik boleh!

InsyaAllah, setiap pemberian akan lebih beerti.

erti hidup itu kan pada memberi
#ust hasrizal^^

akak jatuh cinta pada kamu dan pada semua. bukan segelintir sebab akak percaya, semua ada potensi untuk memegang gelaran bidadari syurga kalau kita tak tinggalkan mereka kan dik^^

sayang kamu kerana Allah.

Syukran ya kak Syafa. Dan mereka-mereka yang lain. Yang sokongannya buatkan aku makin tegar menulis. Terima kasih.

Terima kasih buat kamu. Ya kamu. Kerana sudi meluangkan waktu untuk membaca setiap tulisanku. Biarpun ia hanyalah sekadar contengan. Contengan yang hanya bermakna bagi aku. Dan juga.. bagi mereka yang sudi untuk menerimanya. Terima kasih sekali lagi.


Semoga menjadi 'bekal' di sana.
Moga Allah redha :')

2 comments:

  1. contengan awak bukan biasa biasa.
    contengan awak pun mampu menyentuh jiwa.
    teruskan menulis ya. :)

    ReplyDelete
  2. but i love yours more :')

    dah brapa kerat your writing I cilok tampal kat wall fb :)

    menulis akan diteruskan, biiznillah. kerana itu jiwaku!

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”