Sunday, 25 March 2012

Air Mata Cinta Penghapus Dosa


Sakit, bila sedar yang diri sedang merasa segar dengan dosa.

Allah..
Maafkan aku yang tiada berdaya, kerna bukan niatku untuk melakukannya.


Dosa makin membasah.
Bukan makin mengering, lalu bisa hilang.
Jiwa makin tandus mengalahkan sahrawi.
Disisi amal, namun ikhlasnya bocor.
Disisi amal, namun semangatnya luntur.
Penat, kerana tidak komited.
Malu, pada Dia.
Yang di atas sana.

Rupanya nikmat perasaan berdosa.
Kerana dengan itu,
baru aku tahu letak duduk imanku.
Kerana dengan itu,
baru aku terasa ingin merubahnya.


Sesungguhnya islam dan jahiliyah itu takkan pernah bersatu!

Mana yang kau mahu menangkan?
Usah tepuk dada. Terus tanya imanmu.





SAA:
Aku, yang sedang kembali kepada fitrah.

No comments:

Post a Comment

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”