At-Thariq Ilal Quluub At-Thariq Ilal Quluub: Satu Bulan Satu Hari
Ini kisah perempuan yang baru kenal erti hidup berTuhan. Kepada judgemental atau kaki su'udzon,diharap istighfar terlebih dahulu. Y'know my name,but not my story. You've heard what I've done,but not what I've been through. So,don't judge me as judging people you don't know for things you don't understand is just really stupid. Feel free untuk ambil apa saja dari blog ini atas tujuan DAKWAH. That's not mine either. Milik Allah segalanya. Moga bermanfaat =)

Thursday, 16 February 2012

Satu Bulan Satu Hari

Bismillah-arrahman-arrahim..

Salam'alaik.

Dah sebulan rupanya.. tak sangka. Masih selamat, alhamdulillah. Akan selamat, insyaAllah.
Allahumma Ameen..

*mesti korang tak faham apa yang aku cakap ni kan? Ni la orang panggil monolog dalaman yang diekspresikan. Nah!*

Bukan senang hidup ni kan? Padanlah kalau syurga tu pun mahal. Padanlah mardhotillah tu sangat meaningful. Ah, lelah menjadi orang yang bodoh! Siapa bodoh? Kamu? Bukan. Aku. Aku bodoh menilai hidup. Aku gagal dalam mengertikan hidup. Atau hampir. Mungkin juga pernah.

Aku mahu tanya, apa itu erti hidup?
*diamsejenakberfikir*

Apa yang aku boleh cakap, aku baru tahu bahawa hidup itu rupa-rupanya ada erti sendiri. Aku ingat hidup ni saja-saja je. Lepas tu mati. Aku tak faham jugak dulu hidup tu macam mana. Sampai aku kadang-kadang rasa tak mahu hidup. Sebab hidup aku langsung tak hidup. Sebab aku bingung kenapa aku mesti hidup. Kalau tak hidup, tak boleh ke? Ibaratnya macam tu la aku anggap hidup ni.. *Berapa banyak hidup daa...*

Tapi entah macam manalah aku akhirnya terperangkap dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ni (bak kata Inche Gabbana), yang akhirnya menjawab segala persoalan aku bahawa hidup itu rupanya ada erti sendiri. Sungguh selama aku hidup, sebelum aku kenal tarbiyah, aku rasa hidup aku kosong tiada erti. 

Baru aku tahu.. kalaulah Allah itu ada dihatimu, pasti kamu merasakan hidup yang sangat bererti. Baru aku tahu.. Rupanya sudah dicatatkan kenapa aku diciptakan. Baru aku tahu.. rupanya ada kehidupan lain selepas kehidupan dunia. Baru aku tahu.. bagaimana rupanya kasih sayang. Baru aku tahu.. nilai setitis air mata. Baru aku tahu.. perjuangan Rasulullah s.a.w itu harus aku sambung. Baru aku tahu.. hebatnya mujahid mujahidah dahulu. Baru aku tahu.. rupanya sakit mahu berubah dari jahiliyah ke tikar sejadah, untuk capai mardhotillah. Kerana aku baru tahu.. rupanya syurga itu sangat mahal..  *Allah.. cecair apa keluar dari mata ini Tuhan?*

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Surah Al-Mukminuun 23:115)
Alhamdulillah. Syukur syukur syukur yang teramat atas nikmat yang free-of-charge ini.. Aku tahu tak semua orang dapat. Aku tahu tak semua orang terpilih nak rasa segala benda ni. Aku tahu memang sifat-Nya memang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Dan aku tahu, Dia sayang aku no matter what I've done. *mata ini keluarkan cecair lagi. Dan lagi.*

Aku bukanlah perempuan yang sempurna. Aku ini pernah curang. Curang pada Tuhan. Sungguh, aku tak tahu yang Allah itu sangat cemburu.

"Apakah kamu hairan dengan sikap cemburu Sa'ad? Sesungguhnya aku lebih cemburu daripadanya, dan Allah lebih cemburu daripada aku." (HR Bukhari, No. 6846, 7416, dan Muslim, No. 1499)

I'm not a good daughter. Not a good sister. Not a good friend. And I'm really not good enough as a slave of His. A sentence that can describe me best is "she's perfectly imperfect." Yeah, true. But sometimes I love being imperfect as there's always a room for me to improve my bad side. Right?  Even aku dah berjilbab, dah berniqob, doesn't mean aku dah perfect segala benda. Dari segi aurat, mungkin dah selesai, InsyaAllah. And bagi yang pakai tudung kecik sikit tu, tak bermakna diorang still tak perfect dalam menutup aurat. It's not about how labuh your tudung are, tapi it's all about aurat. Ada faham? Aku selesa begini. Dengan penampilanku. Ada je orang tanya,

"Pakai jubah saiz berapa ni?" dengan nada macam nak sindir sambil ketawa kecil.

I don't mind at all.



Dan bila dah berniqob ni, yang lucunya bila jumpa budak-budak la kan. 

"Ustazah, kenapa ustazah pakai benda tu? Tak lemas ke?"

"Tak lemas pun."

"Ustazah, bukalah. Nak tengok mulut." 

Sumpah aku tak boleh nak tahan gelak masa dia cakap macam tu.

"Ustazah, ustazah dah ada anak ke?" Mak aii mulut... mentang-mentang tak nampak muka aku, nak cakap aku ni mak orang la? Hamboi.. gua cili itu mulut baru tau.

By the way, aku bukan ustazah. Panggilan ustazah tu sebab aku pergi lepak dekat Class of Quranic Kids dekat PKYapeim (promote ni). Aku tak mengajar pun, tapi budak-budak ni yang panggil ustazah. Heh.

Eh? Kenapa rasa macam lari cerita je? 

Rasa macam baru dilahirkan semula. Tengah lalui second turning point dalam hidup. Yang aku rasa lagi mencabar daripada first turning point. Siapa cakap nak berubah ni senang? Kalau senang, takkan syurga tu boleh jadi begitu mahal. Kan? So, tak payah nak kisah sangat la dengan luka dan sakit yang sedikit tu, it's nothing la compared to apa yang bakal kau dapat as a reward. 

When you think you've it bad, others've had it worst.
Jangan ingat kita sorang je yang merana dalam hidup ni. Jadilah orang yang bersyukur. <-- Quotes untuk diri sendiri. 

Ummah sedang tenat! Kau sedar tak?? Kau ingat masalah kau ni besar sangat sampai kau nak down tak bangun-bangun? Hah? Gila punya orang. Dasar tak reti bersyukur!
(sila jangan terasa, ini semua untuk aku)

Orang Palestine, Syria, dan negara yang sewaktu dengannya tu tak sempat pun nak fikir masalah macam kau ni. Apa yang diorang nampak, berjuang untuk menang atau berjuang sampai syahid. Kau mampu? Kau ingat kalau kau nangis tu tangan ni nak stop la dari typing, huh? Kebenaran harus diluah. Bukankah? 

Tengok. Dah lari isi. Haish.

Aku nak cakap ni je sebenarnya, dah sebulan sehari aku lalui second turning point. Moga istiqomah hingga akhirnya.

Okbai.

Salam penuh cinta daripada aku.


SAA:
Maaf untuk bahasa kasar. Tapi, diri aku perlu dihentam kekasaran dan sesekali perlu dibelai kelembutan. Fleksibel. *Senyum sambil buat tanda aman.*




Karya apa yang aku ada untuk dipersembahkan kepada Islam?

0 stimulus:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen